Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya. Mungkin ada banyak kesilapan yang saya lakukan sepanjang berblog ini, saya harapkan kesilapan tersebut dimaafkan. Hari raya tahun ini disambut secara sederhana sahaja. Kuih raya pun tak banyak tetapi cukup. Tak seperti tahun lepas kuih raya terlalu banyak sampai membazir. Tahun ini emak berkempen supaya anak-anak tidak membeli kuih raya. Berjaya jugak kempen emak.