Tuesday, November 17, 2015

Berbloging kembali

In syaa Allah, saya akan kembali. Pada kali ini saya akan menulis tentang tatabahasa. Pelajar-pelajar 4sc1 tahun ini telah secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada saya untuk berkarya semula. Harapan saya, pada tahun hadapan saya akan dapat mengupas isu-isu tatabahasa sebaik mungkin dan dapat memberi manfaat kepada murid-murid saya khususnya. Doakan saya terus mendapat ilham untuk menulis.

Saturday, September 28, 2013

GLA Complex by Shaklee

Ada yang bertanya jadi saya pun menjawabnya.

Kenapa saya sebagai seorang guru menyertai perniagaan sama ada jualan langsung atau tidak? Pertama, kerana saya minat. Kedua, sudah manjadi nature seorang guru yang suka menolong, kalau tak tentu dia tak jadi seorang guru kan; dia jadi guru kerana nak tolong anak muridnya agar berjaya kelak. Begitu juga dalam perniagaan. Perniagaan ialah proses jual beli untuk mendapatkan keuntungan. (Perdaganganlah pulak - mentang-mentanglah guru Perdagangan ya) dan untuk memenuhi keperluan dan kehendak. Jadi dengan berkongsi kehebatan barang yang saya promosikan, saya dapat membantu rakan-rakan saya untuk mendapat manfaat daripada  produk yang saya jual. Saya berasa bersyukur kerana dapat membantu mereka. Sekurang-kurangnya mereka tak perlulah bersusah-payah nak mencari barangan yang mereka perlukan dan saya telah menyelamatkan mereka daripada penat, sibuk cari tempat letak kereta, terbeli barang yang tidak perlu dan sebagainya kalau pergi ke pusat beli-belah tu. Hehe.

Yang penting sekali, saya mesti sedar bahawa pekerjaan ini pekerjaan sampingan , jadi masa untuk ini juga dilakukan secara sampingan. Pekerjaan utama saya buat masa ini ialah sebagai seorang guru di sekolah swasta. Itu memang disedari. Tak kacau pekerjaan utama saya. Sambil-sambil saja. hehe.

Siapa nak order jagung manis, dua minggu lagi ya... :-)
 
Jagung pun jual - 8 tongkol RM10.00



Sebenarnya saya nak jawab tentang perkara ini:



Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini.
 GLA·atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni?
::Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
::Membantu meningkatkan kesuburan
::Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
::Membantu dalam menangani menopus
::Menguatkan kuku dan rambut
::Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
::Membantu menangai ekzema
::Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
::Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
::Menguatkan imuniti tubuh
::Memperlahankan proses penuaan
::Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
::Mengawal kencing manis dan darah tinggi
::Mengawal kolesterol
::Untuk fungsi saraf

Siapa yg perlukan GLA Complex:

~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Untuk kesuburan
~ Mencantikkan kulit
So, apa lagi. Hubungi saya untuk mendapatkan bekalan GLA Complex dengan harga terbaik.
No Tel/Whatapp/viber: 012-3482423

Thursday, September 26, 2013

Jom buat nasi goreng

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Nasi yang sudah dileraikan.

Cili kisar secukupnya - lebih kurang dua sudu besar untuk satu pot beras

Ikan bilis sejemput. Jangan banyak sangat tak baik- banyak asid urik.

Kubis dihiris nipis

Sayur campur.

Bawang putih 2 ulas, bawang besar satu labu yang sederhana dan hirisan cili api (kalau suka pedas). Garam dan perisa secukup rasa.

 Cara-caranya ialah:

Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak hingga garing

Ke tepikan bilis yang sudah garing dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak /masak

Masukkan garam dan perisa secukup rasa

Masukkan nasi dan gaulkan

Masukkan sayur-sayuran dan gaulkan rata

Kacau sehingga masak atau sayur kubis kelihatan layu.

Hiaskan dengan tomato atau timun. Sedia untuk dimakan.

Ayat aktif dan Ayat Pasif Siri 3

Masih lagi membicarakan soal ayat aktif.

Dalan siri yang lepas, saya telah menerangkan Ayat Aktif Tak Transitif. Kesimpulan yang dibuat ialah:

1.  Ayat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek.
2.  Oleh sebab itu, ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan.
3.  Ayat aktif tak transitif - pelaku melakukan perbuatan (kata kerja) ke atas dirinya sendiri.
4.  Ayat aktif tak transitif  menggunakan 5 bentuk kata kerja tak transitif. (KKTT)
   
     a.   kata kerja tanpa imbuhan ( kata asal)
           Contoh:   Kakak sedang tidur.
     b.   kata kerja berawalan ber...
           Contoh:   Kipas berpusing
     c.   kata kerja berimbuhan ber...an
           Contoh:   Kucing-kucing liar sedang berkeliaran.
     d.   kata kerja berimbuhan me....
           Contoh ayat:  Ayah menguap.
     e.   Kata kerja berawalan ter....
           Contoh:   Ibu tersenyum.
     f.    Penggandaan kata kerja
           Contoh:  Adik melompat-lompat kegirangan.

Mungkin ada yang pening dah... releks ok. hehe

Ada keistimewaan bagi kata kerja yang menggunakan awalan meN.... kerana ada kata kerja yang merupakan kata kerja trasitif dan ada yang tak transitif. Tak mengapa. Kita ingat asas KKTT iaitu dapat berdiri sendiri dan tak perlukan objek. Jadi mana-mana kata kerja tersebut walaupun menggunakan awalan meN tetap KKTT.

Contoh kata kerja KKTT berawalan meN...

menangis, melompat, menari, meniarap, menelentang, merokok, mencebik, menjerit, melolong, meradang, membongkok, merantau, mendarat, menyerah, menepi, membesar, mencelah, mengalah, dan sebagainya.


Mencebik



Wednesday, September 25, 2013

Aku Terima Cabarannya....

 Sebenarnya diri sendiri yang mencabar. Untuk kebaikan diriku jugak. Sebenarnya dah bertahun-tahun aku mencuba untuk menguruskan badanni. Tapi aku memang tidak berdisiplin. Beli Herbalife tapi tak konsisten. Pergi London, tapi macam tu jugak. Aku kalah dengan makanan. Macamlah hidup ni untuk makan jer....

Tiba-tiba Allah tunjukkan aku satu entry dari page Ustaz Azhar Idrus Original. Sebanyak sedikit bacaan ini telah membuka pintu hatiku. Oleh itu aku mencabar diriku untuk menguruskan badanku sekurang-kurangnya mencapai 65 kg sebelum berakhir tahun ini. (mengikut timbangan di rumahku). Kawan-kawan semua, bacalah dan semoga kita mendapat manfaat. In syaa Allah.

**************************************************************************

Rasulullah SAW Dan Lapar

Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Ahmad meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sop) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi SAW memakannya - ataupun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)

Abu Ya'la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma'uz Zawatid 10:325)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap. Berkata Urwah: Wahai bibiku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air sajalah, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW dari kaum Anshar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Korma dan air saja, itu pun jika dapat. (Kanzul Ummal 4:38)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)

Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air.
(Kanzul Ummal 4:38)

Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah SAW selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah SAW makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah SAW sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah SAW mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah Fathimah binti Rasulullah SAW datang kepada Nabi SAW membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fathimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada Fathimah: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fathimah?! Fathimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma'uz Zawa'id 10:312)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah SAW maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi SAW ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah SAW tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan daiipada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah SAW lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah SAW pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.'

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!
(At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).


Credit to:  https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

***************************************************************************

Malam ni makan nasi goreng. Kira dimaafkanlah kerana satu hari tak jumpa nasi. huhu.

Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Siri 2)

Kita masih berbicara tentang ayat aktif.

Ayat aktif ada dua jenis - ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif

Mari kita memfokuskan diri kita untuk memahami ayat aktif tak transitif.. Let's a bit ilmiah. hehe bahasa rojak.

Mengikut kamus The Concise Oxford, intransitive  means does not take a direct object.

Kamus Dewan kata :- tidak diikuti oleh objek (penyambut) langsung (berkenaan kata kerja).

Apakah persamaan antara kedua-dua ini? Siapa dapat jawab angkat tangan!! (Amboi, ramainya yang angkat tangan, bagus ;-) haha)

Maksud intransitif atau tak transitif secara mudahnya ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk berdiri sendiri. Maksud berdiri sendiri ialah apabila digunakan dalam ayat, kata kerja tersebut sudah betul penggunaanya. Ayat tersebut sudah betul tanpa perlu menambahkan objek  pada kata kerja tersebut. Adoiii jangan pening ya...

Contoh ayat:

1.  Kipas berpusing.

Kipas berpusing

2.  Kucing mengiau.
Dengar tak? Kucing mengiau.

3.  Adik menangis.
Kesian... adik menangis.

4.  Ibu tersenyum.
Ibu tersenyum

5.  Ayah menguap. 
Ayah menguap
6.  Kakak tidur.
Kakak tidur

7.  Abang  menari.
Abang menari.

8.  Saya bernyanyi.
Saya bernyanyi.


Kelapan-lapan ayat di atas betul dan cuba perhatikan bahawa semua perbuatan tersebut dilakukan ke atas diri sendiri. Sebab itulah tak perlukan objek.  Betul tak?


Ada sambungan......


(psst psstt gambar-gambar diambil dari Google. Terima kasih)