Showing posts with label langkah pertama. Show all posts
Showing posts with label langkah pertama. Show all posts

Wednesday, July 2, 2008

My first attempt....

Hari ini hari Rabu. Cuaca hari ini baik. Hari ini saya mencipta blog. Hari ini saya cuba mengarang... teringat dulu-dulu semasa di sekolah rendah. Ada buku Perkhabaran. Bahagian atas buku latihan tu tidak bergaris dan separuh muka surat ada garis-garis untuk menulis perkhabaran. Bahagian kosong tu dilukis gambar. Mesti ada rumah dan matahari. 2 atau 3 ekor ayam dan pokok kelapa. mengapa ek? Mungkin subjek itu jerlah yang kita pandai lukis dan dekat dengan kita. Dari buku perkhabaran itulah agaknya saya mula mengarang dan melukis. Dah berapa tahun yer peristiwa ini berlaku? Sekarang ada lagi tak buku Perkhabaran?

Sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang berlaku hari ini. Tapi tak tahu nak mula tang mana. Mungkin saya perlu listdown dulu. Actually malam ni saya nak siapkan tulis lesson plan yang tertunggak tu. Tiba-tiba teruja pulak nak create blog. Saya nak salahkan siapa ek? Murid-murid saya atau Cik Som? Ada murid-murid saya tanya; cikgu ada blog tak? Cikgu create lah blog. Hmmmm kalau dah lebih 2 orang tanya, tercabarlah jugak gue... pastu pulak Cik Som pun dah ada blog. Baru sekejap tadi bacablognyer... Cik Som? Siapa Cik Somni? hmmmm nantilah wa cerita tentang dia. Pastu adalah seorang mamat perasan humble, sibuk jugak dengan blognyer...jadi wa pun taknak ketinggalan. wa suka bahasakan diri wa di sini kerana wa rasa bebas menulis. Kalau nak tau, penggunaan lu wa ni dipengaruhi oleh mamat humble tu lah... tapi kami berlu/wa di alam siber jerk..... oklah kan.... wah!

Hari ni wa janji dan tulis lesson plan untuk this week. So wa tak nak tulis banyak-banyak. Orangn bijak pandai ada berkata, " Mulakan sesuatu itu dengan langkah pertama, langkah seterusnya akan menyusul'. Insya-Allah kalau ada umur dan kesempatan, wa akan menulis lagi dan lagi.

OMG... So many things happenned today..... wa seakan-akan kehilangan kawan baik wa.... walaupun untuk kebaikan semua. Tapi seseorang harus melakukan pengorbanan untuk membetulkan keadaan. Pengorbanan yang cukup besar untuk kawan wa. Pengorbanan yang disertai tanggungjawab. But everything is not confirmed yet. Wa hanya ikut firasat wa dan disokong oleh cable wa yang dapat dipercayai.... cumawa harap kawan wa itu telah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut dengan dada yang lapang. Wa juga berharap dia akan meminta pertolongan Allah dalam membuat keputusan. my friend... i will write more about this friend of mine later. Now i want to fulfill my promise......