Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Ayat aktif dan Ayat Pasif Siri 3

Masih lagi membicarakan soal ayat aktif.

Dalan siri yang lepas, saya telah menerangkan Ayat Aktif Tak Transitif. Kesimpulan yang dibuat ialah:

1.  Ayat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek.
2.  Oleh sebab itu, ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan.
3.  Ayat aktif tak transitif - pelaku melakukan perbuatan (kata kerja) ke atas dirinya sendiri.
4.  Ayat aktif tak transitif  menggunakan 5 bentuk kata kerja tak transitif. (KKTT)
   
     a.   kata kerja tanpa imbuhan ( kata asal)
           Contoh:   Kakak sedang tidur.
     b.   kata kerja berawalan ber...
           Contoh:   Kipas berpusing
     c.   kata kerja berimbuhan ber...an
           Contoh:   Kucing-kucing liar sedang berkeliaran.
     d.   kata kerja berimbuhan me....
           Contoh ayat:  Ayah menguap.
     e.   Kata kerja berawalan ter....
           Contoh:   Ibu tersenyum.
     f.    Penggandaan kata kerja
           Contoh:  Adik melompat-lompat kegirangan.

Mungkin ada yang pening dah... releks ok. hehe

Ada keistimewaan bagi kata kerja yang menggunakan awalan meN.... kerana ada kata kerja yang merupakan kata kerja trasitif dan ada yang tak transitif. Tak mengapa. Kita ingat asas KKTT iaitu dapat berdiri sendiri dan tak perlukan objek. Jadi mana-mana kata kerja tersebut walaupun menggunakan awalan meN tetap KKTT.

Contoh kata kerja KKTT berawalan meN...

menangis, melompat, menari, meniarap, menelentang, merokok, mencebik, menjerit, melolong, meradang, membongkok, merantau, mendarat, menyerah, menepi, membesar, mencelah, mengalah, dan sebagainya.


Mencebik



Wednesday, September 25, 2013

Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Siri 2)

Kita masih berbicara tentang ayat aktif.

Ayat aktif ada dua jenis - ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif

Mari kita memfokuskan diri kita untuk memahami ayat aktif tak transitif.. Let's a bit ilmiah. hehe bahasa rojak.

Mengikut kamus The Concise Oxford, intransitive  means does not take a direct object.

Kamus Dewan kata :- tidak diikuti oleh objek (penyambut) langsung (berkenaan kata kerja).

Apakah persamaan antara kedua-dua ini? Siapa dapat jawab angkat tangan!! (Amboi, ramainya yang angkat tangan, bagus ;-) haha)

Maksud intransitif atau tak transitif secara mudahnya ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk berdiri sendiri. Maksud berdiri sendiri ialah apabila digunakan dalam ayat, kata kerja tersebut sudah betul penggunaanya. Ayat tersebut sudah betul tanpa perlu menambahkan objek  pada kata kerja tersebut. Adoiii jangan pening ya...

Contoh ayat:

1.  Kipas berpusing.

Kipas berpusing

2.  Kucing mengiau.
Dengar tak? Kucing mengiau.

3.  Adik menangis.
Kesian... adik menangis.

4.  Ibu tersenyum.
Ibu tersenyum

5.  Ayah menguap. 
Ayah menguap
6.  Kakak tidur.
Kakak tidur

7.  Abang  menari.
Abang menari.

8.  Saya bernyanyi.
Saya bernyanyi.


Kelapan-lapan ayat di atas betul dan cuba perhatikan bahawa semua perbuatan tersebut dilakukan ke atas diri sendiri. Sebab itulah tak perlukan objek.  Betul tak?


Ada sambungan......


(psst psstt gambar-gambar diambil dari Google. Terima kasih)

Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Siri 1)

Macam mana nak ingat dan faham tentang ayat aktif dan ayat pasif ni? Banyak murid yang tak faham. Lebih menyedihkan lagi, cikgu sendiri pun tak faham. Izinkanlah saya menghuraikan hal ini dengan bahasa yang paling mudah. Saya bukanlah pakar tetapi saya cuba untuk memberikan kefahaman secara ringkas melalui pemahaman saya sendiri yang belajar sendiri melalui bacaan sendiri.

Ayat Aktif merujuk pada PELAKU. Pelaku boleh jadi orang, binatang atau benda. Pelaku melakukan sesuatu. Jadi Pelaku adalah aktif kerana'dia' melakukan sesuatu. Haa senang kan. Ayat tu ayat aktif kerana PELAKU aktif melakukan sesuatu.

Contoh ayat:

Mak Temah membeli seutas beg tangan.


Pelaku ialah Mak Temah. Mak Temah buat apa? Membeli seutas beg tangan. Jadi Mak Temah ialah pelaku yang aktif. Oleh itu, ayat ini ialah ayat aktif.

Ni Mak Temah moden. Hehe
 Contoh ayat 2.

Kucing menangkap seekor tikus.

Pelaku ialah kucing. Kucing melakukan sesuatu iaitu menangkap tikus. Kucing ialah pelaku yang aktif.  hehe senang kan?

Hahaha Kucing ni tersilap tangkap; tetikus pun jadilah...
 Contoh ayat 3.

Kipas berpusing.

Pelaku ialah kipas. Kipas melakukan sesuatu. Jadi kipas pelaku aktif dan ayat ini ialah ayat aktif,

Kipas sedang berpusing, tu yang tak jelas bilahnya....


Selalu ingat: Ayat terbahagi kepada DUA bahagian iaitu Subjek dan Predikat. Dalam hal ini PELAKU merupakan subjek. Dalam ayat aktif, perkara yang hendak diperkatakan adalah tentang PELAKU dan PELAKU itu buat apa? Noktah.

Sebarang pertanyaan, sila lontarkan dalam ruang komen.

Sunday, November 9, 2008

Cakap Ajuk Cakap Pindah

Cakap ajuk tu yang ada tanda " .....", kata Ali. Cakap pindah pula biasanya dimulakan dengan Ali berkata bahawa...... atau Ali : .....(dalam bentuk dialog)

Cakap Ajuk.
"Emak, bolehkah saya keluar ke bandar?" tanya Ali.

Cakap Pindah
Ali bertanya kepada emaknya sama ada dia boleh ke bandar atau tidak.

Apabila kita memindahkan cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa perkara dan peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya:
  • Kenal pasti nada dan perasaan penutur. Sekiranya penutur itu marah, kita boleh tulis Dengan marahnya dia......., sekiranya dia sangat gembira, kita tulis Dengan perasaan gembira dia...... dan sebagainya:
  • Contoh perasaan, marah,benci, suka, riang, keliru, bimbang, takut, dsb
  • Kenal pasti jenis ayat sama ada ayat itu ayat penyata, ayat seruan, ayat tanya atau ayat perintah. Sekiranya ayat penyata, kita boleh gunakan; Dia berkata bahawa ..... , Dia memaklumkan bahawa..... , Dia memberitahu bahawa.... , Dia menyatakan bahawa ..... , dsb
  • Sekiranya ayat itu ayat seruan, kita boleh tulis; Dia menyeru agar..... , Dia terkejut lalu berkata bahawa ...., Dia memuji kecantikan ..... , Dia merayu agar, .... dsb.
  • Bagi ayat tanya pula, bolehlah kita tulis: Dia bertanya sama ada..... atau...... , Dia ingin tahu tentang ...... , Dia bertanya tentang orang yang ..... , dsb
  • Sementara bagi ayat perintah pula; Dia menyuruh Ali supaya ..... , Ibu melarang adik supaya tidak ...... , Guru meminta murid-muridnya ..... , Ayah menasihati kakak ....... dsb.
  • Anda juga dinasihatkan memastikan masa pertuturan itu berlaku. Ingat, kita memindahkan cakap ajuk yang telah berlaku entah bila. Jadi semasa memindahkan ayat itu, pastikan ini ditukar kepada itu, hari ini kepada hari itu, sekarang ditukar kepada pada masa itu, ke sini ditukar kepada ke situ, ke sana ditukar ke tempat itu dan sebagainya.
  • Anda jangan sesekali mencampurkan ayat ajuk dengan ayat pindah. Biasanya markah yang diberikan adalah secara impression. Jadi elakkan kesalahan seperti ini.
  • Contoh: "Bilakah cuti sekolah bermula?" tanya Chee Yung kepada Kam Yoong. [salah eja lagi ker?]
  • Cakap pindahnya: Chee Yung bertanya kepada Kam Yoong bilakah cuti sekolah bermula. (Ayat ini salah)
  • Ayat yang betul: Chee Yung bertanya kepada Kam Yoong tentang tarikh cuti sekolah bermula.
  • Perhatian: Bagi ayat tanya: Kalau Siapa tukar kepada tentang orang, kalau Apa tukar kepada tentang perkara..... , kalau Kalau bila? tukar kepada ....tentang masa/tarikh/hari... , kalau Berapa? tukar kepada tentang jumlah/harga/bilangan dsb dan kalau Bagaimana kita tukar kepada -> tentang cara/kaedah/langkah dsb. Bagaimana pula kalau soalan itu: "Mengapakah soalan ini sukar sangat?" tanya Vinodh.
  • Cuba pindahkan cakap ajuk itu.
  • Kalau ini jawaban anda, anda memang hebat! hahahaha.
  • Jawaban: Vinodh bertanya tentang sebab soalan itu sukar sangat.

To be continued....

Hari ini penat sungguh. Sejak semalam mengemas rumah kat kampungni yang baru siap diubahsuai. Aduh, sakit seluruh badan.... huhuhu. Broadband pun dah bengong so guna dial-up biasa. Agak lambat sikit. Nasib baik akaun tak tutup lagi.

Monday, November 3, 2008

Kesalahan Tatabahasa

Tips sebelum peperiksaan.

Sila ambil perhatian.
  • Petikan ini membincangkan tentang faktor-faktor..... (salah)
  • Petikan ini membincangkan faktor-faktor.... membincangkan ialah kata kerja transitif, jadi tak perlu sisipan kata sendi antara kata kerja dan objek. Dengan kata lain, selepas KKT mesti ada objek.
  • jawaban bukan jawapan
  • dalam kalangan bukan di kalangan
  • berbahaya bukan merbahaya
  • ejaan perkara mesti ada r, bukan pekara.

  • Antara faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ialah jumlah kenderaan yang banyak pada satu-satu masa.
  1. Ayat di atas mengandungi kesalahan kerana perkataan antara bermaksud banyak, tetapi faktor yang anda sebutkan hanya 1. Elakkan membuat kesalahan begini. Apa yang harus anda tulis ialah : Satu faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ialah jumlah kenderaan yang banyak pada satu-satu masa.
  2. Sebaliknya, ayat ini betul: Antara faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ialah jumlah kenderaan yang banyak pada satu-satu ketika, sikap pemandu yang biadap dan sistem jalan raya yang tidak sempurna.

bersambung.... ngantuk...