Showing posts with label Kajian Novel. Show all posts
Showing posts with label Kajian Novel. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Novel Interlok ditarik balik?

Gambar dipetik dari:-
http://abihulwa.blogspot.com/2010/12/kuala-lumpur-buku-teks-subjek-sastera.html

ISU NOVEL INTERLOK

Penarikan "Interlok" Dibincang Bersama Kementerian Pelajaran, DBP - Murugiah
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Penarikan buku teks sastera tingkatan lima bertajuk "Interlok" yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India, dibuat selepas perbincangan dengan pihak berkaitan, termasuk Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah berkata Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima banyak aduan mengenai beberapa perkataan sensitif dalam buku itu, dan selaku Pengerusi BPA, beliau berpendapat tindakan segera perlu diambil.

"Saya sebagai Timbalan Menteri, memanggil Kementerian Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, serta semua yang berkaitan hadir dan berbincang, dan kami telah membuat keputusan secara musyawarah.

"Saya tidak boleh memberi sebarang keputusan, cuma saya boleh mencadangkan tindakan yang boleh diambil, dan tanggungjawab untuk mengambil tindakan itu adalah Kementerian Pelajaran," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin ketika mengulas surat pembaca yang tersiar di sebuah akhbar berhubung pengumumannya mengenai penarikan buku itu pada 15 Dis lalu.

Pembaca yang dikenali sebagai M. Hanafiah A. Samad dari Muar, Johor itu menyifatkan tindakan Murugiah sebagai melatah dan berpendapat pengumuman tersebut sepatutnya dilakukan Kementerian Pelajaran.

Murugiah berkata isu penarikan buku tersebut telah disalah tafsir dan berharap ia tidak terus diperbesarkan kerana bimbang mencetuskan masalah.

"Orang salah tafsir benda ini, sebab itu saya mahu jelaskan. Dia bagitau dalam ini (surat pembaca), beliau menulis berdasarkan kajian sejarah dan pengalamannya, saya faham, tapi ini bukan buku sejarah, ini buku sastera.

"Apabila buku sastera, dia boleh tukar bahasa-bahasa tertentu, atas dasar itu kita mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan terpulang kepada mereka, kalau mahu kekalkanpun, boleh kekal, tapi mereka ambil cadangan BPA (untuk tarik balik)," katanya.

Buku "Interlok" karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka, telah dipilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan Lima, sebelum ditarik balik pada 15 Dis lalu.

Ia didakwa mempunyai unsur penghinaan terhadap kaum Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis di beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan kaum India.

-- BERNAMA



Banyak maklumat lagi http://galusbm.blogspot.com/

Thursday, May 7, 2009

Soalan-soalan kbkk berdasarkan novel Konserto Terakhir

Hari ini kumpulan terakhir dari kelas 5 Sc 1 telah membentangkan aspek latar dalam novel Konserto Terakhir. Kupasan yang begitu mendalam bagi latar masa telah disampaikan oleh Jin Wei. Menarik juga. Dengan contoh yang diberikan, kita dapat mengimbau kisah-kisah dalam Konserto Terakhir walaupun belum membacanya.

Namun, perkara yang menarik bagi saya ialah perbincangan soalan-soalan yang berkaitan dengan ketiga-tiga aspek latar ini dan aspek watak. Berikut ialah beberapa soalan yang telah dikemukakan.
  1. Apakah kepentingan latar masa dalam sesebuah novel?
  2. Apakah kepentingan latar tempat dalam sesebuah novel?
  3. Mengapakah pengarang memperihalkan latar masyarakat yang pelbagai dalam novel Konserto Terakhir?
  4. Mengapakah watak Hilmi dipindahkan dari rumah Datuk Johari ke Stesen Minyak Shell Jalan Setapak? (Hilmi bekerja di stesen tersebut selama satu tahun 2 bulan)
  5. Mengapakah watak utamanya seorang lelaki iaitu Hilmi dan bukan perempuan iaitu Hayati?

Banyak lagi soalan dapat difikirkan untuk dibincangkan. Saya suka membincangkan soalan-soalan sebegini untuk menajamkan minda dan melatih kita berfikir secara kreatif dan kritis.

Saturday, November 1, 2008

Kajian Novel - Soalan Perbandingan

Untuk menjawab soalan sebegini, pelajar harus faham akan makna perbandingan. Perbandingan boleh merujuk persamaan atau perbezaan.

Contoh soalan:

Berdasarkan 2 buah novel yang anda kaji, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu. (SPM2005)

Anda hendaklah menuliskan jawapan dalam perenggan dengan ayat yang gramatis. Jangan jawab dalam bentuk poin atau jadual. Markah bahasa akan ditolak. Sebaik-baiknya dalam perenggan pertama, anda sudah nyatakan novel kajian anda dan nyatakan latar tempat bagi novel tersebut dan apakah peristiwa berkaitan tempat tersebut. kemudian gunakan manakala untuk membuat perbandingan dengan latar tempat bagi novel seterusnya.

Contoh jawaban:

Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain dan Bukit Kepong karya Ismail Johari. Terdapat persamaan latar tempat dalam kedua-dua buah novel iaitu Kedah. (ini penyataan latar - 1 markah akan diberikan). Di tempat inilah, watak utama Konserto Terakhir iaitu Hilmi dan watak Datuk Johari berasal. Di Kedah juga, Datuk Johari buat pertama kalinya berkahwin dengan gadis pilihan ibu bapanya dan meninggalkan isterinya dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Manakala dalam novel Bukit Kepong, Kedah merupakan tempat asal watak utamanya iaitu Othman, iaitu di Kulim. Di sini Othman menolong ibu bapanya menoreh getah dan menghadiri temuduga untuk jawatan polis. Di sinilah juga Othman mendirikan rumah tangganya dengan Limah gadis pilihan keluarga.

kajian Novel - Unsur Saspens

Ada juga negeri yang memilih unsur saspens sebagai soalan dalam percubaan SPM. jadi sila ambil perhatian juga.

Unsur saspens ialah apabila pembaca akan tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Suspens ini ialah kepada pembaca bukan kepada watak dalam novel.

Bukit Kepong
  • 200 orang pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. - Pembaca tertanya-tanya mampukah 18 0rang anggota polis mempertahankan rumah pasung tersebut daripada serangan pengganan komunis?
  • Othman yang cedera parah telah terjun ke dalam sungai Muar untuk menyelamatkan diri. - Pembaca tertanya-tanya sama ada Othman berjaya menyelamatkan diri dan apakah yang akan berlaku seterusnya?
  • Limah menjadi gila selepas menerima berita kematian Othman. - Pembaca tertanya-tanya sama ada ingatan limah akan dapat dipulihkan semula.
  • othman berasa gelisah apabila mendapati isterinya belum pulang daripada membeli-belah di Muar walaupun hari hampir malam. - Pembaca tertanya-tanya, apakah yang telah berlaku kepada Limah dan rakan-rakannya?
  • Othman dan beberapa orang rakannya yang meronda di kawasan kampung telah menemukan beberapa tanda aneh. - Pembaca tertanya-tanya tentang maksud tanda-tanda tersebut dan apakah yang akan berlaku seterusnya?
  • Tucksai dan Ahmeng cuba memperdayakan Sarjan Jamil dengan melaporkan kematian anak Ahmeng akibat terjatuh ke dlam perigi. - Pembaca tertanya-tanya, apakah muslihat kedua-dua orang tersebut membuat laporan di Rumah Pasung Bukit Kepong?

Konserto Terakhir

  • Datin Salmah berang apabila mendapati piano hayati telah rosak. - Pembaca tertanya-tanya akan tindakan yang akan diambil oleh Datin Salmah terhadap Hilmi dan bagaimanakah Hilmi menghadapi keadaan tersebut?
  • Hilmi tidak hadir untuk mengetuai Pertunjukan Orkes Perdana. - Pembaca tertanya-tanya sebab Hilmi tidak hadir ke konsert tersebut sedangkan konsert itu merupakan impiannya selama ini dan siapakah yang akan memimpin orkestra tersebut?
  • Peristiwa Hilmi melarikan diri dari rumah Datuk Johari. - Pembaca tertanya-tanya tentang nasib Hilmi selepas itu.
  • Encik Bakar tetap memilih Hilmi menganggotai quartetnya walaupun telah diberi amaran keras oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik nasional. - Pembaca tertanya-tanya akan tindakan uang akan dikenakan terhadap Encik Bakar.

Kajian Novel - Calon SPM sila ambil perhatian

Banyak sekolah dan negeri meramalkan soalan latar masa akan keluar. jadi cuba ingatkan tarikh-tarikh penting dalam Bukit Kepong dan peristiwa yang berkaitan dengan masa tersebut.

Bukit Kepong

1. Secara keseluruhannya, latar masa mencakup tempoh antara 1948 hingga 1950.

2. Bulan Jun 1948, Pesuruhjaya Inggeris di Tanah melayu telah mengisytiharkan darurat ke seluruh negara sebagai akibat ancaman komunis.

3. 1 Feb 1950 - Othman yusof diarahkan bertukar ke Bukit Kepong dari Pagoh.

4. 18 Feb 1950, semasa membuat rondaan, Othman ternampak tanda pelik iaitu bilah-bilah buluh yang dicacakkan di tanah dalam jarak tertentu.

5. Antara 20 - 21 Feb - suasana di Bukit Kepong meriah kerana orang Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. mereka membakar petas (mercun)

6. Pada pukul 4 pagi - pengganas komunis mula menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Pada pukul 5.00 pagi, Penghulu Ali dan pasukan pengawal kampung m,encuba membantu pihak polis tetapi gagal kerana dihalang oleh sepasukan pengganas komunis. pada pukul 7.30 pagi, berek kelamin ditawan pengganas komunis lalu dibakar. mereka turut membakar rumah pasung.

7. pada pukul 8.05 pagi, pengganas komunis laru ke dalam hutan setelah membakar rumah pasung dan berek kelamin. pada pukul 8.20 pagi, barulah pengawal kampung yang diketuai oleh Penghulu Ali mustapha sampai di tempat kejadian, sementara bantuan polos yang diketuai oleh OCPD JJ. Raj Jr sampai pada kira-kira pukul 8.45 pagi.


Pelajar-pelajar semua mesti ingat sekurang-kurangnya 3 latar masa dan peristiwa yang berkaitan. Latar masa juga boleh dikaitkan dengan tempat kejadian. Ini boleh menjawab latar tampat.

Konserto Terakhir
  • Latar masa untuk Konserto Terakhir lebih bersifat umum seperti pagi, petang, siang atau malam. Tarikh tidak dinyatakan dengan jelas, tapi boleh diagak di sekitar 70-an atau sebelum tahun 1980 atau zaman moden.
  • Pada masa pegawai Inggeris masih bertugas di malaysia. Contohnya, tuan Milton diminta oleh Datuk Johari memberikan pekerjaan kepada Hilmi.
  • Keadaan ekonomi pada masa itu menunjukkan negara baru membangun - berlaku kekurangan tenaga kerja menyebabkan penduduk kampung berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan walaupun memiliki tahap pendidikan yang rendah.
  • Cerita berlaku pada waktu siang dan malam. Contohnya, pada siang hilmi tiba di rumah Datuk johari. Pada waktu malam berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana.