Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
Tuesday, August 18, 2009
Di Skudai, Johor Baru
Monday, June 22, 2009
My Birthday Party
18 Jun 2009.

Terima kasih 5Sc 1 yang membelikan kek untuk saya. Saya tak sangka anda akan membelikan kek dan menyambut hari ulang tahun kelahiran saya pada hari tersebut.
16 Jun 2009 - Hari ulang tahun kelahiran anak buah saya iaitu Aqilah manakala 19 Jun kakaknya pula iaitu Amani. Sebelum tu pada 8 Jun, Hari jadi adik saya Hana dan Hani. Jadi ibu bapa kepada Amani dan Aqila telah mengadakan jamuan pada 20 Jun yang lepas, hari Sabtu petang. Saya pun tumpang sekakilah. Begitu juga Hana dan Hani. Masing-masing membawa kek. Saya membawa kek lobak yang ditempah dengan kawan saya, Rosli.
Banyak juga tetamu yang hadir termasuklah adik saya dari Johor dan Melaka. Meriah sungguh pada hari itu. Perjumpaan kami diakhiri dengan sukaneka ala kadar tapi menyeronokkan. 


Sunday, October 26, 2008
Zharif Naim Cukur Rambut
Pertama kali wa tengok upacara ini. Selalunyer buat kat atas, tapi kali ini buat kat bawah jer, tak jemput banyak orang, so bolehlah lihat upacara ini. Siap ambik gambar lagi wa....
Mula-mula doa dibaca,
pastu Ustaz gunting rambut,
pastu adalah 3-4 orang lagi buat perkara yang sama.
Kalau tak silap pastu baca doa lagi. Selesailah. Simple jerk.
Pastu ofkos makan. Para tetamu diberikan bunga telur dan pulut kuning.
Tuesday, August 19, 2008
Happy Birthday Abang Lang
Abang Lang - adik wa sebenarnya. Tak pernah celebrate birthday ramai-ramai adik-beradik. Kebetulan balik ke kampung pada 17 Ogos, Salmah my sister belikan kek yang comel dan nyanyilah reramai. happy birthday, semoga hidup diberkati Allah SWT. Moga-moga dimurahkan rezeki dan cepat dapat menunaikan fardu haji di Makkah. Amin.
Hari Sabtu emak pergi ke Perak, zillah kahwin kali kedua. Khabarnya meriah sungguh kenduri itu. Dulu Niah kahwin (adik Zillah) wa tak pergi,kini Zillah kawin pun wa tak pergi. Tak ada rezeki nampaknya. Tapi wa sempat juga merasa masak merah daging kerbau. Emak bawakkan buah tangan pengantin; bunga telur, kuih-muih dan tuala kecik. Terima kasih.
Makji Rakyah masuk ke hospital Sabak Bernam. Petang Sabtu, sempat jugalah wa membawa ayah wa menziarahi kakaknya di hospital tersebut. Semoga makji cepat sembuh dan balik ke rumah. Di hospital, wa jumpalah sedara-mara yang turut menziarahi makji seperti Normah, latipah, dan siapa ya yang duduk kat Geduma tu? Lupalak namanya.
Wa juga berkesempatan menyalin beberapa resepi seperti tapai, kuih loyang, kuih cara, dan ayam masak merah. Bila wa dah buat nanti, wa post gambarnya di sini. Tak tahulah bila... puasa dah dekatni...
Subscribe to:
Posts (Atom)