Sempena Hari Guru ini, saya adalah menerima beberapa SMS tentang ucapan Hari Guru. Memang menarik dan indah bahasa yang digunakan. Terima kasih kepada yang menghantar. Di sini saya perturunkan beberapa mesej untuk renungan dan rujukan masa depan, tapi kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Tidakkah kita mampu menuliskannya dalam Bahasa Melayu?
SMS 1 - Guru.... Di tanganmu insan terbina.. Selamat Hari Guru - Suzana Yasin
SMS 2 - Selamat Hari Guru.... semoga segala jasa dan usaha selama ini diberkati Allah... Amiin. - Kak Lang.
SMS 3 - There just aren't words quite nice enough to really say how very much you're appreciated in every simple way. Thank you so much! happy Teachers' Day. - Yew Gin
SMS 4 - Carry a heart that never hates, Carry a smile that never fades, Carry a touch that never hurts and always Carry knowledge that never ends... HAPPY TEACHER'S DAY!
SMS 5 - To the people who tought not only, facts, numbers, technigues, methods and languages, but also hardwork, dedication, who gave us insipation, who nurtured us with love and care, who guided us with wise words and heavy critiqs, who punished us with 'monitoring books' and 'out-the class-u-go', who gave us nice projects and bad homeworks,who gave us great teaching. For who am I today, with the best employment in life-students! Thanks teacher from my heart, thanks! Happy Teacher's Day! - Rao [ Ini bukan SMS ni - panjang betul]
SMS 6 - Dear teacher, I feel good because I have all the good teachers around me and we will always be. - Cikgu Mardziyah
SMS 7 - Dear friends, y0u are great for being a couch, mentor, and leader to encourage, inspire and never, ever, give up on your students. Congratulations! - Siti Normah
SMS 8 - Dapat banyak bunga? Tanda guru harumkan dunia. Dapat pen? Tanda guru bijak lakar kata. Dapat Pemadam? Tanda guru selalu betulkan dusta. Dapat SMS? Tanda guru sentiasa di ingatan. Selamat Hari Guru! - Nadia
SMS 9 - Happy Teachers Day (: - Pey Tsyr
SMS 10 - Happy teacher's day!! Thank you and luv u all :) - Ima
SMS 11 - Two thought for the start of the day : The word LISTEN contains the same letters as the word SILENT. God does not comfort us to make us comfortable only, but to make us comforters. Good day and have a Terrific Day! HAPPY TEACHERS DAY. - Gurbaksh
SMS 12 - Happy Teachers' Day! Your guidence is much remembered. Thank you! Wishing u well always =D. - Janine, 5Sc1 2009
SMS 13 - Selamat Hari Guru buat Cikguliz yang dikasihi, semoga persahabatan kita berkekalan. :) - Mas KBR
SMS 14 - Selamat Hari Guru - Danish
SMS 15 - Happy Teachers' Day. u have a great teacher to me and taught me many things since I was a Immaure little girl. So thank u so much. - Sue Teng.
SMS 16 - Salam cikgu-cikgu sekalian... sayNurul hamiza ingin mengucapkan Selamat hari Guru... Saya memang tak akan lupa semua semua jasa cikgu kat saya... saya akan sentiasa ingat semua pengorbanan cikgu kat saya! - Nurul
SMS 17 - Kini bersamalah kita, mengharungi dugaan dan cabaran, jujur dan ikhlas kita berbakti, bersama menadah tangan dengan doa restu, kepada Tuhanmenjanjikan pembalasan. guru Pembina Negara Bangsa. SELAMAT HARI GURU. - Cikgu Rosli Mat
SMS 18 - Keep being a GREAT teacher that u are! Happy teacher's day.
SMS 19 - Guru ... dalam ajarmu ada harapan, dalam tegurmu ada doa, dalam dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam adaa bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru... SELAMAT HARI GURU dan berbanggalah anda adalah seorang guru! - Salmah Yunus.
SMS 20 - U can be a doctor and save lives, a lawyer and defend lives, a soldier and protect lives or simply be YOURSELF a teacher who touches lives! HAPPY TEACHERS DAY.- Cikgu Shaharuddin
SMS 21 - This is to certify that you are THE WORLD'S MOST BRILLIANT TEACHER. You are FANTASTIC-FUNNY- VERY NICE - COOL - SMART & GREAT. happy Teachers' Day. - Shamsul
SMS 22 - Good teacher explains. Better teacher demonstrates. Best teacher motivates. Great teacher inspires. For a GREAT teacher, "HAPPY TEACHER'S DAY". - Rekha
SMS 23 - Birth is the start of life. Beauty is the art of life. Mystery and risk are part of life. but people like u are the 'HEART' of life! HAPPY TEACHER'S DAY!- Hana
Ada banyak lagi SMS yang betul-betul ringkas tidak dituliskan di sini. Ada juga SMS yang sama. Terima kasih semua.
Wednesday, May 20, 2009
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik di seluruh dunia khususnya di Malaysia. Cabaran kepada warga pendidik dewasa ini amat mencabar. Guru-guru di negara ini telah diberikan tanggungjawab yang begitu besar. Kalau murid tidak pandai, dikatakan guru tak pandai ajar. Setelah lebih 50 tahun merdeka, murid-murid masih tidak menguasai bahasa Malaysia. Malah, ada yang tidak dapat bertutur dengan baik. Bukan saja murid India, Cina yang tidak fasih berbahasa Melayu, malah ada murid-murid Melayu sendiri amat lemah penguasaannya! Tambah-tambah lagi sekarang, Matematik dan Sains diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Ditambah lagi dengan bahasa SMS dan bahasa siber. Aduhai....
Bukanlah saya hendak mengeluh pada hari guru ini, tapi inilah cabaran yang harus dihadapi. Ditambah lagi dengan cabaran globalisasi. Lihatlah akhlak anak-anak muda kita. Kalau kita pergi ke pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, perhatikanlah gelagat anak-anak muda kita. Tanpa segan silu mereka berpeluk-pelukan dan bercium-ciuman seperti yang kita lihat di kaca-kaca tv. Itu di tempat terbuka dan di siang-siang hari. Entahlah apa yang berlaku pada waktu lain di tempat lain. Belum lagi saya sebutkan tingkah laku songsang di luar batas norma masyarakat kita. Apakah sebenarnya yang kita mahukan terhadap generasi masa hadapan kita?
Kita mengajarkan subjek kita di sekolah agar mereka mendapat A dalam peperiksaan. Kita mendidik pelajar-pelajar kita untuk menjadi pelajar holistik. Tapi masih banyak lagi pelajar yang kecundang. Kita masih melahirkan penjenayah-penjenayah. Kita melahirkan anak-anak yang derhaka kepada kedua-dua ibubapa, kita melahirkan anak-anak bangsa yang tidak berjiwa Malaysia..... Gagalkah kita melaksanakan tugas kita sebagai guru?
Kita menerima cabaran daripada pelbagai penjuru arah! Mendidik anak itu sudah menjadi suatu cabaran, melayan kerenah ibu bapa aduhai... cuit sikit anak mereka kita disaman di mahkamah, cabaran persekitaran, cabaran globalisasi, cabaran kehidupan yang mencekik dan macam-macam cabaran lagi. Tapi kita masih tetap di sini. Masih mengharungi cabaran-cabaran itu dengan hati yang terbuka kerana apabila melihat wajah anak-anak didik kita yang mengharap mahupun yang masih kabur, hati ini menjadi cair dan semangat mula membara....
Selamat Hari Guru saya ucapkan dengan khusus kepada guru-guru saya yang telah mengajar saya selama ini terutama kepada Cikgu Maznah, guru pertama yang saya kenali semasa darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sg Sireh, Tanjung Karang; Cikgu Raja Aman cikgu yang saya sifatkan garang semasa saya darjah 4 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang, tak lupa juga Cikgu Othman, Cikgu Ibrahim Saad yang mengajar saya Bahasa Inggeris dan banyak lagi yang mengajar saya di sekolah rendah. Terima kasih cikgu. Mungkin ada antara mereka yang sudah meninggal dunia, namun jasamu dikenang sepanjang hayat.
Saya juga hendak mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih saya kepada guru-guru di Sekolah Convent Bukit Nanas dari tahun 1974-1981. Saya tak dapat lupakan Cikgu Mishah, Cikgu Ku Sham, Miss Arumugam, Mrs Ling dan ramai lagi. Aduhai, nostalgia! Teringat CBN di tengah-tengah kesibukan kota. Harap-harap CBN tidak terkorban oleh pembangunan pesat Kuala Lumpur!
Dan yang paling istimewa, terima kasih emak dan ayah yang tak jemu-jemu menjadi guru kapada diri ini dari kecil sampai dah tua-tua begini. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa.

Friday, May 8, 2009
ULBS
Minggu ini minggu guru-guru keluar untuk menyertai taklimat ULBS/PEKA/PBS dan yang berkaitan. Hari ini saja 3 orang guru yang keluar termasuklah ketua pentaksir ULBS. Terdapat beberapa perubahan nampaknya terutama dari segi penyelarasan. Kalau pada tahun lepas, 10 orang calon dipantau oleh Penyelaras Kawasan tetapi pada tahun ini pemantauan untuk penyelarasan akan diadakan 2 kali. Pada peringkat pertama, Ketua Pentaksir Sekolah yang akan membuat pemantauan dan kemudian dalam sekitar bukan Jun nanti barulah Penyelaras Kawasan akan datang ke sekolah dan membuat pemantauan dan penyelarasan.
Oleh sebab peperiksaan pertengahan tahun akan berlangsung pada 14 Mei 2009, maka penyelarasan pertama akan dilakukan sebelum itu, mungkin pada hari Khamis depan pada sebelah pagi. Harap-harap para pelajar yang terpilih akan bersedia dengan sebaik mungkin supaya tiada pertukaran markah akan berlaku.

Thursday, May 7, 2009
Soalan-soalan kbkk berdasarkan novel Konserto Terakhir
Hari ini kumpulan terakhir dari kelas 5 Sc 1 telah membentangkan aspek latar dalam novel Konserto Terakhir. Kupasan yang begitu mendalam bagi latar masa telah disampaikan oleh Jin Wei. Menarik juga. Dengan contoh yang diberikan, kita dapat mengimbau kisah-kisah dalam Konserto Terakhir walaupun belum membacanya.
Namun, perkara yang menarik bagi saya ialah perbincangan soalan-soalan yang berkaitan dengan ketiga-tiga aspek latar ini dan aspek watak. Berikut ialah beberapa soalan yang telah dikemukakan.
Namun, perkara yang menarik bagi saya ialah perbincangan soalan-soalan yang berkaitan dengan ketiga-tiga aspek latar ini dan aspek watak. Berikut ialah beberapa soalan yang telah dikemukakan.
- Apakah kepentingan latar masa dalam sesebuah novel?
- Apakah kepentingan latar tempat dalam sesebuah novel?
- Mengapakah pengarang memperihalkan latar masyarakat yang pelbagai dalam novel Konserto Terakhir?
- Mengapakah watak Hilmi dipindahkan dari rumah Datuk Johari ke Stesen Minyak Shell Jalan Setapak? (Hilmi bekerja di stesen tersebut selama satu tahun 2 bulan)
- Mengapakah watak utamanya seorang lelaki iaitu Hilmi dan bukan perempuan iaitu Hayati?
Banyak lagi soalan dapat difikirkan untuk dibincangkan. Saya suka membincangkan soalan-soalan sebegini untuk menajamkan minda dan melatih kita berfikir secara kreatif dan kritis.
Friday, April 17, 2009
Kali pertama naik monorail
Wa snap gambar ni dengan henfon wa.
Haha hari ini saya telah berjaya ke Low Yat sendiri dengan menaiki monorail. Inilah pertama kalinya saya menaiki monorail. Saya park kereta di Pekeliling dan naik monorail di Titiwangsa. RM2.10 tambangnya dan turun di Stesen Imbi. Sampai di Imbi, saya bertanya kepada penjual tiket jalan ke Low Yat. Tapi bila dah ke seberang jalan, saya tak dapat mengesan tempat lowyat ni. Dulu, pernah juga ke lowyat tapi dengan kengkawan. Pelik betul, yang saya nampak begitu gah sekali ialah Berjaya Times Sq. Saya pun cuba calling-calling Helmy, tapi telefon tak berangkat. Then cuba call Nana, tapi Nana pun tak dapat bagi direction yang tepat. Saya pun tebalkan mukalah dan bertanya kepada penjual tiket apatah.... dan dia menunjukkan jalannya. Tak lah jauh dari situ tapi kena ikut lorong sebelah 7/11 tu.... oraitlah, akhirnya wa jumpa juga lowyat. Pastu satu lagi cabaran iaitu nak cari kedai Sri Computers.... jenuh juga nak mencari kedai tersebut.Actually, wa nak pulangkan sd card yang wa beli masa pc fair tempoh hari. Tapi adik wa yang tolong belikan. SD Card tu takleh digunakan dengan net top wa, so wa harus kembalikan dan tukar dengan barang lain. At last, wa jumpa gak kedai itu dan dapatlah wa tukarkan sd card tu dengan thumb drive 16gig. Puas hati. Pastu wa singgah kedai Canon dan minta quotation untuk canon 450D untuk sekolah wa. The price is quite cheap if to compare dengan Fotokem. With the same price, i can get an extra battery. Not bad eh...
Alang-alang dah sampai di sini, wa pun ambil peluang cuba try test one macro lense, the price is about RM1300 with f-2.5/50. Macam best jer lense ini. Tapi wa ternampak pula another lense 18/200. alamak bestnya lense ini, ada wide angle dengan zoom sampai 200. Tak payah tukar-tukar lense; tapi harganya tahun depan pun mungkin tak terbeli lagi. Regenyer ialah RM2800. Anybody can sponsor? I was thinking to buy macro lense jenama Tamron model SP 90. Last year when I asked the price, it was RM1280. But just now, the price has gone up to RM1550. Come to think about it, I think it is worth buying Canon lense even though it is more expensive. Tepuk dada tanya selera tapi kenalah ukur baju di badan sendiri walaupun kata orang, alah membeli menang memakai....
Wa balik ke Stesen Titiwangsa dengan monorail yang baru nak sampai tu. Hehehe tercepat pulak wa snap gambar train itu.
Monday, April 13, 2009
Sekolah Sri Bestari - Early Events
Early Events - telah diadakan selama 3 hari minggu lepas. Hari Sukan jatuh pada 18 April ini. Jemputlah datang meramaikan Temasya Sukan Tahunan ke-13 yang akan diadakan di padang sekolah. Buat masa ini Rumah Saga masih mendahului dengan mata 547 diikuti Rumah Cemara dengan 513 mata. Rumah Margosa jauh ketinggalan dengan mata 475 manakala Rumah Kiara dengan 406 mata. Mampukah Saga mengungguli kejuaraan pada tahun ini? Ataupun Cemara akan mencantas kemaraan Saga? Mungkinkah keajaiban akan berlaku dan Margosa atau Kiara akan menjadi Juara? Sama-samalah kita saksikan kemuncak sukan tahunan pada hari Sabtu ini.

Gaya mesti ada....
Margosa melangkah ke akhir bagi acara tarik tali.
Acara lari berganti-ganti
Andy - terbang seperti helang..
Sunday, March 22, 2009
Burung

Antara spesies haiwan yang saya suka ialah burung. Kenapa?
- cantik
- bebas terbang ke mana-mana
- apabila tiba waktunya mesti pulang ke sarang
- penyayang
- suaranya merdu
- comel, terutama semasa mematuk makanan.
- gelagat burung mengasyikkan...
- penuh misteri...
- bijak
- dll
Penari balet sedang dengan anggunnya menari tarian yang lemah-gemalai. Hmmm ...
Friday, March 20, 2009
Chang Ai Sha - Selamat Pengantin Baru
Hari ini kawan saya ni selamat didaftarkan sebagai isteri yang sah kepada suaminya. Alamak! Lupa pula nak tanya nama suaminya. Pertama kali saya menyaksikan pendaftaran perkahwinan pasangan Cina. Selalu tu hanya pergi majlis resepsi. Kali ini saya pergi ke Pejabat Pendaftaran di Gombak.
Gambar ini semasa mengangkat sumpah. Selepas itu, lafaz setuju untuk berkahwin dan menandatangai perjanjian tersebut. Di bilik pendaftaran perkahwinan ini disediakan juga pelamin. Macam perkahwinan orang Melayu pula. Bagus juga ada pelamin, bolehlah bergambar di sini.
Selepas selesai pendaftaran, kami menuju ke Taman Layang-layang. Mak oi, panasnya!!!! Susah juga nak adjust cahaya, mata silau. Banyak juga gambar yang diambil di sini walaupun keadaannya panas terik. Nasib juga panas, kalau tidak entah berapa ratus keping gambar saya ambil. Banyak spot yang menarik di sini. Lain kali petang-petang boleh datang ke sini ambil gambar.
Hebat juga Ai Sha ni, selepas bergambar di Taman Layang-layang, kami bergerak ke Frim pula. Di dalam ni pun menarik juga. Dari taman ke hutan. Lepas itu singgah di rumah ibu bapanya. Nak bergambar dengan datuknya yang berusia lebih 90 tahun. Tapi nampak gagah lagi orang tuani.

Selepas itu, kami bergerak ke rumah Ai Sha di Emerald, Rawang. Setelah mengambil beberapa keping gambar termasuk di bilik tidur, saya pun pulang. Saya singgah di Bistro Delifrance Rawang untuk makan tengah hari dan sebagai meraikan perkahwinan rakan saya. Tapi saya makan sorang-sorang jer....

Subscribe to:
Posts (Atom)