Wednesday, October 29, 2008

Renovation

Cuti Deepavali wa 5 hari dari Sabtu sampai hari ini. Satu hari ambik cuti peristiwa dan sehari lagi ganti hari sabtu. Ingatkan wa nak siapkan kerja-kerja tertunggak, rupa-rupanya perkara lain telah mengambil masa wa yang amat berharga ini.

Setelah membuat perbincangan pada hari sabtu lepas, semua telah bersetuju untuk renovate ruang kedai di rumah parents wa untuk disimen dan didindingkan dan sebagainyalah. Tapi tak sangkalah nak dibuat secepat ini. \oleh sebab tukang nak buat kerja mula hari rabu, so kenalah kemas kedai secepat mungkin.Maka berubahlah jadual wa. Wa kena uruskan kemas rumah. Namun, wa lega jugak, cepat siap lagi bagus. Banyak jugak sampah sarap yang terkumpul sekian lama akhirnya dapat dibuang. Rak-rak yang dibawa pindah dari kedai lama sudah musnah semuanya. Yang tinggal hanya kenangan. Sempat juga wa merakamkan beberapa keping gambar.



Sebelum dikemaskan.


Setelah dirosakkan. Kat sinilah nak didindingkan batu.

Jenuhlah nak kemas nanti, tak tahu macam mana. Sekarangni pun badan dah sakit-sakit.

Tuesday, October 28, 2008

Wa berbelah-bagi

Hari ini wa hantar kereta wa untuk service dan ganti bateri. haritu masa bateri wa kong, mekanik wa pinjamkan jer bateri buat sementara, tapi sementara wa 3 bulan jugak, hehehe. Masa tu dia tak sempat nak belikan wa bateri sebab dia nak keluar. Pastu wa pulak tak sempat nak gi bengkel dia, sampailah la ni. Wa dah biasa dengan mekanik wa ni. Kalau ada apa-apa hal, mesti wa hantar kat dia. pendek kata dia memang tahulah hal ehwal kete wa.

Tadi wa bayar RM240.

Oil 4T RM40.00
Oil Piulter RM15.00
Oil gear RM25.00
Tapis RM10.00
Betry RM150.00

Itu yang tertulis kat resit. Tengoklah ejaan tu. Dia memang belasah jer tentang ejaan. kelakarlah diani. Tapi dia memang hebat. Kereta pelbagai jenama yang murah dan yang mahal belambak kat bengkel dia untuk dibaiki. tak menang tangan; tapi wa suker, walaupun kekadang lambat siap tapi hasil memuaskan dan murah berbanding kalau buat kat kl. Ada sekali tu, wa hampir terkena. Ada problem kat kete wa, wa tanya kat mekanik kat Taman Tun, dia nak RM800. Wa tepon mekanik wa dulu, dia kata hantar jer kat dia, bawak pelan-pelan. Wa tawakkal dan berdoa. bila tunjukkan kat mekanik wa, sekejap jer dia buatkan. Satu sen pun tak kena.

Sementara tunggu dia siapkan bil,wa borak-borak dengan dia dan kata wa nak beli kereta baru. Saja tanya pendapat dia. Dia gelakkan wa bila wa kata wa nak beli Saga baru. dia kata kalau enjin rosak, sediakanlah RM14,000. Mak oi,kenapa? Dia kata enjinnyer kurang elok, ada problem, tak tahulah kat mana. Dia kata kalau beli kereta tu nanti menyesal, Dia dah test drive, dia kata tak best. Dia syorkan wa beli Myvi. Tapi Myvi mahal!!!! yang full speclah. memanglah dulu wa berkenan sangat nak beli Myvi, tapi pelan lama pelan sejuk, tup-tup ada pulak Saga. Wa tengoo hari tu, wa terberkenan. Tapi bila borak-borak dengan mekanik Suratman ni, layulah pulak. nampaknya kena tunggu dululah.

Cik Wan, nampaknya mungkin awak dulu pakai kereta baru. Wa kena kira bajet dulu dan buat pembentangan bajet semula. huhuhu

Menurut mekanik wa, kereta Myvi senang nak dapat sparepart. Second hand punyer spare part pun banyak. Tapi kalau nak beli kereta lain, dia syorkan kereta Korea.Entahlah, dia beri pendapat berdasarkan pengalamannya sebagai mekanik. Wa tengok luaran jer...

Monday, October 27, 2008

The New Saga

On the way to CS house, i saw this car. hmmm not badlah this color- silver color. Kalau dapat tengok lebih dekat kan elok, bisik hati wa. When i reached CS house yesterday evening, i was greeted by a still bau kedai new saga Genetic Silver. Wow, pucuk dicita ulam mendatang. "CS, new har? Ewah, dah tahu bertanya pulak, CS kata gitulah...

Sementara CS melayan tetamu yang lain, wa berbual-bual dengan husband CS , (baru berkenalan tapi macam dah lama tahu - ofkos melalui kbr atau blog CS selalu citer tentang anjernyer...). Topik perbincangan ialah kereta barunyer inilah other than the kucings yang 9 ekor itu. Later, husband CS beri saya brosur tentang the new saga. Wah, not bad juga kereta ini, plus the harga, is affordable. Kalau wa ambik kereta ini, wa hanya perlu tambah eleven ringgit daripada bayaran kereta iswara wa ni.
I have still 2 years to pay for the iswara. Its 5 years already. Tapi sayanglah nak trade-in kete ni. They said, the value is very low. Hubby CS suggested to keep the car, he said this car the engine is good. I agreed with him because for 5 years i used this car, it never give me problem, minus the wear and tearlah..Wa pun bukan pandai sangat jaga kereta, tu kira ok sangatlah tu. Tapi wa nak buat apa sampai 2 kereta? Membazir... Nak bayar kereta ini dan kereta itu... lari bajet woooo...

At first i thought to buy pesona. Its a big car. sesuailah dengan wa. wa travel a lot and adik beradik emak bapak wa always naik dengan wa kalau nak ke mana-mana. So a big car sound good. Tapi wa must be realistic gak. Wa travel everyday plus minus 100 km perday. Just imagine with the petrol price increased unexpectedly do no how much, wa cannot tahan to visit petrol station too often. Wa punyer purse, dulu gomoks sikalang sudah kulus wo...

So, if i'm go to change to a new car, i think i,ll go with this car, i fell in love with this car already. The interior is very pleasant, quite spacious, and comfortable. The accessories is much better than iswara and the price is affordable with my budjet. I would choose M-Line Manual Genetic Silver Metallic. The price on the road is RM37,498, interest rate 3.88% for 7 years payment. Monthly payment RM510.00. Kalau ambik 9 tahun, hanya bayar RM424 saja. Tapi wa tak suka hutang kereta lama-lama. Tapi tak tahulah this time.

Semuani baru berangan jer. Taktahulah wa ada rezeki ker tidak nak pakai kete baru kerana wa nak tolong emak wa nak renovate rumah kedai tu. Wa kata emak ayah wa tak yah niaga lagi. So ruang kedai tu kita renovate jadikan ruang tamu, luas sikit rumah. Lagipun tak lama lagi nak kenduri, senanglah sikit apabila rumah lebih luas.

Sunday, October 26, 2008

Butterfly


Setelah menjejaki rama-rama ini dengan sabar, akhirnya dapat jugak wa ambik gambar rerama ini dengan jarak yang dekat. Mula-mula wa belasah jer ambik gambar dari jarak jauh, tapi lama-kelamaan wa dapat menghampiri rerama ini dan dia tak terbang jauh sangat , terbang hinggap terbang hinggap gitulah. Wa rasa rama-rama ni macam Rohaya pulak yang seronok posing bila wa klik klak klik klak.... huhu thank u sang rama-rama. Lenkali kita buat photoshoot lagik ya, kali itu bawakla kengkawan...

Kat sini wa tepek beberapa keping gambar jer... kalau nak tengok yang lain, sila lawati http://cikguliz.fotopages.com.
Gambarni wa ambik dari jarak jauh, pastu wa crop. The beauty of bigger mega pixel , kalau kita crop pun, gambar tidak pecah.

Gambarni gambar yang paling dekat wa ambik. Kiranya reramani behaved well dan cukup sopan santun. Posinglah tu.

Tart Gulung esp for CS


Malam tadi wa bersengkang mata nak masak tart esp untuk CS. Petangni wa akan ke rumahnyer dan bawakkanlah sejemput tart. Cukuplah untuk rasa kan CS...

Zharif Naim Cukur Rambut

Hari ini kat kampung (25 Oktober 2008), kami buat kenduri cukur rambut Zharif Naim bin Rosli. Anak buah yang ke-21 kalau tak salah kira. Kenduri makan tengah hari. Wa hanya goreng ikan dan sediakan jelatah. Menu lain ialah resepi tradisi keluarga iaitu ayam masak merah, sambal udang, kacang panjang goreng, dan buah tembikai. Air sirap, nasi minyak.


Hari ini umur Zharif 51 hari....

Pertama kali wa tengok upacara ini. Selalunyer buat kat atas, tapi kali ini buat kat bawah jer, tak jemput banyak orang, so bolehlah lihat upacara ini. Siap ambik gambar lagi wa....

Mula-mula doa dibaca, pastu Ustaz gunting rambut, pastu adalah 3-4 orang lagi buat perkara yang sama. Kalau tak silap pastu baca doa lagi. Selesailah. Simple jerk. Pastu ofkos makan. Para tetamu diberikan bunga telur dan pulut kuning.

Thursday, October 23, 2008

Yoges belajar buat Blog

hari ini Yoges belajar nak buat blog. Wa ajarlah dengan bersungguh-sungguh. Ni kira tengah ajarlah ni.


Inilah Yoges yang selalu ceria. diani kan kalau panggil kita cekgu semedang. Ingat dia tu murid kita ker. Pada hal sama-sama guru. Perasanlah tu kunun dia muder lagi.. hakhakhak...

Ni kira baru buat demo jer.... so Yoges kenalah buat praktikalnya.

Chef for the day


Haha... seronok juga jadi chef sekejap. The form three students Post Exam Activities - wa and the gang buat cooking demonstration. Wa incaj of cake and biskut. Wa buat demo biskut cornflakes dan tart gulung and butter cake. Wa buat sekali and then the student will do sekali.


Mula-mula wa tunjuk camner nak buat kek bodo - a very simple butter cake. Kerna kelengkapan yang kurang, (Awatlah oven sekolah ni kecik sangat, dulang-dulang yang saya bawa semua besar-besar, tak muat.... sib baik ada satu dulang kek yang kecil dan tudung periuk untuk bakar biskut. Can i complain to the school or not?) wa modified recipe, kecilkan sukatan.

The recipe:

150 g butter
150 g castor sugar
150g self-raising flour
3 eggs.
Vanilla essence 1/2 teaspoon.

Cara-caranya:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang. (color dah tukar putih)
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila.
4. Tepung yang sudah diayak diadun bersama sehingga rata.
5. Masukkan ke dalam dulang pembakar yang sudah disapu mentega dan bakar dengan kepanasan 180-200 darjah Celsius selama kira-kira 45 minit.

Biskut Cornflakes

1/2 kampit konflakes (kotak kecil) diramas.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula castor
seketul mentega 250g
potongan ceri untuk hiasan.


Cara-caranya:
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung dan cornflakes. Adun hingga rata. Sudukan ke dalam cawan kertas. Hias dengan ceri merah. Bakar dengan kepanasan 180 - 200 selama lebih kurang 20-25 minit. Senang kan?
Tart Nanas Gulung.

Jem nanas yang redimed cap Nona
Margerin atau mentega secukupnya.
tepung gandum secukupnya.
telur kuning secukupnya.


Cara-caranya. (Senang jer)
Katakanlah sebuku mentega. Mentega yang lembut ini digaulkan dengan tepung yang sudah diayak kira-kira 2 cawan, pastu adun rata tapi kalau masik melekit kat tangan, tambah lagi tepung. hati-hati jangan terover pulak. setelah rata, ambil sedikit dan masukkan ke dalam acuan dan tekan. kalau smooth jer oklah, kalau pecah-pecah maknanya adunannyer keras. so campurkan sedikit butter supaya adunan lembut. Letakkan inti( jem yang diketul-keulkan) dan gulung secukup gulungan.

Ambik kuning telur campurkan dengan sedikit pewarna kuning kalau ada. Sapukan kuning telur di atas gulungan tart. Bakar cam biasa.

Sibuk masak, gambar yang cantik tak terambil.

Asyik betul student wa, memerhatikan cara-cara membuat tart gulung.

Kek, cup cake (lebihan kek butter) dan tart gulung. Semua ni yang student buat, yang wa demo dah habis tak sempat ambil gambar.


Kelakar pulak bila tengok gambar semasa buat preparation. masyaAllah, berterabur.... tak organize betul. Next time, wa akan buat dengan lebih kemas dan teratur.