Tuesday, June 9, 2009

Perth - Hari Kedua

Pada hari ini,kami kena bersedia untuk berziarah sepanjang hari dan perjalanan ke Nabomi National Park mengambil masa selama 2 jam lebih. Sepanjang perjalanan ke sana, kami dapat melihat hutan renek dan ru yang luas. Kami juga melalui sebuah kawasan hutan yang terbakar. Keadaan sangat kritikal di sini pada musim panas kerana suhu mencecah 47 darjah Celcius. Api mudah merebak, jadi pihak kerajaan telah meletakkan alat untuk mengesan kebakaran agar tidak berlaku. Tak pastilah bagaimana alat itu berfungsi. kami juga melihat ladang-ladang lembu.

Tapi tak nampak lembu yang banyak pun. Bersepah-sepah saja. Jalan di sini lurus. Macam tak ada kereta pun yang berselisih dengan kami. Kalau sorang-sorang memang saya tak berani drive di sini. Kalau kecemasan, entah macam mana?

Akhirnya kami sampai di tempat yang dituju, namun mesti singgah di tandas dahulu. Sebenarnya kami menuju ke kawasan yang luas dengan tunggul-tunggul batu kapur yang macam tumbuh dari bumi. The call it pinnacles. Saujana mata memandang. Cuaca sederhana sejuk walaupun hari ini sudah winter hari pertama. lebih kurang 20 - 24 darjah celsius.


Berbagai-bagai bentuk pinnacles terdapat dan kami dilarang berpijak di atasnya.

Yang di sini, tiada tumbuh-tumbuhan. Macam di gurun.Tapi kawasan sebegini tak lah luas sangat. Biasanya, tumbuh-tumbuhan di sini berdaun tajam dan keras.
Kami juga singgah di tepi pantai.
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Lencilin. Sebelum itu kami singgah di sebuah restoran yang menyediakan makan tengah hari kami. Hahaha kami jumpa nasi di sini berlaukkan salad dan ikan bbq. Kemudian kami menumpang sembahyang zohor dan asar (jamak) di pejabat mat salleh tu. Inilah bangunan restoran tu, di dalamnya juga ada menjual pelbagai cenderamata. Ada saya membeli rantai kunci $5.00 tapi endah di mana.
Perjalanan ke sini mengambil masa 2 jam juga.Tidak ada tempat persinggahan langsung! Maka,nak dijadikan cerita, masa inilah saya nak membuang air kecil yang tersangat-sangat, tetapi terpaksalah menunggu lagi sejam. Bayangkanlah bagaimana keadaan saya yang terpaksa menahannya.

Kami sebenarnya menuju ke kawasan bukit pasir yang luas. Di sini, kami berpeluang menaiki bas yang bertayar besar mengelilingi kawasan berpasir itu.Naik bukit pasir dan turun menjunam. Sedikit mengerikan, tetapi perasaan ngeri saya tersembunyi di balik kamera. hihi.

Kemudian, kami ditunjukkan cara-cara untuk sand boarding. Menarik juga, tapi entah kenapa saya tak cuba. kanak-kanak memang suka perkara ini. memang sesuai untuk trip keluarga, tapi kos ke mari agak tinggi. Kami membayar RM420 seorang untuk lawatan hari ini saja. Tapi memang berbaloi.

Kami pulang dengan kenangan manis. Walaupun agak penat, tetapi saya dan geng merancang untuk keluar malam ini kebandar untuk melihat-lihat Perth pada waktu malam. Sebenarnya kedai banyak yang telah ditutup kecuali bar, kelab dan beberapa kedai makan. Malam ini masyarakat berpoya-poya Perth sedang berpesta sempena Perth Foundation Day keesokan harinya. Banyak yang berbaris nak masuk disko, ada ada yang mabuk-mabuk. Botol-botol arak berkecai di jalan raya. Kami pulang lewat malam, lenguh juga kaki ini berjalan malam itu. malangnya, saya tak bawa kamera untuk merakamkan suasana malam itu, dan kengkawan yang lain pun sama. Hampeh...

Sunday, June 7, 2009

I'm back from Perth....

Salam.
Lima hari di Perth memang tidak cukup. Kalau tambah lagi 2 atau 3 hari lagi kira puas jugaklah. Banyak tempat menarik yang telah saya kunjungi selain mengikuti the Top Performers melawat dua buah sekolah di Perth.

Hari Pertama
Tiba di lapangan terbang pada kira-kira 5.30 pagi. cuaca agak sejuk dengan tiupan angin pagi. Setelah selesai urusan di lapangan terbang, kami ke Jalan Hay berhampiran Criterion Hotel untuk sarapan pagi. Tak banyak kedai yang dibuka. Akirnya kami singgah di Criterion Hotel dan menjamah toast and butter + coffee ($5.00). Sedap juga, tapi kopi hampeh...

Kemudian, kami dibawa ke King's Park. The tour guide- Mr David (Beckem) said, pada waktu siang tempat ini dipanggil King's Park tapi pada waktu malam dah jadi Kiss Park. huhu King's Park terletak di sebelah Swan River. Very interesting dan the view is magnificent! But the moment I step down the couch, I started to take photos of birds, ducks and a special bird standing with open wings. I understand that the birds has a non waterproof feathers, so when the birds flew into the river to catch fish, all its feathers are wet and it has to open its wings to dry the wings. Pity this bird. But as soon as the feathers dries, it will go into the water again to find food because it is hungry already. I guess the white bird is tern and the duck - I don't know what species but one thing that I know, they remind me of one special friend CS.



Later we went to Frementle after stopping at various places in King's Park.



The Memorial
Here we had our lunch. What else - the fish and Chips.

Yummy and the chips were so gebu.
After I had my lunch, I wander about the place and took some photos of the place and the birds. Oh they are so many of them. They even steal the food from the table!

Sebelum ke Freementle, kami melawat ke Perth Mint.
Di sini kami menyaksikan demonstrasi meleburkan emas dan menjadikannya jongkong emas. Wow. Saya juga berkesempatan menimbang berat badan saya dan dinilaikannya dengan emas. Cuba teka berapakah nilai saya? $2.5 million or billion (I forgot already).

Selepas makan tengah hari di Freementle, kami dibawa ke Freementle Market.
Pasar ni hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Banyak barang yang dijual disini,tapi apa yang lebih menarik ialah buah-buahan dan sayur-sayurannya. Kami (Saya, Roslina dan Snormah) banyak membeli buah dan sayur untuk di makan semasa sarapan pagi. Barang-barang cenderamata di sini agak mahal. Namun, saya membeli juga sebungkus rantai kunci koala. Ada 12 di dalamnya dan berharga $7.50. Kadar tukaran wang ialah $1 = RM2.80. Mahal kan? Nak beli barang kat sini tak boleh convert ke RM. Tak terbeli nanti. Belasah sajalah.... Sempat juga saya membeli buah kegemaran saya iaitu strawberry $4.90 dan $2.90.Maaaanis sangat!

Sebelum kami dihantar pulang ke City Stay Apartment-
tempat kami menginap, kami disinggahkan di pasar raya untuk membeli apa-apa yang patut kerana di hotel tak ada makanan, jadi bolehlah kami makan pagi esok. Kami membeli roti, susu, air mineral, telur dan sebagainya. Di sini, pelastik tidak digunakan, sama ada bawa beg sendiri atau kena beli beg kertas atau diberikan kotak sahaja untuk membawa barang-barang yang dibeli. Di Perth, kedai tutup awal. Pukul 5.30 petang dah tutup. hampeh... Depan hotel ada Habour Town - di sini ada Factory Outlet. Sempat juga pergi sekejap dan beli kebab. $10.00 satu. Banyak juga barang yang menarik, tapi tak beli kerana kedai dah nak ditutup. lagi pun tak berani lagi nak membeli, kerana takut bajet lari.

Malam pertama di Perth, tidur lena sekali. Agaknya sayalah yang tidur paling lewat iaitu sebelum pukul 10.00 malam.

Wednesday, May 27, 2009

I cannot sleep!

Tomorrow is another buzy day! I must finish recording 5Sc1 ULBS file. I have to finish marking question A before leaving to Perth. I must prepare the time table for the fifth class (maybe postpone dulu - kena tengok perkembangan dulu) and bengkel penandaan kertas masih belum selesai! I havent finish packing, and i have to buy some stuff and go to money changer. Before that I must go to the bank first. And Hlmy was asking for the money to Mencandat Sotong already. And duit kutu and duit sewa rumah.... and pls don't forget tomorrow must call Kar to get the car and change the pumpchet tayar. Alamak... so many things to do. And I have to do some washing... that's why i'm still here, waiting for my machine to do the washing... :) and now its already 3.00 a.m and my washing machine is spinning... and there will be second washing. So i must wait again....

Saturday, May 23, 2009

Facebook

Entah bila saya mendaftar untuk Facebook saya pun tak sedar. Kemudian apabila saya mendapat jemputan untuk Facebook, saya cubalah mendaftar tetapi rupanya saya sudah ada akaun dengan Facebook. kerana tak ingat bila saya daftar, dah tentu sekali passwordnya pun saya lupa. jadi sayapun mendaftarkan kata laluan yang baru. Buat beberapa ketika, saya pun tidak aktif dalam FB ini. Hari ini entah mengapa saya membuka FB dan sedikit sebanyak saya merasakan seronok juga FB ini.

Saya mula menjejaki rakan-rakan sekolah dulu (yang ingatlah....) tapi saya masih belum dapat mengesan mereka. Saya juga cuba mengesan rakan seuniversiti; masih gagal. Kemudian saya cuba mengesan pelajar SriKL tempat saya mengajar sebelum di SSB. Wah! Bermula dengan nama Rodney Kee saya dapat mengesan pelajar-pelajar SKL dengan banyak sekali. Hmmmm nostalgia. Pelajar-pelajar SSB? Hmm memang banyak. Saya ada juga menghantar mesej kepada beberapa orang pelajar lama. Harap meraka akan segera respons. Apalah agaknya khabar mereka sekarang? Adakah mereka masih ingat akan saya?

Saya masih baru dalam Fb ni. Banyak perkara yang saya tak faham. Hmm kena belajar dengan murid-murid saya ni.

Wednesday, May 20, 2009

Ucapan SMS sempena Hari Guru

Sempena Hari Guru ini, saya adalah menerima beberapa SMS tentang ucapan Hari Guru. Memang menarik dan indah bahasa yang digunakan. Terima kasih kepada yang menghantar. Di sini saya perturunkan beberapa mesej untuk renungan dan rujukan masa depan, tapi kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Tidakkah kita mampu menuliskannya dalam Bahasa Melayu?

SMS 1 - Guru.... Di tanganmu insan terbina.. Selamat Hari Guru - Suzana Yasin
SMS 2 - Selamat Hari Guru.... semoga segala jasa dan usaha selama ini diberkati Allah... Amiin. - Kak Lang.
SMS 3 - There just aren't words quite nice enough to really say how very much you're appreciated in every simple way. Thank you so much! happy Teachers' Day. - Yew Gin
SMS 4 - Carry a heart that never hates, Carry a smile that never fades, Carry a touch that never hurts and always Carry knowledge that never ends... HAPPY TEACHER'S DAY!

SMS 5 - To the people who tought not only, facts, numbers, technigues, methods and languages, but also hardwork, dedication, who gave us insipation, who nurtured us with love and care, who guided us with wise words and heavy critiqs, who punished us with 'monitoring books' and 'out-the class-u-go', who gave us nice projects and bad homeworks,who gave us great teaching. For who am I today, with the best employment in life-students! Thanks teacher from my heart, thanks! Happy Teacher's Day! - Rao [ Ini bukan SMS ni - panjang betul]

SMS 6 - Dear teacher, I feel good because I have all the good teachers around me and we will always be. - Cikgu Mardziyah

SMS 7 - Dear friends, y0u are great for being a couch, mentor, and leader to encourage, inspire and never, ever, give up on your students. Congratulations! - Siti Normah

SMS 8 - Dapat banyak bunga? Tanda guru harumkan dunia. Dapat pen? Tanda guru bijak lakar kata. Dapat Pemadam? Tanda guru selalu betulkan dusta. Dapat SMS? Tanda guru sentiasa di ingatan. Selamat Hari Guru! - Nadia

SMS 9 - Happy Teachers Day (: - Pey Tsyr

SMS 10 - Happy teacher's day!! Thank you and luv u all :) - Ima

SMS 11 - Two thought for the start of the day : The word LISTEN contains the same letters as the word SILENT. God does not comfort us to make us comfortable only, but to make us comforters. Good day and have a Terrific Day! HAPPY TEACHERS DAY. - Gurbaksh

SMS 12 - Happy Teachers' Day! Your guidence is much remembered. Thank you! Wishing u well always =D. - Janine, 5Sc1 2009

SMS 13 - Selamat Hari Guru buat Cikguliz yang dikasihi, semoga persahabatan kita berkekalan. :) - Mas KBR

SMS 14 - Selamat Hari Guru - Danish

SMS 15 - Happy Teachers' Day. u have a great teacher to me and taught me many things since I was a Immaure little girl. So thank u so much. - Sue Teng.

SMS 16 - Salam cikgu-cikgu sekalian... sayNurul hamiza ingin mengucapkan Selamat hari Guru... Saya memang tak akan lupa semua semua jasa cikgu kat saya... saya akan sentiasa ingat semua pengorbanan cikgu kat saya! - Nurul

SMS 17 - Kini bersamalah kita, mengharungi dugaan dan cabaran, jujur dan ikhlas kita berbakti, bersama menadah tangan dengan doa restu, kepada Tuhanmenjanjikan pembalasan. guru Pembina Negara Bangsa. SELAMAT HARI GURU. - Cikgu Rosli Mat

SMS 18 - Keep being a GREAT teacher that u are! Happy teacher's day.

SMS 19 - Guru ... dalam ajarmu ada harapan, dalam tegurmu ada doa, dalam dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam adaa bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru... SELAMAT HARI GURU dan berbanggalah anda adalah seorang guru! - Salmah Yunus.

SMS 20 - U can be a doctor and save lives, a lawyer and defend lives, a soldier and protect lives or simply be YOURSELF a teacher who touches lives! HAPPY TEACHERS DAY.- Cikgu Shaharuddin

SMS 21 - This is to certify that you are THE WORLD'S MOST BRILLIANT TEACHER. You are FANTASTIC-FUNNY- VERY NICE - COOL - SMART & GREAT. happy Teachers' Day. - Shamsul

SMS 22 - Good teacher explains. Better teacher demonstrates. Best teacher motivates. Great teacher inspires. For a GREAT teacher, "HAPPY TEACHER'S DAY". - Rekha

SMS 23 - Birth is the start of life. Beauty is the art of life. Mystery and risk are part of life. but people like u are the 'HEART' of life! HAPPY TEACHER'S DAY!- Hana

Ada banyak lagi SMS yang betul-betul ringkas tidak dituliskan di sini. Ada juga SMS yang sama. Terima kasih semua.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik di seluruh dunia khususnya di Malaysia. Cabaran kepada warga pendidik dewasa ini amat mencabar. Guru-guru di negara ini telah diberikan tanggungjawab yang begitu besar. Kalau murid tidak pandai, dikatakan guru tak pandai ajar. Setelah lebih 50 tahun merdeka, murid-murid masih tidak menguasai bahasa Malaysia. Malah, ada yang tidak dapat bertutur dengan baik. Bukan saja murid India, Cina yang tidak fasih berbahasa Melayu, malah ada murid-murid Melayu sendiri amat lemah penguasaannya! Tambah-tambah lagi sekarang, Matematik dan Sains diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Ditambah lagi dengan bahasa SMS dan bahasa siber. Aduhai....

Bukanlah saya hendak mengeluh pada hari guru ini, tapi inilah cabaran yang harus dihadapi. Ditambah lagi dengan cabaran globalisasi. Lihatlah akhlak anak-anak muda kita. Kalau kita pergi ke pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, perhatikanlah gelagat anak-anak muda kita. Tanpa segan silu mereka berpeluk-pelukan dan bercium-ciuman seperti yang kita lihat di kaca-kaca tv. Itu di tempat terbuka dan di siang-siang hari. Entahlah apa yang berlaku pada waktu lain di tempat lain. Belum lagi saya sebutkan tingkah laku songsang di luar batas norma masyarakat kita. Apakah sebenarnya yang kita mahukan terhadap generasi masa hadapan kita?

Kita mengajarkan subjek kita di sekolah agar mereka mendapat A dalam peperiksaan. Kita mendidik pelajar-pelajar kita untuk menjadi pelajar holistik. Tapi masih banyak lagi pelajar yang kecundang. Kita masih melahirkan penjenayah-penjenayah. Kita melahirkan anak-anak yang derhaka kepada kedua-dua ibubapa, kita melahirkan anak-anak bangsa yang tidak berjiwa Malaysia..... Gagalkah kita melaksanakan tugas kita sebagai guru?

Kita menerima cabaran daripada pelbagai penjuru arah! Mendidik anak itu sudah menjadi suatu cabaran, melayan kerenah ibu bapa aduhai... cuit sikit anak mereka kita disaman di mahkamah, cabaran persekitaran, cabaran globalisasi, cabaran kehidupan yang mencekik dan macam-macam cabaran lagi. Tapi kita masih tetap di sini. Masih mengharungi cabaran-cabaran itu dengan hati yang terbuka kerana apabila melihat wajah anak-anak didik kita yang mengharap mahupun yang masih kabur, hati ini menjadi cair dan semangat mula membara....

Selamat Hari Guru saya ucapkan dengan khusus kepada guru-guru saya yang telah mengajar saya selama ini terutama kepada Cikgu Maznah, guru pertama yang saya kenali semasa darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sg Sireh, Tanjung Karang; Cikgu Raja Aman cikgu yang saya sifatkan garang semasa saya darjah 4 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang, tak lupa juga Cikgu Othman, Cikgu Ibrahim Saad yang mengajar saya Bahasa Inggeris dan banyak lagi yang mengajar saya di sekolah rendah. Terima kasih cikgu. Mungkin ada antara mereka yang sudah meninggal dunia, namun jasamu dikenang sepanjang hayat.

Saya juga hendak mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih saya kepada guru-guru di Sekolah Convent Bukit Nanas dari tahun 1974-1981. Saya tak dapat lupakan Cikgu Mishah, Cikgu Ku Sham, Miss Arumugam, Mrs Ling dan ramai lagi. Aduhai, nostalgia! Teringat CBN di tengah-tengah kesibukan kota. Harap-harap CBN tidak terkorban oleh pembangunan pesat Kuala Lumpur!

Dan yang paling istimewa, terima kasih emak dan ayah yang tak jemu-jemu menjadi guru kapada diri ini dari kecil sampai dah tua-tua begini. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa.

Friday, May 8, 2009

ULBS

Minggu ini minggu guru-guru keluar untuk menyertai taklimat ULBS/PEKA/PBS dan yang berkaitan. Hari ini saja 3 orang guru yang keluar termasuklah ketua pentaksir ULBS. Terdapat beberapa perubahan nampaknya terutama dari segi penyelarasan. Kalau pada tahun lepas, 10 orang calon dipantau oleh Penyelaras Kawasan tetapi pada tahun ini pemantauan untuk penyelarasan akan diadakan 2 kali. Pada peringkat pertama, Ketua Pentaksir Sekolah yang akan membuat pemantauan dan kemudian dalam sekitar bukan Jun nanti barulah Penyelaras Kawasan akan datang ke sekolah dan membuat pemantauan dan penyelarasan.

Oleh sebab peperiksaan pertengahan tahun akan berlangsung pada 14 Mei 2009, maka penyelarasan pertama akan dilakukan sebelum itu, mungkin pada hari Khamis depan pada sebelah pagi. Harap-harap para pelajar yang terpilih akan bersedia dengan sebaik mungkin supaya tiada pertukaran markah akan berlaku.

Thursday, May 7, 2009

Soalan-soalan kbkk berdasarkan novel Konserto Terakhir

Hari ini kumpulan terakhir dari kelas 5 Sc 1 telah membentangkan aspek latar dalam novel Konserto Terakhir. Kupasan yang begitu mendalam bagi latar masa telah disampaikan oleh Jin Wei. Menarik juga. Dengan contoh yang diberikan, kita dapat mengimbau kisah-kisah dalam Konserto Terakhir walaupun belum membacanya.

Namun, perkara yang menarik bagi saya ialah perbincangan soalan-soalan yang berkaitan dengan ketiga-tiga aspek latar ini dan aspek watak. Berikut ialah beberapa soalan yang telah dikemukakan.
  1. Apakah kepentingan latar masa dalam sesebuah novel?
  2. Apakah kepentingan latar tempat dalam sesebuah novel?
  3. Mengapakah pengarang memperihalkan latar masyarakat yang pelbagai dalam novel Konserto Terakhir?
  4. Mengapakah watak Hilmi dipindahkan dari rumah Datuk Johari ke Stesen Minyak Shell Jalan Setapak? (Hilmi bekerja di stesen tersebut selama satu tahun 2 bulan)
  5. Mengapakah watak utamanya seorang lelaki iaitu Hilmi dan bukan perempuan iaitu Hayati?

Banyak lagi soalan dapat difikirkan untuk dibincangkan. Saya suka membincangkan soalan-soalan sebegini untuk menajamkan minda dan melatih kita berfikir secara kreatif dan kritis.