Sunday, January 4, 2009

Selamat Tahun Baru dan Sesi Baru Persekolahan

Esok sekolah akan dibuka semula. Ada sedikit rasa debaran. Kenapa ya? Ini bukanlah kali pertama saya akan ke sekolah, malah dah lebih 20 tahun saya mengalami pengalaman hari pertama di sekolah sebagai seorang guru. Tapi kali ini, perasaan agak sedikit berbeza. Atau sememangnya sama cuma kali ini saya berpeluang meluahkannya di dalam blog. Entahlah yang pasti, esok saya akan berjumpa dengan muka-mula lama dan juga muka-muka baru. Dalam pada itu, oh i miss my ex-students. haha saya jer yang merindui mereka, mereka entah ingat entah tidak akan saya. Walau apa sekalipun, esok hari pertama sesi persekolahan 2009 dan saya berharap saya akan dapat memberikan impression yang baik kepada murid-murid baru dan ibu bapa mereka serta pelajar-pelajar 5 Sc1 yang akan menjadi murid saya pada tahun ini.

Kepada pelajar 5 Sc1 tahun ini, saya berharap anda akan bersedia dengan kerenah saya. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan anda semua akan mendapat A dalam Bahasa Melayu. Untuk mendapat A, pengorbanan yang besar diperlukan daripada kedua-dua belah pihak. Oleh itu saya amat memerlukan kerjasama anda semua. Jadi, esok bersedialah menerima saya dan saya janji belajar dengan saya memang payah dan perlukan semangat yang kental dan kerajinan yang tulen.Saya bukan main-main. Untuk mendapatkan A bukanlah senang. Anda haruslah bersungguh-sungguh dan tekal dalam pelajaran. Dan yang penting sekali, anda haruslah dengar ajaran guru dan taat kepadanya serta melakukan tugasan-tugasan yang diberikan dengan sepenuh hati.. Rasa tak sabar pula nak masuk ke kelas 5 Sc1 esok. :))

Esok juga saya berharap tiada guru yang tidak hadir ke sekolah atas sebab apa sekalipun. Saya juga berharap agar semua guru yang sepatutnya ada akan ada dan tiada kekurangan guru pada tahun ini. Mana-mana kekosongan itu hendaklah diisikan dengan segera. Esok saya berharap saya tak perlu buat 'relief' untuk mana-mana guru.Saya berharap, hari pertama pada tahun ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Teringat pula pada tahun lepas. Huhuhu pada hari Isnin, jadual waktu baru diedarkan. Pastu ada kesalahan pulak. Hmmmm kelam kabut. Saya pula mulakan hari pertama dari hospital klang. Bayangkanlah setelah tidur di hospital Klang, pagi-pagi lagi saya ke sekolah dari sana, hmmm memang memenatkan dan mengantuk; tetapi tuhan telah memberikan kekuatan kepada saya. Alhamdulillah ,saya berjaya meneruskan hari dengan baik. Saya harap esok juga begitu.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua guru di Malaysia dan selamat menyambut tahun baru dengan fikiran yang sentiasa positif dan cekal menghadapi onak dan duri dalam dunia pendidikan. Insya-Allah.

2 comments:

G'Zain said...

CZ,
Selamat Tahun Baru muga murah rezeki, dipermudahkan perjalanan hidup dan moga 2009 tahun yang gemilang untuk cikgu yang terbilang like u..

Lezah Zaini said...

TQ Gee, selamat tahun baru untuk u juga dan kuatkan semangat menempuh dugaan dalam pekerjaan u. It is not easy to statisfy people. Just do your best.