Friday, March 20, 2009

Chang Ai Sha - Selamat Pengantin Baru

Tahniah! Semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Hari ini kawan saya ni selamat didaftarkan sebagai isteri yang sah kepada suaminya. Alamak! Lupa pula nak tanya nama suaminya. Pertama kali saya menyaksikan pendaftaran perkahwinan pasangan Cina. Selalu tu hanya pergi majlis resepsi. Kali ini saya pergi ke Pejabat Pendaftaran di Gombak.

Gambar ini semasa mengangkat sumpah. Selepas itu, lafaz setuju untuk berkahwin dan menandatangai perjanjian tersebut. Di bilik pendaftaran perkahwinan ini disediakan juga pelamin. Macam perkahwinan orang Melayu pula. Bagus juga ada pelamin, bolehlah bergambar di sini.
Selepas selesai pendaftaran, kami menuju ke Taman Layang-layang. Mak oi, panasnya!!!! Susah juga nak adjust cahaya, mata silau. Banyak juga gambar yang diambil di sini walaupun keadaannya panas terik. Nasib juga panas, kalau tidak entah berapa ratus keping gambar saya ambil. Banyak spot yang menarik di sini. Lain kali petang-petang boleh datang ke sini ambil gambar.

Hebat juga Ai Sha ni, selepas bergambar di Taman Layang-layang, kami bergerak ke Frim pula. Di dalam ni pun menarik juga. Dari taman ke hutan. Lepas itu singgah di rumah ibu bapanya. Nak bergambar dengan datuknya yang berusia lebih 90 tahun. Tapi nampak gagah lagi orang tuani.

Selepas itu, kami bergerak ke rumah Ai Sha di Emerald, Rawang. Setelah mengambil beberapa keping gambar termasuk di bilik tidur, saya pun pulang. Saya singgah di Bistro Delifrance Rawang untuk makan tengah hari dan sebagai meraikan perkahwinan rakan saya. Tapi saya makan sorang-sorang jer....

3 comments:

CS said...

Selamat Pengantin Baru Ai Sha (Aisha?) and hubby.
CL, bila nak bukak foto shop??

Lezah Zaini said...

Dah bukak. hahahaha CS, bukak atas permintaan. Kalau pengantin lama nak pun boleh diatur. Amacam?

CS said...

Pengantin lama lebih MALU caner?? Maybe bride sorang aje berposing, boleh? (half price gitu? kiah3)