Thursday, July 29, 2010

Wan Nazirah - terima kasih


Saya baru saja mengenali wanita gigih dan kelakar yang bernama Wan Nazirah. Perkenanalan kami bermula awal tahun ini apabila beliau mula mengajar di Sri Bestari. Tapi kami mula agak rapat apabila sama-sama dalam Kelab Fotografi dan brtambah rapat sejak ke Melbourne bersama-sama. Antara ciri istimewanya yang tiada pada orang lain ialah tawanya. Oramgnya sederhana sungguh.

Kenapa saya memilih wanita ini sebagai bahan coretan saya kali ini? Kalau nak tahu tunggu sambungannya kerana saya nak berbuka puasa dahulu. Dah terbau masam sup ikan saya.

Sambungan.... Tujuan saya menulis tentang wanita ini ialah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah banyak membantu saya yang dalam kesusahan ini. Beliaulah yang sanggup bersusah-payah memberi Kembang makan. Setiap hari kalau tak petang, malam; kadang-kadang tengah malam, Wan dan suaminya serta anaknya ke rumah saya untuk memberi Kembang makan. Setiap hari dia akan buat report melalui sms.
Terharu dan geli hati juga kadang-kadang apabila membaca celotehnya..

"Assalamualaikumwbt. Kami bru klr dri rmh akak. duduk dlm 30 mnt. kat sini hujan renyai2. x brani bagi Kembang klr. Kembang sihat. Semalam wan start krta akak. ada seminar bahasa. hri ni x start. wassalam."

Begitulah antara sms daripada Wan.

Wan juga membantu saya menggantikan kelas tuisyen di sebuah pusat tuisyen. Nasib baiklah dia dapat bantu, kalau tak kesian gak pusat tuisyen tu. Bukan senang nak dapat guru BM yang sanggup mengajar di pusat tuisyen sekarangni.

Banyak lagi yang Wan lakukan yang macam kecil tetapi menyentuh perasaan saya. Terima kasih Wan. Semoga Allah akan membalasnya dalam pelbagai bentuk.

No comments: