Friday, August 13, 2010

Hari ke-25 - Tak sabarnya nak kerja semula!

Hari ini hari ke-25 saya bercuti sakit. Hari Isnin depan saya akan mula bekerja semula. Adakah aku sudah bersedia untuk bekerja semula? Hmmm dari segi kondisi badan, rasanya saya sudah mampu untuk mendaki tangga untuk naik ke pejabat. Walaupun agak cepat penat apabila melakukan sesuatu aktiviti, tapi alah bisa tegal biasa. Mungkin terlalu banyak lepak, maka badan cepat saja penat, apatah lagi sekarangni bulan puasa. Kadang-kadang saya salahkan diri sendiri juga, yang memanjakan sangat diri ini. hahaha. Mesti set minda untuk bersiap-siap untuk bekerja keras apabila dah mula bekerja nanti. Come on, lezah, chaiyok, chaiyok!! haha

Banyak kerja menanti apabila pulang ke sekolah nanti.

Senarai semak:
1. Kertas soalan BM Kertas 1 Percubaan SPM - tarikh akhir 26 Ogos.
Sebenarnya tak susah pun, hanya perlu sediakan soalan karangan respons terbuka jer... my favorite tuh..

2. Minggu Akademik 2. 23 Ogos dah nak mula. Hello geng, dah siap sedia?

3. CD yearbook. Hmmm masih mencari ilham nak buat. Harap-harap dapat siapkan dengan cepat.

4. Pindaan Jadual waktu - dah siap, yahoo! hari Isnin nanti boleh print.

5. Marking Ujian 2. Nasib baik Perdagangan objektif jer.

No comments: