Sunday, November 9, 2008

Cakap Ajuk Cakap Pindah

Cakap ajuk tu yang ada tanda " .....", kata Ali. Cakap pindah pula biasanya dimulakan dengan Ali berkata bahawa...... atau Ali : .....(dalam bentuk dialog)

Cakap Ajuk.
"Emak, bolehkah saya keluar ke bandar?" tanya Ali.

Cakap Pindah
Ali bertanya kepada emaknya sama ada dia boleh ke bandar atau tidak.

Apabila kita memindahkan cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa perkara dan peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya:
  • Kenal pasti nada dan perasaan penutur. Sekiranya penutur itu marah, kita boleh tulis Dengan marahnya dia......., sekiranya dia sangat gembira, kita tulis Dengan perasaan gembira dia...... dan sebagainya:
  • Contoh perasaan, marah,benci, suka, riang, keliru, bimbang, takut, dsb
  • Kenal pasti jenis ayat sama ada ayat itu ayat penyata, ayat seruan, ayat tanya atau ayat perintah. Sekiranya ayat penyata, kita boleh gunakan; Dia berkata bahawa ..... , Dia memaklumkan bahawa..... , Dia memberitahu bahawa.... , Dia menyatakan bahawa ..... , dsb
  • Sekiranya ayat itu ayat seruan, kita boleh tulis; Dia menyeru agar..... , Dia terkejut lalu berkata bahawa ...., Dia memuji kecantikan ..... , Dia merayu agar, .... dsb.
  • Bagi ayat tanya pula, bolehlah kita tulis: Dia bertanya sama ada..... atau...... , Dia ingin tahu tentang ...... , Dia bertanya tentang orang yang ..... , dsb
  • Sementara bagi ayat perintah pula; Dia menyuruh Ali supaya ..... , Ibu melarang adik supaya tidak ...... , Guru meminta murid-muridnya ..... , Ayah menasihati kakak ....... dsb.
  • Anda juga dinasihatkan memastikan masa pertuturan itu berlaku. Ingat, kita memindahkan cakap ajuk yang telah berlaku entah bila. Jadi semasa memindahkan ayat itu, pastikan ini ditukar kepada itu, hari ini kepada hari itu, sekarang ditukar kepada pada masa itu, ke sini ditukar kepada ke situ, ke sana ditukar ke tempat itu dan sebagainya.
  • Anda jangan sesekali mencampurkan ayat ajuk dengan ayat pindah. Biasanya markah yang diberikan adalah secara impression. Jadi elakkan kesalahan seperti ini.
  • Contoh: "Bilakah cuti sekolah bermula?" tanya Chee Yung kepada Kam Yoong. [salah eja lagi ker?]
  • Cakap pindahnya: Chee Yung bertanya kepada Kam Yoong bilakah cuti sekolah bermula. (Ayat ini salah)
  • Ayat yang betul: Chee Yung bertanya kepada Kam Yoong tentang tarikh cuti sekolah bermula.
  • Perhatian: Bagi ayat tanya: Kalau Siapa tukar kepada tentang orang, kalau Apa tukar kepada tentang perkara..... , kalau Kalau bila? tukar kepada ....tentang masa/tarikh/hari... , kalau Berapa? tukar kepada tentang jumlah/harga/bilangan dsb dan kalau Bagaimana kita tukar kepada -> tentang cara/kaedah/langkah dsb. Bagaimana pula kalau soalan itu: "Mengapakah soalan ini sukar sangat?" tanya Vinodh.
  • Cuba pindahkan cakap ajuk itu.
  • Kalau ini jawaban anda, anda memang hebat! hahahaha.
  • Jawaban: Vinodh bertanya tentang sebab soalan itu sukar sangat.

To be continued....

Hari ini penat sungguh. Sejak semalam mengemas rumah kat kampungni yang baru siap diubahsuai. Aduh, sakit seluruh badan.... huhuhu. Broadband pun dah bengong so guna dial-up biasa. Agak lambat sikit. Nasib baik akaun tak tutup lagi.

No comments: