Wednesday, September 25, 2013

Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Siri 2)

Kita masih berbicara tentang ayat aktif.

Ayat aktif ada dua jenis - ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif

Mari kita memfokuskan diri kita untuk memahami ayat aktif tak transitif.. Let's a bit ilmiah. hehe bahasa rojak.

Mengikut kamus The Concise Oxford, intransitive  means does not take a direct object.

Kamus Dewan kata :- tidak diikuti oleh objek (penyambut) langsung (berkenaan kata kerja).

Apakah persamaan antara kedua-dua ini? Siapa dapat jawab angkat tangan!! (Amboi, ramainya yang angkat tangan, bagus ;-) haha)

Maksud intransitif atau tak transitif secara mudahnya ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk berdiri sendiri. Maksud berdiri sendiri ialah apabila digunakan dalam ayat, kata kerja tersebut sudah betul penggunaanya. Ayat tersebut sudah betul tanpa perlu menambahkan objek  pada kata kerja tersebut. Adoiii jangan pening ya...

Contoh ayat:

1.  Kipas berpusing.

Kipas berpusing

2.  Kucing mengiau.
Dengar tak? Kucing mengiau.

3.  Adik menangis.
Kesian... adik menangis.

4.  Ibu tersenyum.
Ibu tersenyum

5.  Ayah menguap. 
Ayah menguap
6.  Kakak tidur.
Kakak tidur

7.  Abang  menari.
Abang menari.

8.  Saya bernyanyi.
Saya bernyanyi.


Kelapan-lapan ayat di atas betul dan cuba perhatikan bahawa semua perbuatan tersebut dilakukan ke atas diri sendiri. Sebab itulah tak perlukan objek.  Betul tak?


Ada sambungan......


(psst psstt gambar-gambar diambil dari Google. Terima kasih)

Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Siri 1)

Macam mana nak ingat dan faham tentang ayat aktif dan ayat pasif ni? Banyak murid yang tak faham. Lebih menyedihkan lagi, cikgu sendiri pun tak faham. Izinkanlah saya menghuraikan hal ini dengan bahasa yang paling mudah. Saya bukanlah pakar tetapi saya cuba untuk memberikan kefahaman secara ringkas melalui pemahaman saya sendiri yang belajar sendiri melalui bacaan sendiri.

Ayat Aktif merujuk pada PELAKU. Pelaku boleh jadi orang, binatang atau benda. Pelaku melakukan sesuatu. Jadi Pelaku adalah aktif kerana'dia' melakukan sesuatu. Haa senang kan. Ayat tu ayat aktif kerana PELAKU aktif melakukan sesuatu.

Contoh ayat:

Mak Temah membeli seutas beg tangan.


Pelaku ialah Mak Temah. Mak Temah buat apa? Membeli seutas beg tangan. Jadi Mak Temah ialah pelaku yang aktif. Oleh itu, ayat ini ialah ayat aktif.

Ni Mak Temah moden. Hehe
 Contoh ayat 2.

Kucing menangkap seekor tikus.

Pelaku ialah kucing. Kucing melakukan sesuatu iaitu menangkap tikus. Kucing ialah pelaku yang aktif.  hehe senang kan?

Hahaha Kucing ni tersilap tangkap; tetikus pun jadilah...
 Contoh ayat 3.

Kipas berpusing.

Pelaku ialah kipas. Kipas melakukan sesuatu. Jadi kipas pelaku aktif dan ayat ini ialah ayat aktif,

Kipas sedang berpusing, tu yang tak jelas bilahnya....


Selalu ingat: Ayat terbahagi kepada DUA bahagian iaitu Subjek dan Predikat. Dalam hal ini PELAKU merupakan subjek. Dalam ayat aktif, perkara yang hendak diperkatakan adalah tentang PELAKU dan PELAKU itu buat apa? Noktah.

Sebarang pertanyaan, sila lontarkan dalam ruang komen.

Tuesday, September 24, 2013

Jom buat Cucur Jagung

Tetiba dapat ilham nak tulis tentang jagung. Selain dikukus atau direbus, jagung juga boleh dibuat cucur jagung, bubur jagung, sup jagung dan lepat jagung.


Resepi Cucur Jagung.

300 gram tepung gandung
sebiji telur
hirisan jagung daripada dua biji jagung yang agak besar.
udang segar/udang kering/bilis secukupnya
garam secukup rasa
bawang besar satu labu dihiris nipis.
ajinimoto kalau hendak.

Siapkan semua bahan ini dan satukan di dalam sebuah mangkuk adun. Campurkan air secukupnya agak-agak boleh dijemput. Kalau cair jemputannya akan meleper. Rasa garamnya. Dah ok, bolehlah digorang dengan minyak yang panas.  Toskan dan makan dicecah dengan sos cili atau dimakan begitu saja. Hmm nak buat hari ini tapi belum ada jagungnya....


Hmm lazat. (pinjam gambar ya, tq)
Tak pun bakar jer...
Bubur jagung pun sedap. Kalau tak ada santan guna saja susu cair.
Puding jagung kegeraman saya. Senang nak buat. Guna susu cair saja.
Belum pernah lagi saya buat nasi campur jagung. Boleh cuba ni. Ni gambar cedok kat Google. Terima kasih ya.
Jagung rebuslah paling senang. Tapi sekarang saya kukus saja. Lebih berkhasiat dan keaslian rasa jagung terjamin. 






Aktiviti Hujung Minggu

Alhamdulillah pada hampir setiap hujung minggu, aya akan balik ke kampung dan pada hari Ahad biasanya kami akan ke kebun. Sang suami akan menebas rumput atau meracun atau membaja tanam-tanaman yang ada dan saya biasanya akan memetik limau kasturi dan limau nipis. Kadang-kadang tu dapat juga dijual limau kasturi dengan harga RM1.50 sekilogram kalau jual kepada Kak Siti yang menjual ikan dan sayur  di depan rumah tu. Kalau jual kepada   Restoran Ikan Sembilang Kg Pinang dapatlah sekilo RM2.50. Sepagi tu biasanya dalam 2-3 jam sahaja kami di kebun dan dapatlah kumpul dalam RM5-10 ringgit. Jadilah, dapatlah ditukar dengan ikan sekilo. Hmm kalaulah aku duduk di kampung, beginilah agaknya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Tapi makcik pakcik kat kampung tu boleh jer pergi haji dan umrah berkali-kali, kita ni nak pergi haji pun jenuh!!!)




Minggu lepas, kami balik lagi dan kali ini kami pergi menimjau kebun di Lorong 16. Di kebun ini ada pokok kelapa sawit, kelapa yang dah tinggi sangat, rambutan, durian yang belum berbuah lagi, pokok nangka dan cempedak dan beberapa batang pokok mangga dan kuinin. Dan yang paling banyak kat sini ialah NYAMUK. Adoiii... berperang dengan nyamuk di sini. Walaupun ada bawa Ridsect, tapi tak tahu pula nak menggunakannnya bagaimana kerana saya hanya merayau-rayau meninjau kawasan. haha. Agak terbiar kebin ini. Hasil pun tak banyak. Yang seronok ialah kera dan tupai. Tak lama di sini, kami pun pergi ke kebun Lorong 1.





Di Lorong 1, suasana agak berbeza. di sini banyak sawit juga tapi terdapat sebatang pokok pelam telur dan berbuah agak lebat. Teringat pada Rohaya yang suka akan pelam ini. Maka dengan bersungguh-sungguhnya saya memetik buah yang agak rendah. Tanpa disedari saya berdiri dekat dengan sarang kerengga. Adoii lagi. Berperang dengan kerenggalah pulak.


Kat belakang kebun ada pelam putih. Hmm nasib baik ada galah. Dengan gagahnya saya menjolok buah mangga. Dapatlah dua bakul. Yehaaa!!!

 Dengan rajinnya saya mengupas buah mangga untuk dibawa ke sekolah keesokan harinya.

Dan terlebih rajin, siap hiriskan mangga ini. Hmmm makan dengan kuah rojak Mak Bee, memang sangat menyelerakan. Kecur lidah.


Saturday, September 21, 2013

PMR is around the corner!!

Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana persediaan yang kami lakukan sebanyak sedikit memberikan keyakinan kepada guru-guru untuk menghantar murid-murid berjuang untuk kali terakhirnya menghadapi PMR. Jadual anjal yang digubal untuk selama tiga minggu telah memberi ruang kepada guru-guru dan pelajar membuat pecutan terakhir terhadap matapelajaran yang diuji dalam PMR.







Tahniah kepada semua Panitia yang telah bertungkus-lumus untuk meningkatkan prestasi pelajar masing-masing. Kecuali Pendidikan Islam, semua matapelajaran telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah lulus berbanding dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Teruskan berusaha untuk kecemerlangan pelajar.

 Berikut pula analisa tentang jumlah pelajar yang mendapat A dalam Peperiksaan Percubaan PMR berbanding dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun.





Tahniah kepada Panitia Matematik,  Sains dan Bahasa Melayu yang telah memperlihatkan peningkatan yang ketara dalam jumlah A yang dicapai oleh pelajar-pelajar. Semoga dalam PMR nanti mereka akan buat yang lebih baik dan cita-cita untuk mendapatkan semua matapelajaran lulus akan tercapai.

Berikut pula perbandingan pencapaian GPMP. 




Dua matapelajaran yang perlu diambil perhatian ialah Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Teruskan berusaha dan selamat maju jaya.