Saturday, November 29, 2008

Perkahwinan Tengku Mardiah (updated)


Malam ini, insya-Allah saya akan menghadiri majlis perkahwinan Tengku Mardiah dan pasangannya di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Tak tahulah segan atau tidak nak ambil gambar. Kalau kamera kecil boleh sorok-sorok. Macam mana ya? Teringin nak ambil gambar Tengku Mardiah sedang bersanding. Tengku Mardiah ialah bekas murid di sekolah saya. Sekarang masih dalam pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia. Kalau tak salah dalam tahun akhir. Kesemua adik beradiknya bersekolah di sekolah kami. Yang tua, Tengku Muzzamil, kedua, Tengku Mardiah, ketiga Tengku Muhaimin dan Yang terakhir Tengku Muzani. Inilah julung-julung kalinya pelajar SSB yang menjemput saya untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka. Tentu saya akan cuba menghadirkan diri.

Tahniah saya ucapkan kepada Tengku Mardiah dan pasangannya dan terima kasih atas jemputan.

Kira-kira pukul 8.30 malam kami sampai dan mengambil tempat masing-masing. Kami duduk di meja 17. Penuh satu meja dengan guru-guru yang mengajar di SSB atau bekas pengajar di sini iaitu Pn Salmah dan Pn Noraini Khuzaifah. Lama benar tak berjumpa dengan Noraini.
Berarak masuk


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kedua-dua mempelai. Cantik sungguh Mardiah. Bacaan doa selepas itu. Pengantin bersemayam di atas pelamin yang berwarna ungu dan putih dengan hiasan cantih bunga-bungaan segar dan sebuah chandaliar yang indah.


Tiada tepung tawar dilakukan sebaliknya tetamu dihidangkan dengan tarian tradisional yang rancak oleh penari-penari cilik dari Istana Budaya. Jamuan makan bermula. Tetamu dihiburkan dengan nyanyian penyanyi jemputan Yusni Hamid dan Khatijah Ibrahiim diiringi quartet dari Tentera Udara Malaysia (kalau tak silap). Pada akhir majlis, kedua-dua mempelai menyampaikan ucapan dan majlis disudahi dengan bersalaman dengan pengantin baru.

Cenderahati



Macam reunion pulak:


Semasa para penyanyi menghiburkan tetamu, kami didatangi bekas pelajar SSB. Seronok betul dapat jumpa mereka. Lain sungguh dengan songkok dan baju melayunya. Masing-masing bertambah kacak dan jelita. Tapi kenakalan mereka masih terserlah.Antara yang hadir: Melati, Syazana ofkos , dia menjadi pengapit pengantin perempuan, Aizat Hilfi, Izzat Ismail, Akmal Rahimi, Aqilah, Mukriz, Mazuki, Abshar, Nadzmi, Shamsiah dan siapa lagi tak ingat nama.Sha msiah datang bersama suami dan anak. Meriah sungguh meja kami.

Friday, November 28, 2008

Time-table 2009

Banyak hari saya tidak update posting di sini. Letih. Dari hari Isnin hingga Khamis saya buat kerja tambahan. Dapatlah duit sikit, bolehlah buat jalan-jalan cuti sekolahni. Bercakap fasal cuti sekolah, yang sebenarnya saya masih belum lagi dapat bercuti dalam erti kata yang sebenarnya. Selain kerja-kerja Yearbook yang perlu disiapkan, saya juga terjebak dengan kerja-kerja pentadbiran. Asal saja kita ada di sekolah, macam-macam yang kena buat. Minggu pertama cuti, banyak temubual dilakukan dengan bakal-bakal pelajar setelah mereka menduduki peperiksaan penempatan. Ini memang menjadi tradisi sekolah; semua pelajar yang ingin memohon masuk ke sekolah ini perlulah melalui ujian dahulu diikuti satu sesi temubual. Setelah keputusan diperoleh, baharulah ibu bapa pelajar tersebut dihubungi sama ada diterima masuk atau tidak.

Selain itu, saya juga terlibat dalam penyediaan rancangan tahun depan dan jadual waktu. Hari ini kami telah berjaya menyiapkan pengagihan kelas kepada guru-guru. Lega. Masih perlu 2 orang guru lagi. Guru Mandarin dan Guru Bahasa Inggeris. Harap-harap cepatlah kami peroleh guru-guru ini. Tahun depan, insya-Allah, saya akan mengajarkan Bahasa Melayu untuk tingkatan 5 Sc1 dan 1 Cekap manakala Perdagangan saya ambil tingkatan 5. Jumlah period ialah 17 (sebagaimana yang ditetapkan) tak termasuk kelas khas 'Unit Sokongan'.

Tahun ini dan tahun depan, kami menerima pelajar-pelajar Korea yang agak banyak. Oleh itu Unit Sokongan diperlukan untuk membantu pelajar-pelajar ini agar mereka dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan cepat dan dapat mengikuti pelajaran dengan mudah. Guru-guru senior telah terpilih dalam Unit Sokongan ini. Antaranya ialah HAT, SMAB, KCL, RA, HRK, NLZ tentunya dan seorang guru baru yang ada pengalaman dengan orang Korea. Harap-harap Unit Sokongan ini akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Minggu depan ada kursus untuk guru-guru dari hari Isnin hingga hari Khamis. Hari Khamis itu khusus untuk kursus IT. Antara sukatannya ialah Blogging. Saya diminta untuk menjadi salah seorang fasilitator. Saya nak minta izinlah nak gunakan blog guru-guru BM seperti Blog Cikgu Ghalib dan Blog Cikgu Razak sebagai contoh. Harap-harap selepas itu, banyaklah guru di sekolah saya menjadikan blog sebagai wadah untuk mengembangkan ilmu kepada murid-murid mengikut kepakaran dan minat masing-masing.

Sunday, November 23, 2008

Salad of the Day

Green Choral
Romaine


red choral


Hari Perkahwinan Afifah dan Wan Zul


Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan terus ke Port Dickson. Selepas kenduri di situ, kami bertolak ke Kuala Pilah pada pukul 2.00 petang.

Walaupun Kuala Pilah begitu jauh jika dibandingkan dengan peta yang dilakar dalam kad jemputan kahwin mereka, namun akhirnya kami sampai juga pada kira-kira pukul 3.45 petang. Sesampai di sana , kami disambut oleh pengantin lelaki dan perempuan yang kebetulan berada di jalan raya, mungkin menghantar saudara-mara pulang.
Di sana, juga kami bertemu dengan rakan-rakan KBR seperti Alfie dan suami dan Stealth dan Cik Nan. Riuh-rendah kami berbual sambil menjamu selera dengan hidangan daging lembu dan nasi beriani. Gee dan hubby telah tiba awal lagi sementara Mas, tak sampai-sampai kerana tersesat. Mas, mas.... macm pernah kudengar kisah sebegini dulu-dulu....
Warga KBR bergambar kenang-kenangan bersama mempelai.

Kesimpulannya, hari ini berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Sampai di rumah tepat pada pukul 12.00 tengah malam. [ini disebabkan singgah di Tesco, Shah Alam menghabiskan duit]

Friday, November 21, 2008

Selamat Pengantin Baru Ceriawan dan Fify

Sekarangni agaknya mereka berduani dah sah menjadi suami isteri.Saya nak ucapkan tahniah kepada sahabat saya ni sempena hari bahagia mereka. Esok majlis perkahwinan mereka akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Insya-Allah saya akan pegi ke sana bersama Hana, Hani dan Pian tunang Hana. Majlis perkahwinan di pihak lelaki ialah pada 13 Disember dan kebetulan sama dengan majlis Hana adik saya, jadi tak dapatlah wa berkunjung ke Kelantan. huhuhu. Berangan dah lebih setahun, tetapi namanya tiada rezeki nak makan nasi minyak Wan Zul.

http://i27.photobucket.com/albums/c153/cikguliz/TAMANBUNGAKU003.jpg
Uniknya perkenalan kami dengan pasangan pengantin ialah melalui alam siber. Masatu Mawi tengah hebat dan menjadi fenomena. Kami sering berforum di mawifc di bawah tread SGPUM (Sokongan golongan Profesional untuk Mawi). Kemudian kami membina nama kelompok kami sendiri sebagai Kampung Kiambang Bertaut. Apabila tread lembab dan bermasalah, kami semua berpakat untuk membina satu laman eksklusif yang diberi nama Kiambang Bertaut Resort dalam Myfamily.com. Sehingga kini Kiambang Bertaut Resort (KBR) terus hidup dan masih utuh terutama ikatan ukhwahnya sama ada di dalam mahupun di luar alam siber. Itulah indahnya perkenalan dan persahabatan kami dan ada pula yang telah bertemu jodoh. Alhamdulillah.

Mawi pun dah nak kahwin, semoga berbahagia dengan Ekin.

Tuesday, November 18, 2008

Dinner tonight

Khas untuk tatapan Lamba @Kamarul- inilah yang dikatakan lettuce butterhead.
My dinner tonight

I'm having my dinner at 11 pm. i cooked my self.

Resepi
Sayur-sayuran pilihan
sotong 200g
halia muda agak-agak 2 ibu jari
bawang putih 3 ulas
bawang merah seulas
cili api 11 biji
garam secukup rasa
gula sesudu kecil
minyak untuk menumis

Cara-caranya
  • tumbuk cili api hingga lumat sedikit, tubuk bawang putih dan akhir sekali tumbukkan bawang merah. Petua: masukkan garam bersama cili api semasa menumbuk untuk mengelakkan cili masuk ke mata dan jika termasuk, akan mengurangkan kepedihan.
  • sotong yang sudah dibersihkan dibubuh garam dan kunyit. Halia dipotong nipis. Gorengkan kedua-dua bahan ini di dalam kuali yang telah dibubh minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk. Kacau dan tunggu sebentar. Jangan lupa masukkan gula sebagai penyedap.
  • Masukkan semua sayur-sayuran dan kacau. Jangan sampai sayur layu. Agak-agak layu cukup. Tutup api, sedia untuk dimakan. yummy yummy....

Cadangan sayur:

Bunga kubis, brokoli, karot, tomato, leek dan sebagainya.

Hari ini saya gunakan sayur kubis beijing, lobak merah, tomato ceri, kacang sepat, haha itu je.

Dah kenyang, boleh mula kerja.




Bila nak siap Yearbook 2008?

Tahun 2008 beransur-ansur sampai ke penghujungnya, tetapi penghasilan Yearbook 2008 masih merangkak-rangkak. Cita-cita besar sungguh, nak terbitkan 196 muka surat berbanding 184 pada tahun lepas. Tetapi sekarang baru beberapa muka surat yang siap. Apa sudah jadi? CD Yearbook pun masih belum settle! Pada hari Khamis ini saya ada temujanji dengan Mr Lim from Artspree; semoga satu babak dalam penghasilan Yearbook akan selesai.

Hari ini saya berjaya menghasilkan 5 muka surat. Itupun pagi tadi ada meeting untuk perancangan tahun hadapan. Tengah hari pulak pergi ke kedai komputer ala-ala Lowyat kat section 14 tu. yes, Digital Mall namanya untuk membeli ink printer. 8 g thumb drive is only RM55! And I found Tamron SP90 Macro 1:1 lense for RM1300!!

Sampai di sekolah saja, Siti Normah ajak bincang tentang program tahun depan untuk pelajar-pelajar asing terutamanya pelajar Korea tentang cara untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mereka. Otak buntu betul, tak ada idea yang bernas dan menarik. huhuhu :( Pelajar-pelajar tingkatan 5 sekarang, boleh tak tolong cikgu untuk menjadi pembantu facilitator dalam satu crash course yang akan diadakan pada minggu pertama dan kedua buka sekolah pada tahun depan? Kalau anda semua tak terlibat dalam PLKN atau belum masuk kolej, bolehlah tolong cikgu. Cikgu perlukan lebih kurang 6 orang sahaja. Tolong SMS saya atau email atau call :) TQIA)

Sekarangni rehat sekejap, sebentar lagi nak plan pengagihan guru untuk tahun depan. Nampaknya dalam 24 jam yang saya ada sehari ini, saya kenalah bijak membahagi-bahagikan masa untuk Yearbook, Jadual Waktu tahun depan, Program tahun depan, Menyediakan Tips untuk Perdagangan, dan Blogging) Bloggingni untuk mengurus stres. Penting tu!

Pada masa ini (7.22p.m), saya masih di sekolah, ada Yoges teman. Tq Yoges. Prayer time. Bye......

Monday, November 17, 2008

Musim Haji telah tiba lagi..... (Part 1)

~Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Diwajibkan kepada umat Islam untuk mengerjakan haji sekiranya mampu sekali seumur hidup.~
Haji hukumnya fardu bagi lelaki dan wanita sekali seumur hidup.
Dalil dari Alquran :

Ertinya: "Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup melakukan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam."

Allah Taala mewajibkan haji bagi kaum muslimin pada tahun ke sembilan Hijrah. Nabi saw. melakukan haji hanya sekali, yaitu haji wada.


Masjid Nabawi, Madinah al-Munawarah


Dah dua tahun rupanya sejak pemergian saya ke tanah suci Makkah. Terasa masih baru lagi. Setiap kali terdengar berita orang Islam pergi ke Makkah, terbayang dalam ingatan kesyahduan Kota Madinah dan Kota Makkah. Terbayang suasana penuh kesucian Baitullah dan Masjidil Haram. Teringat lagi tempat tinggal saya di Hotel Ar-Raid yang sangat hampir dengan Masjid. Terbayang-bayang laluan ke masjid yang penuh dengan orang dan di kiri kanan jalan penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Terngiang-ngiang di telinga bacaan ayat-ayat suci al-quran dan nasyid-nasyid memuji Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW yang dipasang oleh peniaga kaset di bawah hotel Ar-raed. Paling menusuk kalbu, ialah suara azan yang berkumandang yang mengajak kami semua ke masjid untuk mengerjakan solat. Suaranya begitu syahdu dan menginsafkan. Bilalah lagi aku dapat mengharungi suasana itu lagi?



Rindu pada masjid Nabi. huhuhu


Kali pertama menjejakkan kaki ke bumi suci Allah SWT adalah di Madinah. Ini adalah kerana pakej haji kami bermula di Madinah, jadi kami mulakan ibadah kami di sini selama 8 hari. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan pada ketika itu apabila kaki dijejakkan di bumi Madinah subuh itu.Segala-galanya asing dan menakjubkan. Cuaca agak sejuk. Kami menginap di Hotel As-Safa yang boleh tahan dan dekat dengan Masjid Nabawi. Masjid ini sungguh hebat, setiap kali memasuki mesjid ini, ada suatu rasa yang begitu syahdu. Tak tahu macam mana nak cakap, macam nak menangis rasanya. Raudhah tempat tempat rebutan. Selawat dan salam atas junjungan nabi Muhammad SAW.


Selama 8 hari di Kota Madinah al-Munawarah, kami sempat ke Masjid Quba', Masjid Qiblatin, Jabal Uhud dan Kilang Al-Quran. Kami tak sempat ke ladang kurma kerana kesuntukan masa.

Di Jabal Uhud dan menginsafi kekalahan Perang Uhud.


Peristiwa menarik yang dialami:

  1. Kasut saya dan kasut adik ipar saya hilang. Berkaki ayamlah kami pulang. Sibbaik pakai stokin.

  2. Dapat membantu rakai Thailand yang tak tahu bahasa melayu mahupun Inggeris untuk pulang ke hotel mereka. Allah berikan petunjuk.

  3. Tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana di dalam beg ada kamera. Tak teringat nak simpan di hotel.

  4. Suara-suara manis Minah Arab yang menyuruh kami masuk ke dalam dengan menggunakan bahasa Melayu. Ibu, masuk, ibu, masuk, dalam, dalam. [Penggunaan Bahasa Melayu/Indon lebih meluas di sini berbanding bahasa Inggeris]

  5. Belajar beberapa perkataan Arab, seperti hamsa rial, asysyara rial (betul ke ni Lamba) dsb. hahaha ni mesti sebab shopping...

  6. Semua orang tak kira bangsa dari setiap pelosok dunia, berpusu-pusu ke masjid pada setiap waktu sembahyang. Menginsafkan sungguh.

Perkara yang perlu diambil perhatian kepada jemaah haji. Janganlah berebut-rebut di Raudhah untuk ibadah sunat itu, dikhuatiri kita berdosa pulak apabila melakukan perkara-perkara di luar sedar seperti mencederakan orang lain atau menyakiti hati orang lain, atau mengganggu orang lain. Ini adalah kerana saya dapati banyak orang yang bertolak-tolakan untuk sampai ke sana, maklum sajalah begitu banyak orang dan waktu begitu singkat. Yang menakjubkan, rasanya semua orang yang banyak itu berpeluang bersembahyang dan berdoa di Raudhah walaupun masa begitu singkat. Allah maha besar!!!


Selamat tinggal Madinah, selamat datang Makkah al-Muqarramah.



"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak".