Saturday, July 12, 2008

Swimming Gala (Rehearsal)


Friday 11 July 2008

Primary Section of Sri Bestari adakan swimming gala rehearsal pada hari ini. Wa biasalah akan ditugaskan untuk mengambil gambar. Hari ini wa ada assistant, Cikgu Azrul. Beliau akan ambik video. lega sikit. Hari ini wa seronok betul menggunakan kamera baru wa. Wow! Memang best! Untuk ambil gambar di luar, wa gunakan ISO100 dan aparture controll AV. Senang sikit. Gambar ok. Clear bagi amatur macam wa. Wa cuba gunakan ISO 200. Tak boleh, gambar terlalu terang, over exposed. masa budak-budak tu berenang, wa gunakan function sport. Wah, seronok betul. Senang ambil dan boleh buat pilihan gambar yang cantik kerana boleh ambil gambar berkali-kali dengan cepat. Seronoklah guna kamera baru ini.

Ingat nak upload gambar, tapi rupanya wa simpan gambar-gambar tu di dalam external hard disk dan disk tersebut tertinggalkat sekolah. Esok, kalau sempat wa akan masukkan gambar-gambar tersebut. Esok, wa akan ke Stadium Bukit Jalil nak tengok peserta-peserta Cheer 2008 anjuran The Star beraksi. Wakil Sekolah Sri Bestari telah berjaya mendapat top 15. Tahniah kepada semua peserta. Last year derang dapat nombor 7. harap-harap pada tahun ini mereka akan mendapat nombor yang lebih baik. Penat derang berlatih, berbulan-bulan sampai missed classes. Harap berbaloi masa yang telah diluangkan itu.

Hari ini selepas extra class, wa dan 3 orang lagi membuat adjustment pada time table. Apabila HOD yang lepas naik pangkat dan tempatnya wa ganti. So beberapa kelasnya telah dilepaskan. Cikgu Maths pun dah dapat, Guru BI tak jadi datang dan Guru BM masih kosong. Adussss. Anyway, adjustments tetap perlu dibuat. Dan wa dapat reduced time table. 17 periods. macam sikit jer... tapi tugas lain sedang menanti.

Oh, i'm going to miss Tingkatan 1C. Walaupun mereka tu bising but they are addorable and lovable. Mereka dengar jugak cakap saya dan tak susah nak dapatkan latihan-latihan mereka. Harap-harap dapat pengganti yang baik untuk mereka.

9.48pm [jam kat sini giler]

No comments: