Tuesday, June 9, 2009

Perth - Hari ketiga



1 Jun 2009 - Hari ini cuti umum bagi rakyat Australia Barat sempena Foundation Day. Kedai pun banyak yang tutup. Pagi ini program kami ialah melawat Cavernsham Wild Life. Lepas itu ke Chocolate Factory then ke ladang anggur. Program lawatan hanya setengah hari. Selepas itu kami pergi shopping souvenir di Hay St dan Murray St. Nak pergi ke Myer Store, tutup pulak!

Di Cavernsham Wild Life - banyak haiwan asal Australia di sini seperti kanggaru, koala, dan sebagainya. Saya banyak mengambil gambar bunga-bunga di sini.

Di Chocolate Factory, kami dibenarkan merasai coklat-coklat ini. Ada tiga rasa. Rupa-rupanya coklat-coklat ini hanya dijual di sini saja. Harganya boleh tahan! Tapi beli juga, kenangan....

Yang paling seronok, pergi ke ladang anggur. Sementara yang non-muslim merasa wain, kami menyelinap ke ladang anggur dan bergambar di sana sambil memetik anggur. Crunchy and very sweet! Tapi saya petik sebiji demi sebiji jer tau kerana tak ada kebenaran pun... Ada peristiwa yang melucukan di sini tapi tak nak cerita takut mengaibkan orang. :)
Seronok juga membeli-belah pada petangnya. Kalau nak beli barang sourvenir, beli yang dekat Criterion Hotel Hay Street, dekat dengan restoren Ole-Ole. Rantai kunci yang saya beli di Frementle $7.50 sepeket, di situ 4 paket hanya 10 dollar! selain itu saya juga membeli T-shirt, topi, fridge magnet dan koala toy. Kemudian saya beli lagi, beg dan tea towel. Banyak juga saya beli sourvenir. Maklumlah adik-beradik ramai, anak buah lagi ramai. Itu belum masuk kengkawan lagi. Mana yang tak dapat tu, minta maaflah ya. Bajet memang tak cukup. Lagipun, berat bagasi saya hanya 20kg sahaja!

Pukul 5.00 petang, saya dan Siti Normah ada janji. Kami akan bertemu dengan Lowan, bekas anak murid di Sri KL 15 tahun yang lalu. Macam tak percaya saja dapat bertemu dengan Lowan. Semua ini gara-gara Facebook. Facebook telah mempertemukan kami kembali. Lowan masih macam dulu, cuma lbh dewasa. Dah berkahwin dengan gadis Australia dan mempunyai seorang anak yang comel dan bijak. Lowan membawa kami ke King's Park, bahagian yang belum pernah kami pergi iaitu di Bell Tower. kami berbual-bual mengingatkan masa lampau dan sekarang. Nostalgia...

Pukul 6.30 malam, kami ada dinner di Ole-ole. Lowan menghantar kami ke sana. dan Lowan dapat juga berjumpa dengan Pn Roslina yang juga pernah mengajar di Sri KL. Dinner ini ditanggung oleh ejen pelancongan. Kami juga mengambil kesempatan menyambut hari jadi Pn Tan. Saya dan Roslina juga diraikan kerana hari jadi jatuh dalam bulan Jun. Selepas dinner, kami dibawa jalan-jalan di Perth waktu malam. Dingin cuaca di luar couch. Cantik juga pemandangan Perth pada waktu malam. Destinasi terakhir malam itu ialah Casino. Besar sungguh casino ini. Kami masuk juga ke dalam, tapi bukan untuk berjudi, hanya nak tumpang tandas jer. Ada jugaklah kengkawan yang mencuba nasib....

No comments: