Monday, August 13, 2012

71 kg.....

Salam Ramadan,
Alhamdulillah, semalam timbang dah 70.5 kg...... sebelum makanlah tu, selepas makan toksah cerita. huhu. Harap-harap dua tiga hari lagi, berat badan akan turun bawah 70kg. Masalahnya, makanan banyak sungguh, sayang pulak kalau tak dimakan. haha apatah lagi dah dekat nak raya ni. Mesti nak rasa kuih-kuih raya yang dimasak  kan....

Bercakap fasal kuih raya, tahun ini nampaknya taklah bersemangat kuih rayaku. Semalam singgah di kedai (tersinggah sebenarnya) membeli kuih-muih dan kerepek untuk raya. Murah-murah! tapi tak tahulah sama ada sedap atau tidak. Biskut yang paling mahal pun RM18 sebalang seperti tart nanas dsb. Nak jugak buat biskut sendiri; bahan dah dibeli tapi belum ada kesempatan lagi nak membuatnya. huhu. Nampaknya tunggu lepas rayalah baru buat; itupun belum tentu lagi.haha

Hari ini beli sebalang kuih samprit. harganya RM15. oklah tu. So setakat ini sudah ada 5 balang biskut dan dua tiga jenis kerepek. Untuk rumah di sini dah ok, tapi untuk yang di kampung? Hmmm di kampung nantilah beli; banyak yang dijual di tepi-tepi jalan sepanjang Tanjung Karang ke Sungai Besar tu.... lagi murah. Ada juga berhajat nak buat kek mentega; insyaallah kalau mengizinkan dah  nak dekat raya baru saya buat.

Hari ini hari yang ke-24 kita berpuasa, insya-Allah. Sejauh manakah ibadah kita pada bulan yang mulia ini? Adakah cukup puasa kita dalam erti kata yang sebenarnya? Sebanyak manakah pula sedekah kita? Ringankah tangan kita untuk memberi? Tenangkah solat kita? Banyakkah solat sunat kita? Terawikh kita lengkapkah? Adakah ibadah kita berbeza dengan sebelum Ramadan? Dan bagaimana pula ibadah kita selepas Ramadan?

Takut benar memikirkan ibadah selepas Ramadan kerana daripada pengalaman yang lalu, setelah selesai ramadan, maka sibuklah saya dengan itu ini kerja-kerja dunia...... dan melupakan kerja-kerja akhirat.... Ya Allah, kupohonkan kepada-Mu agar mengukuhkan imanku, ibadahku walaupun Ramadan sudah berakhir, Kauterimalah ibadahku yang seadanya ini dan jadikanlah ibadahku lebih baik pada bulan-bulan seterusnya. Amin.

Hmmm nanti raya banyak juadah akan terhidang. Ingatlah, kalau nak turunkan berat badan, makanlah berpada-pada.

No comments: