Thursday, August 16, 2012

Persiapan Raya

Tahun ini tahun kedua aku berhari raya dengan keluarga baruku. Kalau tahun lepas, aku sibuk untuk menerima kehadiran banyak orang baru dan rumah baru, tahun ini persiapan untuk hari raya nampak lebih tenang. Kalau tahun lepas buat kuih raya dengan anak (belajar menyesuaikan diri hikhik) tapi nampaknya tahun ini beli kuih tunjuk sajalah.... huhu. Kalau tahun lepas beli sofa baru, perhiasan baru, make over ruang tamu, dsb tapi tahun ini nampaknya tiada yang baru tetapi sekadar mengemaskannya agar kelihatan masih baru.

Apakah erti Ramadan dan Hari Raya sebenarnya? Pada usia yang semakin lewat ini sebenarnya kita (saya) harus melihat kedua-dua perkara ini dari persepsi yang berlainan berbanding dulu-dulu. Syukur alhamdulillah Allah memberikan petunjuk dan hidayahnya. Kalau dulu, saya sangat berasa gembira apabila hari raya bakal menjelang, tapi kali ini entah mengapa perasaan sayu menyelinap hati ini. Sungguh sayu untuk meninggalkan Ramadan. Oh Ramadan, adakah aku akan berpeluang untuk menemuimu lagi pada tahun-tahun yang akan datang?

Kalau dulu masa Ramadan sibuk cari duit lebih agar dapat beraya sakan,
Kalau dulu masa Ramadan sibuk menjahit baju (masa ambil tempahan) sampai pagi raya pun masih menjahit lagi...
Kalau dulu masa Ramadan sibuk buat kuih raya sampai tak pergi sembahyang terawikh
Kalau dulu masa Ramadan sibuk pergi tuisyen, sampai kadang-kadang berbuka pun di pusat tuisyen

dan bila raya....
sibuk merasa pelbagai juadah
sibuk pergi rumah terbuka
sibuk masak untuk hidangkan tetamu yang kunjung tiba
tapi lupa....
puasa sunat enam lengkap tak sudah-sudah....

Hmmm tahun ini Allah telah memberikan lorong kepadaku untuk shopping raya awal, jadi sekarang tak sibuklah....
Tuisyen pun dapat dilakukan pada waktu petang, jadi pada waktu malam lapanglah...
Kuih raya tak payah buat, Allah bagi rezeki untuk beri rezeki kepada orang lain.... hehe alhamdulillah

Semoga hari raya pada tahun ini lebih bermakna dalam erti kata yang sebenarnya. Bersederhanalah, kerana itulah perkara yang lebih baik bagimu.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

No comments: