Tuesday, September 17, 2013

Perancangan Allah lebih baik.

Lama benar tidak menulis di sini, dah lupa apa yang perlu diingat. Hari ini 17 September 2013. Musim Haji. Apabila bercakap fasal musim haji, teringatlah pulak kes umrah tak jadi. Memang Allah tidak mengizinkan kami sekeluarga pergi pada bulan Mei yang lalu. Oleh hal yang demikian, visa lambat dapat. Persoalannya sekarang, adakah Allah mengizinkan kami pergi pada 7 Disember 2013 sebagaimana yang dirancang? Astaghrifullahal'azim!! Jangan bersangka buruk terhadap perancangan Allah kerana perancangan Allahlah yang terbaik.

Setiap hari saya berdoa agar  dapat pergi mengerjakan umrah bersama suami tercinta, bersama ibu yang disayangi dan adik-beradik serta anak-anak buah sekalian. Ya Allah, berikanlah peluang kepada kami untuk mengerjakan umrah dan ziarah ke tanah sucimu pada bulan Disember 2013 nanti dengan keadaan yang cukup sihat dan selesa. Kaukuatkanlah iman kami agar bertambah-tambah ibadat kami kepadamu ya Allah dan kaumurahkanlah rezeki kami, kaubukakanlah hati kami agar kami sentiasa bersyukur.


No comments: