Saturday, September 21, 2013
Saya pengedar rasmi Shaklee SID 960087
Saya adalah pengedar rasmi SHAKLEE (ID 954312).
Terdapat pelbagai supplement bagi tujuan IBU MENGANDUNG, BERPANTANG,
PENYUSUAN BAYI, MASALAH BERAT BADAN, KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA
MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT dan sebagainya.
PERTANYAAN & PEMBELIAN
1. PM Facebook : Nor Lezah Zaini
2. Email : lezahzaini@gmail.com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 012-3482423
PENGHANTARAN
Semenanjung Malaysia : RM10
Sabah / Sarawak : RM20
Proses penghantaran menggunakan perkhidmatan GDEX, Citylink atau Pos Laju.
Tuesday, September 17, 2013
Perancangan Allah lebih baik.
Lama benar tidak menulis di sini, dah lupa apa yang perlu diingat. Hari ini 17 September 2013. Musim Haji. Apabila bercakap fasal musim haji, teringatlah pulak kes umrah tak jadi. Memang Allah tidak mengizinkan kami sekeluarga pergi pada bulan Mei yang lalu. Oleh hal yang demikian, visa lambat dapat. Persoalannya sekarang, adakah Allah mengizinkan kami pergi pada 7 Disember 2013 sebagaimana yang dirancang? Astaghrifullahal'azim!! Jangan bersangka buruk terhadap perancangan Allah kerana perancangan Allahlah yang terbaik.
Setiap hari saya berdoa agar dapat pergi mengerjakan umrah bersama suami tercinta, bersama ibu yang disayangi dan adik-beradik serta anak-anak buah sekalian. Ya Allah, berikanlah peluang kepada kami untuk mengerjakan umrah dan ziarah ke tanah sucimu pada bulan Disember 2013 nanti dengan keadaan yang cukup sihat dan selesa. Kaukuatkanlah iman kami agar bertambah-tambah ibadat kami kepadamu ya Allah dan kaumurahkanlah rezeki kami, kaubukakanlah hati kami agar kami sentiasa bersyukur.

Thursday, November 29, 2012
Azam Tahun 2013
hihi geli hati pulak, tapi saya nak cuba jugak, insya-Allah.
Mula-mula nak kemas bilik dulu, kenalah buang apa-apa yang patut.
Thursday, August 16, 2012
Persiapan Raya
Tahun ini tahun kedua aku berhari raya dengan keluarga baruku. Kalau tahun lepas, aku sibuk untuk menerima kehadiran banyak orang baru dan rumah baru, tahun ini persiapan untuk hari raya nampak lebih tenang. Kalau tahun lepas buat kuih raya dengan anak (belajar menyesuaikan diri hikhik) tapi nampaknya tahun ini beli kuih tunjuk sajalah.... huhu. Kalau tahun lepas beli sofa baru, perhiasan baru, make over ruang tamu, dsb tapi tahun ini nampaknya tiada yang baru tetapi sekadar mengemaskannya agar kelihatan masih baru.
Apakah erti Ramadan dan Hari Raya sebenarnya? Pada usia yang semakin lewat ini sebenarnya kita (saya) harus melihat kedua-dua perkara ini dari persepsi yang berlainan berbanding dulu-dulu. Syukur alhamdulillah Allah memberikan petunjuk dan hidayahnya. Kalau dulu, saya sangat berasa gembira apabila hari raya bakal menjelang, tapi kali ini entah mengapa perasaan sayu menyelinap hati ini. Sungguh sayu untuk meninggalkan Ramadan. Oh Ramadan, adakah aku akan berpeluang untuk menemuimu lagi pada tahun-tahun yang akan datang?
Kalau dulu masa Ramadan sibuk cari duit lebih agar dapat beraya sakan,
Kalau dulu masa Ramadan sibuk menjahit baju (masa ambil tempahan) sampai pagi raya pun masih menjahit lagi...
Kalau dulu masa Ramadan sibuk buat kuih raya sampai tak pergi sembahyang terawikh
Kalau dulu masa Ramadan sibuk pergi tuisyen, sampai kadang-kadang berbuka pun di pusat tuisyen
dan bila raya....
sibuk merasa pelbagai juadah
sibuk pergi rumah terbuka
sibuk masak untuk hidangkan tetamu yang kunjung tiba
tapi lupa....
puasa sunat enam lengkap tak sudah-sudah....
Hmmm tahun ini Allah telah memberikan lorong kepadaku untuk shopping raya awal, jadi sekarang tak sibuklah....
Tuisyen pun dapat dilakukan pada waktu petang, jadi pada waktu malam lapanglah...
Kuih raya tak payah buat, Allah bagi rezeki untuk beri rezeki kepada orang lain.... hehe alhamdulillah
Semoga hari raya pada tahun ini lebih bermakna dalam erti kata yang sebenarnya. Bersederhanalah, kerana itulah perkara yang lebih baik bagimu.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Subscribe to:
Posts (Atom)