Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Salam, apa khabar semua?
Nampaknya hari raya akan menjelang tiba tidak lama saja lagi. Menteri Pendidikan telah mengumumkan cuti khas pada hari Jumaat ini. Tak tahulah SSB cuti atau tidak. Takkan pula nak melanggar perintah Pak Menteri pulak kan? Nampaknya 'Report Card Day' yang dijadualkan pada hari Jumaat ini terpaksalah ditunda ke suatu hari yang akan ditentukan kelak. (Jangkaan sayalah, tak tahu lagi apa kata Pn Pengetua).
Saya menerima berita tersebut dengan perasaan genbira. Almaklumlah, saya mempunyai banyak kawan yang kampung halaman mereka jauh seperti di Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan mahupun Johor. Kesian kat mereka yang terpaksa meredah kesesakan lalu lintas kerana pulang lewat. Sekurang-kurangnya bolehlah mereka balik pada hari Khamis lagi. Banyaklah ketupat dan rendang boleh dimasak. Jangan lupa akan orang di sini ya! :)
Kalau cuti hari Jumaat ni, saya akan balik ke Tanjung Karang pada petang esok. Eh, esoklah! Saya belum kemas barang yang hendak dibawa pulang..... macam mana pulaklah dengan Si Kembang, nak dibawa balik atau tidak?

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf dari hujung rambut sampai hujung jari, sekiranya ada tulisan saya yang menyinggung sesiapa sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, sesungguhnya tiada niat di hati untuk berbuat demikian. Namun, rambut sama hitam hati lain-lain. Jadi, sekali lagi saya memohon kemaafan anda sekalian. Terima kasih.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Berhati-hati di Jalan Raya.