Friday, December 11, 2009

Pulau Pinang 6-7 Dis

Kami bertolak dari Perlis pada kira-kira pukul 8.30 pagi. Singgah bersarapan dahulu sebelum ke Kuala Kedah. Hajat nak ke rumah Zawani. Kira-kira pukul 10.15 kami tiba di rumah datuk Zawani. makan lagi, bihun goreng. Nenek Zawanini sporting habis. Seronok mendengar petua daripada nenek untuk kekal bertenaga hingga tua iaitu kena rajin makan ulam-ulaman seperti pegaga dan buah mengkudu. Sempat juga kami membeli belacan Kuala Kedah buat ole-ole.

Selepas itu kami ke Mergong untuk menziarahi kawan lama. Tak sangka sungguh dapat ke rumah beliau. Cantik sungguh hiasan rumah beliau. Sempat juga terlelap kat sini. Cik Mail dan Kak Ani menyediakan mi kari. Sedap sungguh! Thanks Cik Mail.

Lepas itu, kami terus ke Pulau Pinang. Kami sampai di Rasa Sayang Apartment pada kira-kira pukul 6.00 petang. Malam sungguh happenning.

Di Perlis 5 Disember 2009

Pertama kami melawat Wang Kelian dan cross border Thailand untuk membeli-belah kat situ. Walking distance. Beli kuali yang emak kirim for RM1o.oo dan beli kacang gajus sekilogram for RM24.00. Taklah best sangat Wang Kelian ni. Barang pun itu itu jer yang dijual. Banyak makanan jer. Nak datang ke sini teruk juga jalannya, berbelok-belok jalan. Ada satu selekoh tu, teramatlah tajamnyer, terkejut dan tak sangka. Nasib baik drebar expert!

Selepas itu kami ke Padang Besar. Kat sini lebih seronok untuk membeli-belah. Banyak barang yang dijual dan lebih tersusun. Tapi saya hanya beli lempuk durian. Seronok tengok barang-barang yang dijual jer tapi tak berminat untuk membeli. Save duit untuk di Pulau Pinang dan Cameron nanti.

Yang tak menariknya di sini, nak makan. Kat gerai tempat kami makan tu, servicenya sangat slow, tapi boleh tahan mahal jugak dia charge!

kami juga singgah di Gua Kelam untuk seketika. Ingatkan nak naik keretapi masuk ke gua, tetapi perkhidmatan tersebut dihentikan. Maka kami pun membatalkan hasrat nak masuk ke gua, tak larat... :). Tapi kami sempat juga melawat galeri yang ada. Malang sekali galeri ini tidak dijaga dengan sempurna. Sayang sungguh.

Selepas solat zohor dan asar di Mesjid Padang Besar, kami menuju ke Changloon untuk melawat rakan SSB. Makan mi goreng dan jagung kat sini. Terima kasih Fauzi dan keluarga.

Selepas itu kami balik ke chalet dan berehat seketika. pada malamnya, kami menjamu selera di Kuala Perlis, makan macam tak ada hari esok! Alhamdulillah. Sebelum itu kami menyaksikan suatu persembahan kebudayaan di sekitar kawasan tersebut.

Balik dengan kekenyangan. Tidur malam lena tak lena. Ada banyak bunyi-bunyian, maklumlah tidur dalam 'hutan'.

Saturday, December 5, 2009

Jabatan Hutan, Kangar, Perlis

Kami memulakan perjalanan pada kira-kira pukul 6.00 petang semalam. Singgah di Sungai Besar untuk makan malam. Rosli salah seorang ahli rombongan, telah membuat arrangement denga kawan lama rupanya. Tak sangka dapat berjumpa dengan Nik Aziz yang dulu pernah mengajar di SSb. Makan malam boleh tahan juga dengan ikan siakap masam masam manis, tomyam yang sangat sedap, sayur caampur, telur dadar, sambal belacan dan funfries! Airnya air tembikai. Hmmm memang mengenyangkan. Rosli juga telah membeli sebiji kek untuk menyambut hari lahir Shamsul, seorang lagi ahli rombongn kami. Jadi, ada 2 kejutan di Conner Kick Cafe ni, satu sambutan harijadi Shamsul dan satu lagi bertemu dengan Nik Aziz dan anak-anak beliau. Semasa singgah di Petronas, kebetulan Nik pun ikut ke sana, sempatlah saya membelikan keropok kerepek sebagai buah tangan untuk anak-anak Nik. Orang berbudi kita berbahasa....

Kami meneruskan perjalanan mengikut Teluk Intan dan Seberang Perak terus mengikut Kuala Kangsar. Setelah itu masuk highway dan rehat dan solat di R&R Bukit Gantang. Selepas itu kami bergerak terus ke Kangar. Pada mulanya Rosli yang drive, selepas Bukit Gantang, Helmy mengambil alih... Selepas bukit Gantang baru cuba tidur.. tapi tidur dalam kereta, tahu sajalah...

Finally, kami tiba di Kangar kira-kira pukul 5.00 pagi. Singgah di pasar dan bersarapan pagi kemudian menyusul ke masjid untuk solat subuh. tiba di Jabatan Hutanni awal, tidur dulu dalam kereta kerana kunci lambat dapat.
Dali luar chalet kat sini taklah nampak best, biasa jer. Tapi bila dah masuk ke dalam, ok jugak. Ada 4 katil single, tv, aircond dan heater. Consider very good for the price that we pay ie RM50 per night.

10.30 pagi, bermulalah lawatan kami, ke mana? entah, ikut ajerlah....

Friday, December 4, 2009

Perlis, here we come!

Orang pakat pi holiday kat luaq negeri, cek pi Perlih jer.Itu pun jenuh pulun tuisyen nak buat belanja pi Wangkelian, betoi ka ejaan ni, wa pun tak tau. Kalau mypren Mamu baca wa tulih laguni, sure depa gelak kat cek. orang selangor nak kecek utara, berteraboq. hahaha Wani, kalau hang baca, hang dok diam sajalah no, hang jangan dok habaq kat depa, malu cek. hahaha

Esok, ekceli hari ni, masa beredar tak pasan dah 1.30 pagi., pada kira-kira pukul 6 petang, insya-Allah kami akan bertolak ke Perlis. 6 sekawan akan memulakan perjalanan mereka ke Perlis. Dijangka, kami akan melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Perlis seperti Gua Kelam dan ladang tebu di Chuping. Semalam di Perlis, kemudian kami akan ke Pulau Pinang pula. Cadangnya kami akan bermalam di Batu Feringgi. Pada hari keesokannya pula kami akan bertolak ke Bukit Merah dan bermalam di sana semalam. Destinasi terakhir kami dalam lawatan ini ialah di Cameron Highlands. Satu malam di sana. Kami dijangka tiba di kayell pada 9 Disember.

Harap-harap Cuti-cuti Utara kali ini berjalan dengan lancar dan memberikan manfaat kepada kami semua.

Friday, November 27, 2009

SSB 2010


Alhamdulillah, insya-Allah SSB akan berkembang lagi pada tahun depan! Insya-Allah akan ada pertambahan dua buah kelas lagi. Tingkatan 1 akan ada 5 kelas! dan keseluruhan kelas kita berjumlah 21 buah. Kalaulah tingkatan 2 juga bertambah satu kelas lagi, maka ada 22 buah kelas pada tahun depan. Di manakah kelas-kelas ini akan ditempatkan? Yang sudah pasti, staffroom 2 akan berpindah dan akan menyusul pula staffroom 1. Kedua-dua staffroom tersebut akan dijadikan kelas-kelas tambahan tersebut. Ke mana atau di mana pula bilik guru? Khabarnya sesetengah guru akan masuk ke bilik kaunseling apabila bilik tersebut dikosongkan dan dipindahkan. Sebilangan yang lain akan masuk ke pejabat. 2 orang akan ke bilik peperiksaan dan selebihnya ke bilik mesyuarat. Tahun depan akan ada pertambahan 4 orang guru kerana pertambahan kelas. Sardinlah staffroom. Tentu bonus kita banyak tahun depan kan? Hihi....

One terrabite!


OMG ! I bought a One terabite external hard disk! and it cost me RM365. Actually memanglah saya nak beli satu lagi hard disk tapi taklah sebesar itu. Tapi masa Helmy called tanya nak beli ke tidak, hanfon habis bateri. Nak tak nak beli sajalah. mak oi besar gedabak hard disknya. Pulak tu kena plug in. Leceh betullah. Kena ada power point extra. Tapi bagus jugak ada hard disk besar ni, boleh simpan gambar dan video banyak-banyak. Gambar-gambar sekarangni pun besar-besar saiznya, dah ada yang guna sampai 15 megapixel.

This 15th, the school will loan us a laptop each and the current desk top that we use is to be surrendered to the school to fill up the new computer lab. Sedih jugak nak berpisah dengan desktop kesayangan tu, tapi apa boleh buat, bukan milik sendiri. Sebab nak sedut data-data dalam desktop tulah, yang terbeli the new hard disk! Senang dah hati ini kerana hampir semua maklumat dalam desktop telah disedut kedalam terabite ku. Hihi gembiranya.

Wednesday, November 18, 2009

Selamat Menduduki SPM 2009

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, esok (hari ini) SPM akan bermula. Entah apa soalan yang akan keluar esok. Saya harap pelajar-pelajar saya sudah bersedia untuk menghadapinya. Saya mempunyai rasa yang kuat bahawa pelajar 5 Sc1 akan bayak yang memperoleh A dalam BM tak kiralah A+. A atau A-. Asalkan anda semua mendapat A, cikgu dah gembira? Tetapi adakah SEMUA?

Bagi pelajar-pelajar Perdagangan, walaupun kertas ini yang terakhir, saya harap anda akan mencuba sebaik-baik mungkin. Harap tak ada sesiapapun yang gagal. Pada tafsiran saya, ada beberapa orang aakan mendapat A. Kita berdoa ya?

OK, Semoga berjaya dan jumpa lagi di alam siber.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Salam, apa khabar semua?
Nampaknya hari raya akan menjelang tiba tidak lama saja lagi. Menteri Pendidikan telah mengumumkan cuti khas pada hari Jumaat ini. Tak tahulah SSB cuti atau tidak. Takkan pula nak melanggar perintah Pak Menteri pulak kan? Nampaknya 'Report Card Day' yang dijadualkan pada hari Jumaat ini terpaksalah ditunda ke suatu hari yang akan ditentukan kelak. (Jangkaan sayalah, tak tahu lagi apa kata Pn Pengetua).
Saya menerima berita tersebut dengan perasaan genbira. Almaklumlah, saya mempunyai banyak kawan yang kampung halaman mereka jauh seperti di Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan mahupun Johor. Kesian kat mereka yang terpaksa meredah kesesakan lalu lintas kerana pulang lewat. Sekurang-kurangnya bolehlah mereka balik pada hari Khamis lagi. Banyaklah ketupat dan rendang boleh dimasak. Jangan lupa akan orang di sini ya! :)
Kalau cuti hari Jumaat ni, saya akan balik ke Tanjung Karang pada petang esok. Eh, esoklah! Saya belum kemas barang yang hendak dibawa pulang..... macam mana pulaklah dengan Si Kembang, nak dibawa balik atau tidak?

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf dari hujung rambut sampai hujung jari, sekiranya ada tulisan saya yang menyinggung sesiapa sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, sesungguhnya tiada niat di hati untuk berbuat demikian. Namun, rambut sama hitam hati lain-lain. Jadi, sekali lagi saya memohon kemaafan anda sekalian. Terima kasih.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Berhati-hati di Jalan Raya.

Saturday, August 22, 2009

Best Buddy Award

Terima kasih CS kerana memberikan kita award ini. Wa begitu terharu pada pagi 1 Ramadhan yang mulia ni. huhuhu



CS yang anggun ni memang terkenal dengan lawaknya yang sempoi. boleh gelak guling-guling kami dibuatnya. Beliau pernah mendapat award Ahli yang paling lawak. Hahahaha memang pelawaklah CS ni. Tapi bukanlah lawak macam Raja Lawak tu. Lawaknya ada kelas yang tersendiri.
CS ni pun memang pandai memasak. Perghhhh sedap tak terkata. Masakan ni dialah yang memasaknya. Kalau tak salah ni pada raya tahun lepas. Dah nak raya sekali lagi, tahun ni hidangan apa?
Suya tak pernah lupa lagsania yang dibuatnya entah bila tu. Memang sedap. Lebih sedap dari yang kat Pizza Hut tu. Kenalah dengan selera saya. Cik Som, bila nak buat lagi, ajak-ajaklah saya. hehehe
CS, I think andalah yang sememangnya layak menerima anugerah Best Buddies ni. You always lend your ears when I need someone to talk to. Masa I ngantuk tengah drive pun, you layan I. Thanks a lot my friend. May Allah Bless U. Selamat berpuasa dan mendapat berkat daripadanya.
Sincerely yours,
Cikguliz

Puasa



Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun, seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal)
Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
Merokok di siang hari. (Termasuk menghisap ganja atau dadah)
Murtad (keluar dari Islam)
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanlan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Tuesday, August 18, 2009

Di Skudai, Johor Baru

Tahniah Nurul Nadia, anak buah saya, yang berjaya mendapat Masters in Chemistry dari UTM 16 Ogos 2009 yang lepas. Umur belum 22 tahun dah dapat Masters Degree.
Nadia dan papanya. Bangga seorang ayah.
Di ladang kambing kepunyaan adik saya yang buat kerja ni sebagai kerja sambilannya.


Posing di depan kandang kambing. Ada lebih kurang 120 ekor kambing baka boer dan kacukan kambing Australia. Comel-comellah kambingnya.



Di rumah adik yang bernama Bahtiar yang terletak di Kangkar Pulai. Adik (tiada dalam gambar ini) sedang buat PHD di UTM.




Ini asrama Izzah adik kepada Nadia. Sekarang belajar di UTM juga.





Thursday, August 13, 2009

Membebel......

Salam siber ...
Lama sungguh saya tak update blog ini. bukannya tak buka, hari-haripun buka tapi sekadar menggunakan link-link yang ada di sini. Kenapa lama tak up date? kerana tak ada mood. Mood saya telah dicuri oleh masa yang amat mencemburui saya. Sekarang saya pula mencuri masa, mencuri masa yang saya peruntukkan untuk habiskan bina soalan Perdagangan Kertas 1 Peperiksaan Percubaan SPM. Nasib baik kertas 2 dah siap dan kertas BM dah hantar... Adakah saya akan berjaga hingga lewat malam ini ? Esok tarikh akhir mesti hantar! Mampukah saya? Oh tidak... tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk. :) huhu lepas geram. [sajer jer berdrama sikit]

Selepas perjumpaan dengan Class of 1995, saya dan Pn SN berjumpa pula dengan bekas pelajar dari kelas 1994. [Update penuh later :)] that was 26 July 2009. Then 27 Julai sampai 31 Julai ada Minggu Akademik 2. 1 Ogos pula ada Open Day - penat satu hari ambik gambar. 3-6 Ogos sibuk ambik gambar kelas dan persatuan. Tahun lepas, kami ambil profesional tapi tahun ini boss nak save budget kot, kami sendiri yang kena ambil gambar. Penat jugalah. Namun saya dibantu oleh beberapa orang ahli kelab Fotografi yang suka skip class... hahaha gurau jer... thanks guys, you did a wonderful job. Kali ini selain gambar kelas dan gambar group kecil, saya juga dikehendaki mengambil gambar individu setiap pelajar dalam kelas tersebut. Jenuh juga kerana bebudakni selepas ambil gambar saja dah nak tengok. Pastu kalau tak puas hati nak ambik sekali lagi. Ewahhh tapi layan jugak.... Yang paling hebat kelas 5 Arts, mak datuk! kalau kira roll saya ingat mahu 3-4 roll dah habis or even more! Macam-macam gaya... mereka memang gila kamera dan sporting.

Kesibukan saya membuatkan saya hampir terlupa bahawasenya saya kena buat soalan peperiksaan. huhuhu mingguni minggu sakit pulak, tapi itu bukanlah alasan untuk hantar lambat...

Jumaat - Ahad ni [esoklah tu] dijadualkan ada perkhemahan Tah*/agaunan di sekolah tapi dengan sedihnya terpaksa dibatalkan gara-gara H1N1. Saya dah merancang untuk tidur di sekolah pada hari Jumaat. Nmpaknya tak jadilah. Wabak H1N1 ini memang menggerunkan dan mengganas betul sekarang. Sehingga berita tadi jumlah kematian dah mencapai angka 51. Mengapakah Allah SWT menurunkan bala ini kepada kita? Apakah dosa yang telah kita lakukan? Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak ini dapat dikekang dengan segera dan marilah kita sama-sama bertaubat, hindarkanlah perbuatan-perbuatan terkutuk dan sama-samalah kita membuat kebajikan. Amin!

Ramadhan hampir menjelang, umat Islam seluruh dunia akan menunaikan salah satu rukun Islam yang lima iaitu berpuasa. Berpuasa ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah dari segi spritualnya berpuasa ini lebih besar ertinya. Umat Islam yang wajib berpuasa dikehendaki menjaga matanya, mulutnya, telinganya dan semua pancainderanya daripada terlibat dengan maksiat dan dosa. Dengan kata lain, kita dikehendaki menjaga perbuatan kita dan mengawal nafsu. Kiranya dengan berpuasa kita juga membersihkan hati dan menguatkan iman kita.

Baru-baru ini saya terlibat dengan bisnes kecil-kecilan. Seronok sebenarnya berniaga ni. Sebenarnya saya memang suka berniaga, cuma perniagaan saya bermusim. Hehe :) Mula-mula saya menjual mekap jenama terkenal tapi yang murah. seronok jual kerana kita dapat tolong kawan-kawan mencantikkan wajah dengan produk yang baik tetapi harga berpatutan. Pastu ada pulak peluang jual popia mini khas untuk raya. Tapi nampaknya pesanan terlalu banyak entah dapat entah tidak memenuhi pesanan-pesanan tersebut. Tapi jual popia ni tak untung. Tukang jual jer dah bukak 2 balang! Pastu saya jual pulak tudung. ala tudung pesen sekarang tu yang macam Ekin pakai. Tapi bukanlah yang 10 hengget kat pasar malam tu. Yang saya jual ni mahallah sikit tetapi taklah semahal Ariani ker Hajaba ker atau Munawarah ker... Kesimpulannya, saya ada menjual barangan mekap, tudung dan popia mini yang sedap.

Hmm panjang jugak bebelan saya ni... jam sudah 12 lebih. Dah tengok khabar soalan Perdagangan saya pulak. hmmmm dalam masa terdekat ni saya akan update kisah saya bersama budak-budak SriKL Class of 1994, Gambar-gambar sekitar Open Day 09. Minggu Akademik dan sedikit gambar kelas. [yang menariklah] Ok till then chiowwwwwwww good nite, selamat malam. Arek turu, handak guringan... [ hahaha faham ker]

Justin, ok tak?

Sunday, July 19, 2009

After 15 years....


Today I went to Sri Hartamas - the meeting place. Walaupun tak biasa dengan tempat ini, saya sampai juga lebih kurang pada 12.13 minit tengah hari. hahhaa. Kiranya sayalah orang yang kedua sampai di Vbar Yik Kae. Orang pertama yang sampai ialah Alina Grace Tan. Macam dulu juga Alina ni, periang dan ceria. Next sampailah seorang berbasikal. Siapalah mamat nih. memang tak ingat langsung. Dia perkenalkan diri as Teck Wah @ Shawn Lim. Still sampai sekarang masih tak dapat recall. Did I ever taught u before? Tak lama kami duduk, sampailah Joshana Waris Ali. Sedikit sebanyak saya dapat recall Joshana. We talk and talk, later came David Teh and Benny. Saya ingat wajah David tapi saya tak ingat Benny. So sorry, my memory memang teruk! Harap u all tak ambik hati ya! Then came Amri and Glenda. Later we proceed to The Pelita, makan-makan. Tak lama kemudian, Chong Wai Ling came. Thiam Ker Wei menyusul. Selepas makan, kami lepak di Vbar. Lily Teo pula sampai. Talk and talk, giggle, talk, tengok gambar-gambar lama, exchange ideas bla bla bla, saya pun balik at almost 5 already. Pergh... what a day!

Benny, Wong Yik Kae, Amri, David, and Teck Wah.

Alina Grace Tan, Amri, CL, Chong Wai Ling, Lily Teo, David Teh

Wai Ling and Lily

Wai Ling and Ker Wei

They look the same, don't they?

Thanks to Wong Yik Kae for organizing this gathering. Harap pada masa yang akan datang, lebih ramai yang dapat hadir.

Saturday, July 18, 2009

Hari Anugerah Bestari - Waris Malaya

Perasaan hari ini ditutup bercampur-campur. hahha... perasaan yang pertama tentulah puas, puas kerana konsert dah selesai dan banyak mendapat pujian daripada penonton. Perjalanan Hari Anugerah secara keseluruhannya baik dan lancar. Kalaupun ada kesilapan, kesilapan itu agak kecil dan orang tak perasaan pun. antara komen menarik yang saya dengar.
  • superb, awesome!
  • antara satu adegan dengan adegan yang lain tidak lambat tetapi lancar.
  • tidak ada suatu bahagian yang paling best; semua best!
  • Bukan saja tarian Wayau best, cikaboong pun best.
  • pelakon dan penari natural, walaupun watak mereka kecil, mereka melakukannya dengan natural sekali.
  • Banyak yang tergoda dengan Danial, kegatalannya terserlah... watak hidup!
  • nyanyian Tijan dan Cherill superb, almost no mistake, suara sedap!
  • pakaian hebat, mana derang dapat pakaian ni? macam show pro.
  • hebat, boleh hantar untuk pertandingan kalau ada.
  • pelamin cantik walaupun simple.
  • Nyanyian nenek @ Iezreen walauwei.... ramai yang menitiskan air mata!
  • I like the food, the music, and the show - Mr Leo Chan
  • I'm very proud of u ALL - Pn Rosnah
  • Bagus sangat tapi tak puaslah... cepat sangatlah suatu adegan tu habis. :) - Pn Siti Normah.
  • Semua bab best, but bab 6 Perdana Menteri tu, I think is the best - Pn Hana
  • All cast and crew patut dibelanja makan - kata Encik Rosli
  • The cast vere very discipline - I said.

Saya akan update later bila ada dengar komen yang menarik.. :)

Bekerja di belakang tabir memang suatu pengalaman yang menarik. Walaupun saya bertugas sebagai Pengurus Pakaian, sempat juga jadi mekap artis pagi tadi. Walaupun pakaian banyak yang kena jaga dan nak mekapkan pun banyak, tapi kerja agak mudah kerana pelajar memberikan kerjasama dan sangat berdisiplin. Saya cukup terharu kerana bekerja dengan anda semua. Anda sungguh hebat! Kesian saya tengok askar-askar saya tu, ramai yang tertidur semasa menunggu konsert bermula. Maklumlah mereka telah tiba di hotel seawal pukul 6.00 pagi untuk bersiap. Heran jugak saya, dapat juga mereka tiba secepat itu. Saya yang tidur di hotel pun turun pukul 6.20 pagi!

Cabaran yang saya hadapi ialah apabila ada pelakon dan penari yang juga penerima hadiah. Mereka kena ambil hadiah pakai baju sekolah. Jadi selepas mereka siap ambil hadiah, terus sja tukar ke pakaian konsert. Pergh... berpeluh jugak memasing. Tetapi kerana mereka bertanggungjawab, semuanya berjalan dengan lancar, walaupun untuk Farah peranannya bertukar dengan cepat daripada orang kampung kepada penari Cikkaboong!

Suka juga saya nak kata bahawa guru-guru telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi pada saat-saat akhir ini. Maklumlah kebanyakan kami tak pernah lalui rehearsal bersama-sama. Ada yang dapat tugas last minute - misalnya Ida kena jaga lapel mic bantu Mr Liew. Pergh kecut perut dia, tapi dia telah melakukan yang terbaik. Mr Liew, u rock! haha. Tapi yang paling tenang pada masa itu ialah Jannah, ketua konsert. Tapi dalam tenang tu, asyik duduk belakang langsir jer .. mengintai! Tahniah Jannah, kita berjaya! Namun, kejayaan ini harus dikongsi bersama dengan krew pentas dan props. They did an excellant work. Good Job!

Perasaan kedua ialah sedih huhuhuhu :( Kali ini saya tak pegang pun camera saya dan tak ada sekeping gambarpun boleh diupload sekarang ini! Kenalah tunggu gambar daripada jurugambar profesional dan ahli-ahli kelab Fotografi...

Perasaan ketiga - gembira! ,,, hahaha.. hari ini selepas lebih kurang 15 tahun? saya berjumpa dengan bekas anak murid yang bernama Chia Kim Liang. Tak sangka sungguh. Dia datang ke Hari Anugerah menemankan jurugambar yang saya tempah untuk majlis ini. Haha tapi saya tak cam langsung dia. Yang cam ialah Pn Siti. Hebat betul memory Pn Siti ni!

Esok, saya akan berjumpa dengan lebih kurang 15 orang lagi ex-Sri KL di Sri Hartamas- teruja dan saspens...

Monday, July 13, 2009

Hari Anugerah Bestari 09

Hari Anugerah Bestari 09 akan diadakan pada 18 Julai 2009 di Dewan Utama Hotel Legend. Kalau dulu saya selalu menjadi jurufoto tetapi kali ini saya ditugaskan dalam AJK Konsert.Pergh... konsert beb!Tapi konsert ni bukanlah macam konsert Siti ke Mawi ker.Konsert kami kali ini bertemakan sejarah. Tajuknya 'Waris Malaya'- kisah Ah Seng yang terjebak dengan komunis dan pada masa yang sama menjalinkan percintaan dengan gadis Melayu yang bernama Melati.Akhirnya Ah Seng terselamat daripada cengkaman komunis dan kemudiannya Jepun apabila Jepun menyerah kalah. Ah Seng dan Melati berkahwin dan kini sudah tua dan menikmati kemerdekaan bersama-sama dengan anak-anak dan cucu-cicit saris Malaya.

Kepada pelajar-pelajar dan bekas pelajar-pelajar Sri Bestari, jom ramai-ramai kita meriahkan sambutan Hari Anugerah Bestari 2009. Sambil kita mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan kita yang berjaya dalam bidang akademik, dan kokurikulum, kita akan dihiburkan dengan konsert pasti gempaq ini. Yang menariknya dalam konsert ini ialah tarian Woyau, Asmara, Hooray hooray dan banyak lagilah. Suatu pertempuran askar Britsh dengan komunis juga menarik kerana dikareografkan seperti tarian. Ah Seng juga menyanyi secara duet dengan Melati. Nak tahu siapa yang jadi Ah Seng dan Melati? Datanglah ke Hari Anugerah dan saksikanlah.....

Dalam AJK Konsert ni, saya ditugaskan sebagai Pengurus Pakaian Artis. :) Setakat ini semua pakaian telah ada cuma ada beberapa perkara yang perlu dikemaskan.Misalnya topi askar/polis British perlu ditampal dengan bendera Union Jack. Sorrylah ada pembaharuan dalam pakaian polis British ni. Kalau dulu mereka pakai seluar pendek atas lutut, tapi saya modified jadi cam bermuda, panjang sikit. Oklah kan Aqeei, tutup aurat. ;))

Pagi esok (Isnin) [harini la tu, hehe] ada full dressrehearsal. Harap-harap pakaian yang saya sediakan itu akan menyerlahkan watak.

Friday, June 26, 2009

All the Best to Mursalina Irmanira

Hari ini Cik Mursalina Irmanira meninggalkan SSB kerana akan melanjutkan pelajaran ke UPSI untuk mendapatkan Diploma Pendidikan (DPLI). Selamat jalan Ira, semoga anda akan berjaya menjadi seorang guru yang berdedikasi dan dapat berbakti kepada negara dan agama. Walaupun perkenalan dengannya tidaklah lama, namun kehadiran Ira di SSB ini telah sebanyak sedikit meninggalkan kenangan manis.

Thursday, June 25, 2009

Bahasa Melayu SPM Kertas 1 Jun 2009

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]



Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan-sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu mangsa banjir. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.






Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

  1. Anda telah memohon biasiswa setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan dengan itu, anda perlu menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa tersebut. Jelaskan perkara-perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan anda berjaya dalam temu duga tersebut.
  2. Anda mengambil bahagian dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk yang anda pilih ialah 'Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan anak-anak.' tulis syarahan itu selengkapnya.
  3. Aktiviti sukan lasak seperti berkayak, berbasikal lasak, dan memanjat dinding semakin manarik minat masyarakat. Huraikan kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak.
  4. Malaysia masih mengimport bahan makanan dari segara luar sedangkan negara kita mempunyai kemampuan untuk menghasilkan bahan makanan bagi keperluan tempatan. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi keperluan negara.
  5. Negara kita kaya dengan seni dan budaya bangsa yang unik dan menarik seperti wayang kulit, tarian singa, tarian sumazau dan sebagainya. Usaha bagi memperomosikan seni dan budaya ini perlu ditingkatkan sebagai satu daripada produk pelancongan negara kita. Huraikan langkah-langkah bagi mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke luar negara.

KERTAS SOALAN TAMAT

Wednesday, June 24, 2009

I went to see Dr Maziah

This morning, I went to see Dr Maziah at Damansara Specialist Hospital.

Selepas pemeriksaan dan perbincangan dengan beliau, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pembedahan hingga akhir tahun nanti. (November kot) Insya-Allah sempatlah habis silibus kot.

Semalam perut sakit memulas-mulas. Kesakitannya hingga menitiskan air mata. Kebetulan, saya memang telah bercadang untuk berjumpa dengan Dr Maziah. Jadi pagi tadi saya berjumpa dengan beliau. Lega sungguh. Saya tak perlu menjalani pembedahan dengan tergesa-gesa. So, form 5 students, you all pun tak perlu risau.

Minggu depan saya akan berjumpa dengan beliau lagi. Insya-Allah saya akan pergi pada hari Khamis. Tak taulah kalau keputusan berubah pula minggu depan. Doakan yang terbaik untuk saya, ya. Terima kasih.

SPM Kertas Julai

BM (1) JULAI TAHUN 2009

Karangan bahan rangsangan:

Usaha-usaha membantu mangsa banjir
Isi karangan berdasarkan gambar yang diberi

Karangan Respons Terbuka :

S1- Persediaan untuk menghadapi temu duga untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA (Dimensi diri/ individu)

S2 - Syarahan bertajuk, "Keluarga bahagia penentu kecemerlangan akademik anak-anak"(Dimensi keluarga)

S3 - Kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak(Dimensi individu)

S4 - Cara-cara untuk meningkatkan keluaran bahan makanan negara.(Dimensi negara dan masyarakat)

S5 - Langkah-langkah mempromosi seni dan budaya Malaysia ke luar negara.(Dimensi antarabangsa/ serantau)

Catatan : Soalan lengkap akan disiarkan setelah peperiksaan tersebut tamat pada petang ini.

Mengikut analisis awal yang dibuat, tema yang masih belum disentuh secara langsung setakat peperiksaan BM Julai 2009 , antaranya termasuk :
1. Isu pendidikan negara
2. Pengangkutan awam
3. Pelaburan dan tabungan
4. Pelancongan
5. Memulihara bangunan bersejarah

Dipetik daripada blog cikgu Razak. Terima kasih cikgu.

http://galusbm.blogspot.com/2009/06/bm-1-julai-tahun-2009.html

Insya-Allah, saya akan buat ulasan apabila saya dah dapat soalan sebenar.- Cikguliz

Monday, June 22, 2009

My Birthday Party

18 Jun 2009.
Terima kasih 5Sc 1 yang membelikan kek untuk saya. Saya tak sangka anda akan membelikan kek dan menyambut hari ulang tahun kelahiran saya pada hari tersebut.




16 Jun 2009 - Hari ulang tahun kelahiran anak buah saya iaitu Aqilah manakala 19 Jun kakaknya pula iaitu Amani. Sebelum tu pada 8 Jun, Hari jadi adik saya Hana dan Hani. Jadi ibu bapa kepada Amani dan Aqila telah mengadakan jamuan pada 20 Jun yang lepas, hari Sabtu petang. Saya pun tumpang sekakilah. Begitu juga Hana dan Hani. Masing-masing membawa kek. Saya membawa kek lobak yang ditempah dengan kawan saya, Rosli. Banyak juga tetamu yang hadir termasuklah adik saya dari Johor dan Melaka. Meriah sungguh pada hari itu. Perjumpaan kami diakhiri dengan sukaneka ala kadar tapi menyeronokkan.

Wednesday, June 10, 2009

Terengganu Trip 4 - 7 Jun 09

4 Jun 2009

Subuh tadi baru balik ke rumah. Petang dah bergegas ke sekolah kerana Shamsul kata kami akan bertolak pada pukul 8.30 malam. dahlah tak ada transport, selepas urut tangan yang sakit ni, saya terus berkemas nak ke Terengganu pulak. Minta tolong adik ipar hantar ke komuter pastu tumpang rosli ke sekolah.Selepas itu pergi DG mall beli CF Card - RM80 for 2 gig card.

Bertolak ke Terengganu pukul 10.30 malam. Lewat dapat kereta. Sepanjang perjalanan tak boleh tidur pun. Nik buat lawak Australia. Pastu dia bawak laju, melambung-lambung beb!

Finally we reached Marang at 4.30 am. Kami bermalam di rumah persendirian milik orang berada. Bertuah sungguh dapat menginap di sini. Macam istana zaman silam. Siangnya, kami bersarapan di gerai tepi jalan, makan nasik kuning.
Lepas itu kami ke Kuala Terenggganu dan singgah di Pasar Payang.Kemudian singgah di pantai Kelulut.

Sampai di resort, makan buah-buahan dan kami swim sekejap. Lepastu terus pergi ke jeti Marang untuk mencandat sotong. Kami cukup bersemangat untuk mencandat. Nasib kami agak malang, cuaca kurang elok. Laut bergelora. Dahtu naik bot kecil. Memang mengerikan ketika di atas laut dan apabila bot dipukul ombak. Pada masa itu, rasa nak suruh balik saja. Apabila semua orang sudah terlentok kecuali Nik, akhirnya kami mengalah dan pulang ke darat kira-kira pukul 10.00 malam.

Nak sangat makan sotong, kami pun singgah di gerai Kelulut dan order pelbagai juadah. Ambik kau! Hari ketiga- Pagi-pagi mereka pergi ke pasar untuk membeli bekalan untuk bbq malam nanti. Sementara itu saya pergi jalan-jalan di luar, makan jagung dan ronda pantai. Terjumpalah orang membela ikan siakap dan sebagainya. Beli tiga ekor ikan untuk bbq malam nanti. Kemudian saya pergi swimming.

Agak-agak pukul 11.00 gitu, kami ke Terengganu, menunaikan jemputan Hana. Makan tengah hari di sana. The puddings was soooooo sedap! TQ Hana. Kemudian, kami ke Arfa Batik. Belilah beberapa helai kain batik sarung untuk emak. later singgah di kedai Kain jackel - hahaha dapat 3 pasang baju raya. Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Kristal.
Cantik sungguh masjid ini. Selepas itu, kami melawat monumen yang terletak berhampiran masjid kristal tersebut. Suatu pengalaman yang sungguh menarik. tiket masuk ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. di dalam, kami menyewa buggy dan bayar lagi RM10 seorang, tapi berbaloi. Kat Australia lagi mahal segala bayarannya. Enjoy the photos. Malam - bbq, mak oi, banyak sungguh makanan. Syukur alhamdulillah. 7 Jun 09- Sebelum berangkat pulang, kami pergi ke pasar dulu dan sempatlah saya membeli sotong, ketam dan ikan kembung untuk dibawa pulang. On the way ke KL, kami singgah di Kuantan untuk membeli sata dan epok-epok. Kami lunch di Mama Ros, tepi sungai Pahang I assumed. Jalan jem teruk di highway. Nik bawa kami masuk jalan mana tah. but finally we reached Sri Bestari at about 10.00 pm.

Overall, ini adalah lawatan yang sungguh menyeronokkan dan penuh warna-warni. Harap-harap lawatan dengan group super senior ni akan dapat diadakan setiap tahun.