Showing posts with label Birthdays. Show all posts
Showing posts with label Birthdays. Show all posts

Monday, June 22, 2009

My Birthday Party

18 Jun 2009.
Terima kasih 5Sc 1 yang membelikan kek untuk saya. Saya tak sangka anda akan membelikan kek dan menyambut hari ulang tahun kelahiran saya pada hari tersebut.




16 Jun 2009 - Hari ulang tahun kelahiran anak buah saya iaitu Aqilah manakala 19 Jun kakaknya pula iaitu Amani. Sebelum tu pada 8 Jun, Hari jadi adik saya Hana dan Hani. Jadi ibu bapa kepada Amani dan Aqila telah mengadakan jamuan pada 20 Jun yang lepas, hari Sabtu petang. Saya pun tumpang sekakilah. Begitu juga Hana dan Hani. Masing-masing membawa kek. Saya membawa kek lobak yang ditempah dengan kawan saya, Rosli. Banyak juga tetamu yang hadir termasuklah adik saya dari Johor dan Melaka. Meriah sungguh pada hari itu. Perjumpaan kami diakhiri dengan sukaneka ala kadar tapi menyeronokkan.

Tuesday, August 19, 2008

Happy Birthday Abang Lang







Abang Lang - adik wa sebenarnya. Tak pernah celebrate birthday ramai-ramai adik-beradik. Kebetulan balik ke kampung pada 17 Ogos, Salmah my sister belikan kek yang comel dan nyanyilah reramai. happy birthday, semoga hidup diberkati Allah SWT. Moga-moga dimurahkan rezeki dan cepat dapat menunaikan fardu haji di Makkah. Amin.

Hari Sabtu emak pergi ke Perak, zillah kahwin kali kedua. Khabarnya meriah sungguh kenduri itu. Dulu Niah kahwin (adik Zillah) wa tak pergi,kini Zillah kawin pun wa tak pergi. Tak ada rezeki nampaknya. Tapi wa sempat juga merasa masak merah daging kerbau. Emak bawakkan buah tangan pengantin; bunga telur, kuih-muih dan tuala kecik. Terima kasih.

Makji Rakyah masuk ke hospital Sabak Bernam. Petang Sabtu, sempat jugalah wa membawa ayah wa menziarahi kakaknya di hospital tersebut. Semoga makji cepat sembuh dan balik ke rumah. Di hospital, wa jumpalah sedara-mara yang turut menziarahi makji seperti Normah, latipah, dan siapa ya yang duduk kat Geduma tu? Lupalak namanya.
Wa juga berkesempatan menyalin beberapa resepi seperti tapai, kuih loyang, kuih cara, dan ayam masak merah. Bila wa dah buat nanti, wa post gambarnya di sini. Tak tahulah bila... puasa dah dekatni...









Wednesday, August 6, 2008

Happy Birthday to You....



Hari ini sungguh memenatkan. Selepas sahaja makan pagi... wa terus bekerja tanpa henti... pagi kemas kelas, meet encik Azri to plan a class on photography this holiday, preparing relief teachers... ramai yang tak ada hari ini. but worst, ada guru yang mengamuk tak nak buat relief kerana kononnya ada guru yang ada 3 periods tapi tak dapat relief.But i think i know cikgutu tujukan kat siapa, but i think dia pun tak wajarlah berbuat begitu, marah-marah dan returned the slip. But somehow the teacher yang dia marah-marah tu patut sedar juga kenapa dia dimarah, and do something about it. Wa tak suker lah, kerja dalam suasana yang tegang... wa suker kerja happy-happy, buat tempat kerja macam rumah sendiri... after all almost one full day duk kat sekolah... like today, wa buat kerja yang orang tak suruh, but because i like it, i don't mind doing it walaupun kerjatu remeh dan mengambil masa. Wa siapkan carta organisasi sekolah menengah.Seronok bila dah siap. petang wa pergi IKEA beli frame gambar. habis dekat 400 hengget. Mana wa nak claim duit ni ya? Tadi Siti Normah dah marah, sebab wabelanja dulu baru nak claim.Patutnya wa minta duit dulu ikut bajet, tapi wa ni tak rajin tulis memo mintak duit, camner...so gunalah duit sendiri dulu baru claim. Lepastu wa pergi Jaya Jusco, wa beli photo paper and DVD rw. Pastu baru beli hadiah birthday Normah...heheheh sorylah lambat.

Saturday, sekolah wa buat Open Day... a promosi to sell our sevice. Datanglah reramai ke sekolah wa. Oleh hal yang demikian, kami guru dan staf semuanya sibuk. Wa seperti biasa ditugaskan untukmengambil gambar. Azrul dan Kishore akan tolong wa untuk ambil video. Ahli kelab fotografi akan ambil gambar-gambar. wa, hehehe ronda sini sana....

Tomorrow and the day after,is our final preparation. Wa harap galeri wa akan siap esok. Wa plan to stay sampai malam. harap kaki wa tak lenguh macam hari ini.