Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Jom buat nasi goreng

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Nasi yang sudah dileraikan.

Cili kisar secukupnya - lebih kurang dua sudu besar untuk satu pot beras

Ikan bilis sejemput. Jangan banyak sangat tak baik- banyak asid urik.

Kubis dihiris nipis

Sayur campur.

Bawang putih 2 ulas, bawang besar satu labu yang sederhana dan hirisan cili api (kalau suka pedas). Garam dan perisa secukup rasa.

 Cara-caranya ialah:

Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak hingga garing

Ke tepikan bilis yang sudah garing dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak /masak

Masukkan garam dan perisa secukup rasa

Masukkan nasi dan gaulkan

Masukkan sayur-sayuran dan gaulkan rata

Kacau sehingga masak atau sayur kubis kelihatan layu.

Hiaskan dengan tomato atau timun. Sedia untuk dimakan.

Tuesday, November 18, 2008

Dinner tonight

Khas untuk tatapan Lamba @Kamarul- inilah yang dikatakan lettuce butterhead.
My dinner tonight

I'm having my dinner at 11 pm. i cooked my self.

Resepi
Sayur-sayuran pilihan
sotong 200g
halia muda agak-agak 2 ibu jari
bawang putih 3 ulas
bawang merah seulas
cili api 11 biji
garam secukup rasa
gula sesudu kecil
minyak untuk menumis

Cara-caranya
  • tumbuk cili api hingga lumat sedikit, tubuk bawang putih dan akhir sekali tumbukkan bawang merah. Petua: masukkan garam bersama cili api semasa menumbuk untuk mengelakkan cili masuk ke mata dan jika termasuk, akan mengurangkan kepedihan.
  • sotong yang sudah dibersihkan dibubuh garam dan kunyit. Halia dipotong nipis. Gorengkan kedua-dua bahan ini di dalam kuali yang telah dibubh minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk. Kacau dan tunggu sebentar. Jangan lupa masukkan gula sebagai penyedap.
  • Masukkan semua sayur-sayuran dan kacau. Jangan sampai sayur layu. Agak-agak layu cukup. Tutup api, sedia untuk dimakan. yummy yummy....

Cadangan sayur:

Bunga kubis, brokoli, karot, tomato, leek dan sebagainya.

Hari ini saya gunakan sayur kubis beijing, lobak merah, tomato ceri, kacang sepat, haha itu je.

Dah kenyang, boleh mula kerja.




Thursday, October 23, 2008

Chef for the day


Haha... seronok juga jadi chef sekejap. The form three students Post Exam Activities - wa and the gang buat cooking demonstration. Wa incaj of cake and biskut. Wa buat demo biskut cornflakes dan tart gulung and butter cake. Wa buat sekali and then the student will do sekali.


Mula-mula wa tunjuk camner nak buat kek bodo - a very simple butter cake. Kerna kelengkapan yang kurang, (Awatlah oven sekolah ni kecik sangat, dulang-dulang yang saya bawa semua besar-besar, tak muat.... sib baik ada satu dulang kek yang kecil dan tudung periuk untuk bakar biskut. Can i complain to the school or not?) wa modified recipe, kecilkan sukatan.

The recipe:

150 g butter
150 g castor sugar
150g self-raising flour
3 eggs.
Vanilla essence 1/2 teaspoon.

Cara-caranya:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang. (color dah tukar putih)
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila.
4. Tepung yang sudah diayak diadun bersama sehingga rata.
5. Masukkan ke dalam dulang pembakar yang sudah disapu mentega dan bakar dengan kepanasan 180-200 darjah Celsius selama kira-kira 45 minit.

Biskut Cornflakes

1/2 kampit konflakes (kotak kecil) diramas.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula castor
seketul mentega 250g
potongan ceri untuk hiasan.


Cara-caranya:
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung dan cornflakes. Adun hingga rata. Sudukan ke dalam cawan kertas. Hias dengan ceri merah. Bakar dengan kepanasan 180 - 200 selama lebih kurang 20-25 minit. Senang kan?
Tart Nanas Gulung.

Jem nanas yang redimed cap Nona
Margerin atau mentega secukupnya.
tepung gandum secukupnya.
telur kuning secukupnya.


Cara-caranya. (Senang jer)
Katakanlah sebuku mentega. Mentega yang lembut ini digaulkan dengan tepung yang sudah diayak kira-kira 2 cawan, pastu adun rata tapi kalau masik melekit kat tangan, tambah lagi tepung. hati-hati jangan terover pulak. setelah rata, ambil sedikit dan masukkan ke dalam acuan dan tekan. kalau smooth jer oklah, kalau pecah-pecah maknanya adunannyer keras. so campurkan sedikit butter supaya adunan lembut. Letakkan inti( jem yang diketul-keulkan) dan gulung secukup gulungan.

Ambik kuning telur campurkan dengan sedikit pewarna kuning kalau ada. Sapukan kuning telur di atas gulungan tart. Bakar cam biasa.

Sibuk masak, gambar yang cantik tak terambil.

Asyik betul student wa, memerhatikan cara-cara membuat tart gulung.

Kek, cup cake (lebihan kek butter) dan tart gulung. Semua ni yang student buat, yang wa demo dah habis tak sempat ambil gambar.


Kelakar pulak bila tengok gambar semasa buat preparation. masyaAllah, berterabur.... tak organize betul. Next time, wa akan buat dengan lebih kemas dan teratur.



Wednesday, July 9, 2008

Tanggungjawab yang perlu digalas

Akhirnya, semalam 8 Julai 2008, Pn Pengetua telah mengumumkan pengganti Mr C (Penolong Pengetua) yang telah meninggalkan kami. Agak mengejutkan juga pengumuman tersebut kerana berbeza daripada yang wa ketahui pada peringkat asal. Tapi keputusan itulah yang terbaik untuk semua buat masa ini. wa sangat gembira. Actually, kawan wa yang wa ceritakan itu, telah dilantik menjadi Pemangku Penolong Pengetua bahagian menengah. Pada mulanya dia ditawarkan untuk menjadi Penolong Pengetua di bahagian rendah. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, beliau dipinjamkan dahulu di sekolah menengah sehingga akhir tahun. Pen. pengetua di sekolah rendah pula akan dinaikkan pangkat menjadi pen. pengetua sekolah menengah tahun depan.

Walaupun wa gembira dengan perlantikan beliau, tapi wa sedih juga akan kehilangannya. Kami telah bekerja bersama lebih 15 tahun. Bermula di Institut Sri Teratai, kemudian di Sri KL dan kemudian di sini, hubungan kami begitu akrab sekali. Dan dia akan dipindahkan ke bahagian rendah. Wa akan kehilangan rakan sekerja yang hebat, berdedikasi dan amat sayang akan sekolah ini. Wa kehilangan guru Bahasa Melayu yang tiada tandingannya. Siapakah yang akan ambil alih kelas 4Sc1? sedangkan Panitia Bahasa Melayu sekarang menghadapi krisis guru yang besar. Sekarang kawan wa pula hendak pergi?


Wa benar-benar sedih. Apa akan terjadi dengan Panitia Bahasa Melayu? Semua ini bermula pada akhir tahun lepas apabila 2 orang guru BM berhenti dan bekerja di sekolah kerajaan. Tahun ini kami mendapat penggantinya. Tetapi kami tak ada pengganti yang strong. Wa perlukan guru yang boleh mengajar upper form. Tapi setakat ini wa hanya ada 3 orang guru sahaja untuk mengajar 6 kelas. Pulak tu seorang lagi akan meninggalkan kami. Pun nak join government school. Tahun ini memang betul-betul mencabar wa sebagai Ketua Panitia. Keputusan BM pulak tidak menggalakkan langsung. Tingkatan satulah yang paling teruk. Tingkatan 3? Adussssss. huhuhuuhu. Tingkatan 5 adalah sedikit harapan. Harap-harap banyak yang akan dapat A dalam Bahasa Melayu. Pls guys, u have to work hard, very very hard to achieve A for ur BM. For ur own good. Wah! Wa speaking London pulak.


Inilah antara pelajar harapan wa. Wa harap mereka ini akan mendapat A untuk semua matapelajaran. Mereka ini pelajar yang pintar dan amat menghormati guru. Itulah yang pentingnya. Mengajar mereka pun happy.
Hari ini wa tak puasa, so tengok-tengok gambar makanan ini oklah. Hmmmm dah lama tak masak. Adakah hari ini wa akan memasak?

Resepi sempoi Sup Ikan.

2 ketul ikan (ikan merah ker ikutlah ikan apa yang disukai), seketul kepala dan seketul lagi ekorlah. harharhar. Bersihkan dan tos.
Lobak merah dipontong sesuka hati.
Daun sup secukupnyer.
Tomato sebiji dipotong 4.
asam keping sekeping.

2 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih juga dimayang
seinci halia diiris halus.
garam dan ajinomoto secukup rasa
nak tambah cube ayam ker, ikan ker pun boleh.

Cara membuatnya:

Tumiskan bebawang dan halia dalam periuk dengan sedikit minyak. Masukkan ikan dan air secukupnya. Tambah garam dan perisa. masukkan asam dan tomato dan karot. Masukkan daun sup dan daun bawang. Ready to eat.


Hari ini wa begitu sibuk. hari Rabu, time-table wa padat sekali. Nak pegang camera pun tak sempat.