Wednesday, November 18, 2009
Selamat Menduduki SPM 2009
Bagi pelajar-pelajar Perdagangan, walaupun kertas ini yang terakhir, saya harap anda akan mencuba sebaik-baik mungkin. Harap tak ada sesiapapun yang gagal. Pada tafsiran saya, ada beberapa orang aakan mendapat A. Kita berdoa ya?
OK, Semoga berjaya dan jumpa lagi di alam siber.
Thursday, June 25, 2009
Bahasa Melayu SPM Kertas 1 Jun 2009
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan-sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu mangsa banjir. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
- Anda telah memohon biasiswa setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan dengan itu, anda perlu menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa tersebut. Jelaskan perkara-perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan anda berjaya dalam temu duga tersebut.
- Anda mengambil bahagian dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk yang anda pilih ialah 'Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan anak-anak.' tulis syarahan itu selengkapnya.
- Aktiviti sukan lasak seperti berkayak, berbasikal lasak, dan memanjat dinding semakin manarik minat masyarakat. Huraikan kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak.
- Malaysia masih mengimport bahan makanan dari segara luar sedangkan negara kita mempunyai kemampuan untuk menghasilkan bahan makanan bagi keperluan tempatan. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi keperluan negara.
- Negara kita kaya dengan seni dan budaya bangsa yang unik dan menarik seperti wayang kulit, tarian singa, tarian sumazau dan sebagainya. Usaha bagi memperomosikan seni dan budaya ini perlu ditingkatkan sebagai satu daripada produk pelancongan negara kita. Huraikan langkah-langkah bagi mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke luar negara.
KERTAS SOALAN TAMAT
Wednesday, June 24, 2009
SPM Kertas Julai
Karangan bahan rangsangan:
Usaha-usaha membantu mangsa banjir
Isi karangan berdasarkan gambar yang diberi
Karangan Respons Terbuka :
S1- Persediaan untuk menghadapi temu duga untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA (Dimensi diri/ individu)
S2 - Syarahan bertajuk, "Keluarga bahagia penentu kecemerlangan akademik anak-anak"(Dimensi keluarga)
S3 - Kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak(Dimensi individu)
S4 - Cara-cara untuk meningkatkan keluaran bahan makanan negara.(Dimensi negara dan masyarakat)
S5 - Langkah-langkah mempromosi seni dan budaya Malaysia ke luar negara.(Dimensi antarabangsa/ serantau)
Catatan : Soalan lengkap akan disiarkan setelah peperiksaan tersebut tamat pada petang ini.
Mengikut analisis awal yang dibuat, tema yang masih belum disentuh secara langsung setakat peperiksaan BM Julai 2009 , antaranya termasuk :
1. Isu pendidikan negara
2. Pengangkutan awam
3. Pelaburan dan tabungan
4. Pelancongan
5. Memulihara bangunan bersejarah
Dipetik daripada blog cikgu Razak. Terima kasih cikgu.
http://galusbm.blogspot.com/2009/06/bm-1-julai-tahun-2009.html
Insya-Allah, saya akan buat ulasan apabila saya dah dapat soalan sebenar.- Cikguliz
Friday, May 8, 2009
ULBS
Oleh sebab peperiksaan pertengahan tahun akan berlangsung pada 14 Mei 2009, maka penyelarasan pertama akan dilakukan sebelum itu, mungkin pada hari Khamis depan pada sebelah pagi. Harap-harap para pelajar yang terpilih akan bersedia dengan sebaik mungkin supaya tiada pertukaran markah akan berlaku.
Thursday, March 12, 2009
Syukur Alhamdulillah
Hari ini saya gembira dan saya cukup berbangga.Saya gembira kerana anak-anak murid saya telah berjaya dalam SPM mereka dan lebih-lebih lagi mereka telah berjaya dalam Bahasa Melayu mereka. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar saya kerana berkat usaha anda selama ini, sekarang anda mengecapi kejayaan yang manis. Walaupun ada antara anda yang tidak mendapat A yang banyak, namun anda telah melakukan yang terbaik dan bersyukurlah dengan keputusan yang anda peroleh itu. Sesungguhnya kejayaan mahupun kegagalan adalah ujian kepada kita dalam kehidupan ini agar dapat dijadikan pedoman untuk menjadi lebih baik dan terus berjaya pada masa-masa yang akan datang.
Anak-anak sekalian, janganlah anda leka dengan kejayaan pada hari ini, namun berusahalah dengan lebih gigih lagi untuk kejayaan yang akan datang.
Sudahkah anda mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa anda, guru-guru anda, rakan-rakan anda atas kejayaan anda ini? Sudahkah anda mengucapkan syukur kepada Tuhan yang memberikan nikmat ini kepada anda?
Di sini, saya ingin mengimbas kembali komen saya tentang calon A untuk BM dari kelas 5Sc1. http://cikguliz.blogspot.com/2008/11/spm.html
Daripada 18 orang yang saya sasarkan, saya tersasar 3 orang dan sebaliknya Chung Wye mendapat 2A. Tahniah, Chung Wye. Anda hebat! Vinodh, Justin dan Danial masing-masing mendapat 3B manakala 15 yang lain mendapat A. Daripada 15 ini, 12 mendapat 1A. Tahniah!
Fadzreen, I know you can get A and I'm very proud of you. Menakjubkan. 7 A! Tahniah juga kepada anak saya yang selalu bergaduh dengan saya, Lim Seng Rong yang mendapat 1A. Wa caya lu! Wakakaka. Anda tidak menghampakan saya.
Keputusan SPM 2008 Sekolah Sri Bestari
- Stephanie Yeow 11 1A
- Lim Tzu Yu 10 1A, 1 2A
- Charlotte Tong 10 1A
- Janine How 9 1A, 1 2A
- Lim Pey Tsyr 9 1A, 1 2A
- Adri Khalis 8 1A, 2 2A
- Chee lai Quen 6 1A, 3 2A
TAHNIAH SEKALI LAGI!!!!!!
Tuesday, November 11, 2008
Kertas 2 BM SPM 08
3 soalan dalam trial exam masuk spm.
1. Puteri Gunung Ledang
2. Di sisi Rinda
3. Analisis Ayat
Ulasan
Soalan Rumusan - faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas.
Topik ini dan isi-isi tersirat telah dibincangkan dalam kelas. Saya berharap tiada masalah untuk mereka menjawab.
Soalan pemahaman umum pun ok, mampu dijawab oleh pelajar.
Petikan cerpen - ok
Petikan prosa Klasik - mungkin makna rangkai kata tu agak sukar untuk dijawab bagi sesetengah pelajar
Pantun - sepatutnya tidak susah.
Pengetahuan dan kemahiran bahasa
(a) dah lama tak ada soalan begini dengan memberikan kata majmuk dan rangkai kata 3 perkataan - ini rasanya tak pernah lagi tetapi perkataan-perkataannya telah biasa didengar dan digunakan kecuali 'pembangunan mesra alam' yang mungkin agak sukar.
(b) Baru sebentar tadi saya berbincang dengan pelajar tentang pola ayat. Saya tak pasti pelajar-pelajar dapat menjawab soalan ini dengan baik walaupun semasa trial kami keluarkan jenis ini. Harap-harap oklah.
(c) Wah, bentuk baru... kali ini tiada 1,2, dan tiga tetapi dalam perenggan. Tetapi soalan agak jelas, jadi cari sajalah 3 kesalah ejaan dan 3 kesalahan imbuhan. Kesalahan pun agak senang untuk dikenal pasti. kemungkinan salah 2 adalah biasa.
(d) kali ini pelajar tak perlu menyalin ayat semula. Eloklah, jimat masa. Saya masih mengatakan bahawa soalan ini dalam kategori senang ke sederhana.
(e) Peribahasanya agak senang, namun saya khuatir bahawa pelajar-pelajar saya tidak dapat mengaitkan makna peribahasa dalam ayat tersebut.
Novel
Nasib baik masih ada 2 buah novel. keburukannya pula ada soalan perbandingan. Namun, para pelajar telah bersedia untuk soalan perbandingan, jadi saya harap oklah. Cuma untuk bahagian a agak ralat sikit kerana saya hanya ada bincangkan tentang bahagian peleraian tidak bahagian permulaan. Tetapi bagi pelajar yang kreatif, tentu mereka dapat membuat perkaitan.
Kesimpulannya:
Kesemua soalan adalah mesra calon. Hampir kesemua soalan boleh dijawab, tidak ada soalan yang membuatkan pelajar termenung tiada ilham dan keseluruhannya agak senang. Tapi boleh dijawab tak semestinya betul. Sekurang-kurangnya pelajar berjaya menjawab soalan. Berdoa sajalah agar jawaban itu betul dan anda mendapat markah yang sepatutnya.
[Analisis ini berdasarkan kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajar di sekolah saya, mungkin tidak sama di sekolah lain]
Adakah harapan untuk 100% lulus? Entahlah.... ada 2 atau 3 orang yang agak kritikal. Juga bergantung pada penandaan nanti. Berdoa sajalah.
Kepada yang tak rajin datang ke sekolah selepas peperiksaan percubaan tu agak rugi kerana banyak perbincangan yang dilakukan pada saat-saat akhir membantu.
Lega sebentar tetapi satu kertas lagi menyusul. Kertas pertama (BM) dan kertas terakhir (Perdagangan - 3 Disember 2008)
Monday, November 10, 2008
Pemahaman Komsas
Serius Sikit ni....
Pemahaman Komsas - 26 markah [35 - 9 daripada Pemahaman Umum]
Walaupun markahnya 26 sahaja dengan 8 -9 soalan daripada 3 bahagian, namun kalau anda peka dan tahu teknik untuk mendapatkan markah atau menjaga markah supaya tidak diambil @dipotong @didenda oleh pemeriksa, senang-senang sahaja anda akan mendapat markah penuh. Tak percaya? Ikut nasihat ini:
- Baca soalan dan jawab berdasarkan kehendak soalan. [mungkin anda akan kata, memanglah... tapi ketahuilah murid-murid sekalian, banyak pelajar yang tersilap kerana tidak menjawab soalan yang ditanyakan.]
- Jangan pula tak jawab soalan dan dibiarkan kosong. Sah 0 markah; dapat juga markah kan? Tapi kosonglah.
- Apabila menjawab soalan, pastikan anda menjawab soalan itu dengan lengkap. Tatabahasa mesti betul. Ejaan dan tanda baca mesti betul. Jangan nak cepat, tulis tu main tarik saja, sampai n jadi u dan sebagainya. Jangan pula buat ejaan seperti yang biasa dalam dunia siber atau sms. Nahas tu! [Nampak remeh kan? Tapi perkara ini semua sangat penting. Kadang-kadang kerana kelalaian kita, percuma saja kita buang markah yang amat berharga]
- Soalan 1 biasanya akan bertanya tentang makna kata atau frasa atau maksud perenggan. Bagi makna kata atau frasa, berikan kata sinonim yang lain. Bagi puisi moden atau tradisional - apabila anda menjawab, sila gunakan bahasa prosa moden. Gunakan ayat anda sendiri. Jangan cedok bulat-bulat ayat pantun, seloka atau sajak itu. Berikan maksud mengikut pemahaman anda (sebagaimana yang anda telah pelajari). Begitu juga dengan prosa tradisional. Guna ayat sediri iaitu bahasa moden. (jangan pula guna bahasa sms - parah)
- Soalan kedua biasanya soalan kbkk. Jawaban bagi soalan ini hendaklah daripada calon sendiri @ pendapat calon. Sekiranya calon menuliskan isi-isi atau perkara-perkara yang yang ada dalam petikan, markah 0 akan diberikan. [tak jawab soalan- anda didenda]. Namun demikian, jawaban bagi soalan ini hendaklah berkaitan dengan topik, jangan suka-suka hati nak beri pendapat sendiri tetapi tak ada kaitan.
- Sekiranya soalan yang ditanyakan itu wajar atau tidak, anda harus bijak. Walaupun anda boleh memilih sama ada wajar atau tidak, tetapi anda haruslah bijak memilih yang mana lebih baik, yang sepatutnya, dan yang mudah untuk ditanda oleh pemeriksa atau yang pemeriksa selesa. (ini pendapat saya sahaja)
- Pastikan anda memberikan pendapat yang dihuraikan. Kalau boleh berikan beberapa pendapat. Tulis lebih tak apa asal tatabahasa terpelihara. Saya selalu bercakap kepada pelajar-pelajar saya bahawa kalau seseorang itu mahu mandapat A dalam BM, dia hendaklah rajin menulis, menulis dan menulis. Jangan lupa, serlahkan kematangan anda dalam huraian pendapat anda itu.
- Soalan ketiga biasanya berkaitan dengan unsur komsas. Dalam prosa tradisional, jarang ada soalan aspek komsas. Tahun ini tak tahulah.
- Aspek Komsas yang biasa ditanyakan ialah tema, persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan sebagainya sebagaimana yang anda telah pelajari. Kadang-kadang ada soalan begini:
- Jelaskan 2 nilai berdasarkan petikan dan dua nilai berdasarkan keseluruhan cerpen. Bagaimana nak jawab? Dua nilai daripada petikan ialah nilai kasih sayang dan tabah. Mama Zel amat menyayagi Zel dan memberikan hadiah sebuah komputer bersempena hari lahirnya. Mama Zel tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup sebagai ibu tunggal yang perlu mencari sara hidup sendiri manakala dua nilai daripada keseluruhan cerpen pula ialah nilai tekun dan nilai yakin diri. (kemudian berikan contoh kedua-dua nilai tersebut).
- Nampak macam panjang kan? Tapi tak apa, lebih baik bagi lebih daripada beri kurang. Objektif kita ialah untuk mendapatkan markah yang diperuntukkan itu.
- Jangan keliru antara nilai dan persolan kerana kadang-kadang ada nilai yang juga merupakan persoalan. yang pentingnya bagaimana anda menuliskan nilai itu sebagai persoalan. Contoh: kasih sayang ialah nilai, bagaimanakah kasih sayang menjadi persoalan? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan perkataan persoalan di hadapan kasih sayang >>> persoalan kasih sayang atau tambahkan perkataan lain contoh antara keluarga. Persoalan kasih sayang antara ibu dan anak dsb. Yang pentingnya, apabila anda menjawab soalan persoalan, jangan sesekali samakan persoalan dengan nilai kerana pemeriksa akan keliru untuk memberikan anda markah. Jangan kelirukan pemeriksa.
- Apa lagi ya? Oh ya, jangan seronok sangat menulis hingga anda mengabaikan masa. Rancang masa anda dengan baik dan jawab semua soalan. Saya doakan anda semua akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM khususnya dalam BM. Malam ini tidurlah dengan lena selepas berdoa semoga kerja keras anda selama ini akan membuahkan hasil yang cemerlang. Esok, bangun dengan segar dan penuh semangat dan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak anda.
- Last but not least, happy birthday J9, semoga esok anda akan mendapat hadiah terbaik sempena hari jadi anda pada 11/11. ;)
Wednesday, November 5, 2008
Soalan Ramalan?
Jadi, bacalah apa yang saya tuliskan ini dengan teliti dan ambil tindakan. Forwardkan kepada kawan-kawan.
Tatabahasa
- Penandaan untuk tahun ini mungkin agak strict. Ambil perhatian terhadap tatabahasa. Bagi soalan pemahaman, jawapan anda mesti gramatis. Walaupun isi cukup tetapi jika tidak gramatis, mungkin markah 0 diberikan.
- Bagi soalan makna frasa, pastikan jawapan anda betul bagi kedua-dua perkataan. kalau soalan itu 2 perkataan. kalau tiga perkataan , maka ketiga-tiga makna mesti betul bagi ketiga-tiga perkataan. Kalau betul salah satu, markah tetap 0. Jadi, hati-hati semasa menjawab soalan.
Karangan A - Bahan Rangsangan
- Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.
- Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180.
- 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Rujuk Karangan Respons Terbuka.
- Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.
- Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.
- Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.
Rumusan
- Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.
- Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.
- Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.
- Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.
- Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.
- Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).
- Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).
- Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.
- Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.
Kajian Novel
- Jangan ambil mudah. Jawaban anda hendaklah tepat. Jangan bagi jawaban yang umum. Contoh latar tempat. Anda menulis stesen minyak. Tapi stesen minyak yang mana? Dalam sesebuah novel, tempat-tempat yang dipilih mempunyai sebab-sebab tertentu. Jadi sila jelaskan tempat itu yang mana secara spesifik. Sebutkan stesen Minyak Shell Jalan Setapak, baru betul dan satu markah diberikan. Sekiranya fakta salah, huraian tidak akan diberikan markah walaupun huraian betul.
- Setiap huraian bagi fakta yang disertakan mesti menyebutkan peristiwa dengan jelas dengan menyebutkan nama watak dalam novel tersebut.
- Berikan penekanan dalam tema, persoalan, plot dan teknik plot, latar dan nilai dan pengajaran. Aspek gaya bahasa dan sudut pandangan mungkin tak keluar kerana aspek itu agak dalam dan hanya sesuai untuk pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu. Beri perhatian khusus dalam teknik plot, nilai-nilai kemanusiaan dan persamaan watak.
- Bersedia jika keluar satu novel sahaja kerana dalam PMR hanya keluar panas Salju. Manalah tahu hanya keluar dari Novel Bukit Kepong sahaja...
- Yang pentingnya jawaban anda mesti memperlihatkan kematangan dan penghayatan calon terhadap novel tersebut.
Karangan Respons Terbuka 100 markah
Dapatkan markah yang paling banyak di sini. Jawab soalan ini dahulu walau susah mana soalan tersebut. Buat rangka dan rancang perenggan anda. markah 100, jangan sia-siakan.- Berikan fokus terhadap keracunan makanan, isu kenaikan harga barang, masalah sosial dalam kalangan remaja dan soalan-soalan dalam trial exam.
- Ingat, sekurang-kurangnya mesti 7 perenggan dengan 5 isi. Setiap isi mesti ada sekurang-kurangnya 80 patah kata. Jumlah 400 patah kata. 70 untuk pendahuluan dan 70 untuk penutup, maka keseluruhan karangan anda akan ada 54o patah kata. Cukup untuk mendapat 1A dengan andaian yang lain-lain cemerlang. kalau tulis kurang daripada 400, sukar untuk dapat markah tinggi.
- Kenapa? Senang sahaja, tentu isi karangan tidak dapat dihuraikan dengan mantap. Apabila isi tidak mantap, maka markah akan berkurang.
- Ingat peraturan menulis perenggan. Ini sangat penting. Pengurusan perenggan yang baik akan meningkatkan impression pemeriksa.
- Pastikan ayat topik sangat jelas. Misalnya kalau soalan itu mahukan anda menuliskan usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan, maka ayat topiknya hendaklah jelas iaitu antaranya -- Salah satu usaha untuk mengatasi masalah keracunan makanan adalah dengan memastikan semua peralatan masak dan dapur dalam keadaan yang bersih. (Ini ayat topik) maksud ayat topik ialah ayat yang menerangkan topik perbincngan dalam perenggan itu. Dan ayat topik ini mestilah jelas menjurus jawaban soalan tersebut.
- Lepas ayat tersebut barulah huraikan ayat topik. (Ayat huraian) Dalam huraian, anda hendaklah menjelaskan bagaimana untuk memastikan semua peralatan masak dan dapur itu sentiasa dalam keadaan bersih. Contohnya: Semua periuk belanga dan peralatan lain hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan pencuci yang selamat. Air yang digunakan hendaklah air yang bersih dan bukan air yang telah digunakan berulang kali sebagaimana yang dapat dilihat di sesetengah premis perniagaan yang menakung air untuk membersihkan peralatan dapur mereka. Dapur juga hendaklah sentiasa disapu dan dikemaskan. Segala barang yang lama dan tidak diperlukan hendaklah dibuang. Begitu juga sampah dan bahan buangan yang lain hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang bertutup agar tidak dihurungi lalat. Dapur hendaklah bebas daripada lalat, lipas, tikus dan sebarang haiwan yang dapat membawa penyakit.
- panjang tak? cuba kira berapa jumlah perkataan tersebut? Ini belum habis lagi. Anda hendaklah menutup perenggan anda dengan ayat penyimpul. Ayat penyimpul merupakan kesimpulan isi untuk perenggan itu sahaja. Gunakan kata-kata seperti Jelaslah, oleh itu, Sebab itulah, Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya, dan banyak lagilah... Ayat penyimpul akan menegaskan ayat topik. Pemeriksa akan berasa puas dengan isi yang disampaikan kerana mantap, lengkap, menjawab soalan dan terurus. Dalam ayat penyimpul, bolehlah dimasukkan peribahasa yang sesuai kalau ada.
- Contoh: Jelaslah bahawa peralatan masak dan dapur yang bersih amat penting untuk menghindarkan keracunan makanan daripada berlaku. Oang kata, lebih baik mencegah daripada mengubati. (Baca yang bercetak kuning berterusan. ini adalah satu perenggan.)
- Ingat! Satu isi satu perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan isi. Jangan ada isi dalam pendahuluan atau penutup. Masalah berat ni kalau ada yang buat macam itu.
Bagaimana dengan Soalan Pemahaman Komsas? Tungguuuuuuuuu... nak balik, dah pukul 7.06 minit. Saya masih di sekolah, penatlah, nanti malam sambung. Wait... nak ucap tahniah kepada OBAMA - the first black to be the President of America.....!!!!!