Showing posts with label School Activities. Show all posts
Showing posts with label School Activities. Show all posts

Saturday, July 18, 2009

Hari Anugerah Bestari - Waris Malaya

Perasaan hari ini ditutup bercampur-campur. hahha... perasaan yang pertama tentulah puas, puas kerana konsert dah selesai dan banyak mendapat pujian daripada penonton. Perjalanan Hari Anugerah secara keseluruhannya baik dan lancar. Kalaupun ada kesilapan, kesilapan itu agak kecil dan orang tak perasaan pun. antara komen menarik yang saya dengar.
  • superb, awesome!
  • antara satu adegan dengan adegan yang lain tidak lambat tetapi lancar.
  • tidak ada suatu bahagian yang paling best; semua best!
  • Bukan saja tarian Wayau best, cikaboong pun best.
  • pelakon dan penari natural, walaupun watak mereka kecil, mereka melakukannya dengan natural sekali.
  • Banyak yang tergoda dengan Danial, kegatalannya terserlah... watak hidup!
  • nyanyian Tijan dan Cherill superb, almost no mistake, suara sedap!
  • pakaian hebat, mana derang dapat pakaian ni? macam show pro.
  • hebat, boleh hantar untuk pertandingan kalau ada.
  • pelamin cantik walaupun simple.
  • Nyanyian nenek @ Iezreen walauwei.... ramai yang menitiskan air mata!
  • I like the food, the music, and the show - Mr Leo Chan
  • I'm very proud of u ALL - Pn Rosnah
  • Bagus sangat tapi tak puaslah... cepat sangatlah suatu adegan tu habis. :) - Pn Siti Normah.
  • Semua bab best, but bab 6 Perdana Menteri tu, I think is the best - Pn Hana
  • All cast and crew patut dibelanja makan - kata Encik Rosli
  • The cast vere very discipline - I said.

Saya akan update later bila ada dengar komen yang menarik.. :)

Bekerja di belakang tabir memang suatu pengalaman yang menarik. Walaupun saya bertugas sebagai Pengurus Pakaian, sempat juga jadi mekap artis pagi tadi. Walaupun pakaian banyak yang kena jaga dan nak mekapkan pun banyak, tapi kerja agak mudah kerana pelajar memberikan kerjasama dan sangat berdisiplin. Saya cukup terharu kerana bekerja dengan anda semua. Anda sungguh hebat! Kesian saya tengok askar-askar saya tu, ramai yang tertidur semasa menunggu konsert bermula. Maklumlah mereka telah tiba di hotel seawal pukul 6.00 pagi untuk bersiap. Heran jugak saya, dapat juga mereka tiba secepat itu. Saya yang tidur di hotel pun turun pukul 6.20 pagi!

Cabaran yang saya hadapi ialah apabila ada pelakon dan penari yang juga penerima hadiah. Mereka kena ambil hadiah pakai baju sekolah. Jadi selepas mereka siap ambil hadiah, terus sja tukar ke pakaian konsert. Pergh... berpeluh jugak memasing. Tetapi kerana mereka bertanggungjawab, semuanya berjalan dengan lancar, walaupun untuk Farah peranannya bertukar dengan cepat daripada orang kampung kepada penari Cikkaboong!

Suka juga saya nak kata bahawa guru-guru telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi pada saat-saat akhir ini. Maklumlah kebanyakan kami tak pernah lalui rehearsal bersama-sama. Ada yang dapat tugas last minute - misalnya Ida kena jaga lapel mic bantu Mr Liew. Pergh kecut perut dia, tapi dia telah melakukan yang terbaik. Mr Liew, u rock! haha. Tapi yang paling tenang pada masa itu ialah Jannah, ketua konsert. Tapi dalam tenang tu, asyik duduk belakang langsir jer .. mengintai! Tahniah Jannah, kita berjaya! Namun, kejayaan ini harus dikongsi bersama dengan krew pentas dan props. They did an excellant work. Good Job!

Perasaan kedua ialah sedih huhuhuhu :( Kali ini saya tak pegang pun camera saya dan tak ada sekeping gambarpun boleh diupload sekarang ini! Kenalah tunggu gambar daripada jurugambar profesional dan ahli-ahli kelab Fotografi...

Perasaan ketiga - gembira! ,,, hahaha.. hari ini selepas lebih kurang 15 tahun? saya berjumpa dengan bekas anak murid yang bernama Chia Kim Liang. Tak sangka sungguh. Dia datang ke Hari Anugerah menemankan jurugambar yang saya tempah untuk majlis ini. Haha tapi saya tak cam langsung dia. Yang cam ialah Pn Siti. Hebat betul memory Pn Siti ni!

Esok, saya akan berjumpa dengan lebih kurang 15 orang lagi ex-Sri KL di Sri Hartamas- teruja dan saspens...

Monday, July 13, 2009

Hari Anugerah Bestari 09

Hari Anugerah Bestari 09 akan diadakan pada 18 Julai 2009 di Dewan Utama Hotel Legend. Kalau dulu saya selalu menjadi jurufoto tetapi kali ini saya ditugaskan dalam AJK Konsert.Pergh... konsert beb!Tapi konsert ni bukanlah macam konsert Siti ke Mawi ker.Konsert kami kali ini bertemakan sejarah. Tajuknya 'Waris Malaya'- kisah Ah Seng yang terjebak dengan komunis dan pada masa yang sama menjalinkan percintaan dengan gadis Melayu yang bernama Melati.Akhirnya Ah Seng terselamat daripada cengkaman komunis dan kemudiannya Jepun apabila Jepun menyerah kalah. Ah Seng dan Melati berkahwin dan kini sudah tua dan menikmati kemerdekaan bersama-sama dengan anak-anak dan cucu-cicit saris Malaya.

Kepada pelajar-pelajar dan bekas pelajar-pelajar Sri Bestari, jom ramai-ramai kita meriahkan sambutan Hari Anugerah Bestari 2009. Sambil kita mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan kita yang berjaya dalam bidang akademik, dan kokurikulum, kita akan dihiburkan dengan konsert pasti gempaq ini. Yang menariknya dalam konsert ini ialah tarian Woyau, Asmara, Hooray hooray dan banyak lagilah. Suatu pertempuran askar Britsh dengan komunis juga menarik kerana dikareografkan seperti tarian. Ah Seng juga menyanyi secara duet dengan Melati. Nak tahu siapa yang jadi Ah Seng dan Melati? Datanglah ke Hari Anugerah dan saksikanlah.....

Dalam AJK Konsert ni, saya ditugaskan sebagai Pengurus Pakaian Artis. :) Setakat ini semua pakaian telah ada cuma ada beberapa perkara yang perlu dikemaskan.Misalnya topi askar/polis British perlu ditampal dengan bendera Union Jack. Sorrylah ada pembaharuan dalam pakaian polis British ni. Kalau dulu mereka pakai seluar pendek atas lutut, tapi saya modified jadi cam bermuda, panjang sikit. Oklah kan Aqeei, tutup aurat. ;))

Pagi esok (Isnin) [harini la tu, hehe] ada full dressrehearsal. Harap-harap pakaian yang saya sediakan itu akan menyerlahkan watak.

Monday, April 13, 2009

Sekolah Sri Bestari - Early Events

Early Events - telah diadakan selama 3 hari minggu lepas. Hari Sukan jatuh pada 18 April ini. Jemputlah datang meramaikan Temasya Sukan Tahunan ke-13 yang akan diadakan di padang sekolah. Buat masa ini Rumah Saga masih mendahului dengan mata 547 diikuti Rumah Cemara dengan 513 mata. Rumah Margosa jauh ketinggalan dengan mata 475 manakala Rumah Kiara dengan 406 mata. Mampukah Saga mengungguli kejuaraan pada tahun ini? Ataupun Cemara akan mencantas kemaraan Saga? Mungkinkah keajaiban akan berlaku dan Margosa atau Kiara akan menjadi Juara? Sama-samalah kita saksikan kemuncak sukan tahunan pada hari Sabtu ini.


Gaya mesti ada....
Margosa melangkah ke akhir bagi acara tarik tali.
Acara lari berganti-ganti


Andy - terbang seperti helang..

Monday, March 16, 2009

Theory of Constraint

Hari ini bermulah kursus tentang Theory of Constraint (TOC). Apa yang saya pelajari hari ini ialah tentang 3 alat untuk menyelesaikan masalah iaitu pertama The Logical Branch, The Evapouring Cloud and The Target Tree. Untuk sesi pagi ini kami mengupas alat yang pertama iaitu The Logical Branch. Untuk kaedah ini, kami dikehendaki mengenal pasti satu tindakan dan daripada tindakan tersebut kami dikehendaki memikirkan kesan daripada tindakan tersebut. Dan kesan tersebut hendaklah kesan terus daripada sebab tersebut. Sehinggalah sampai ke suatu tahap akhirnya kita akan dapat membuat keputusan yang terbaik. Kaedah 'Cause and Effect' ini juga sangat baik digunakan untuk menulis karangan.



Contoh:



Kalau saya tidur lambat > saya akan susah untuk bangun pagi > saya akan lewat pergi kerja > saya akan punch lewat > elaun kehadiran akan dipotong > gaji bulan depan akan berkurang > kurang duit untuk belanja > ikat perut.
Tapi taklah semudah ini kerana ada banyak arrow kat tepi dan ada peraturan yang kena ikut.



Sorrylah gambar ni blur...guna phone dan gambarni tak lengkap.

Sekarangni our assignment:

If the government raises the price of the toll > People will get angry because this will increase their expenditure > they will cause street demonstration > it will cause riot > because provocation from some public members > the police will take action > some people will get arrested > the public will get more angry > situation will get worst.

This is a negative branch which is not good. So we must trim this branch by adding injection tapi jangan sampai salah inject tau... nanti lain pulak jadinya.

The injection is somewhere along the line.

This is our proposal.

If the government raises the price of the toll > people will get angry because this will increase the expenditure > (injection) make reprentation for the government to review > govt will review the toll > demonstration cancelled > no riot > poloce will not tak action > People will be happy.

Now, the negative branch has turn to be positive branch.

Not bad, i learnt something today.

Friday, November 28, 2008

Time-table 2009

Banyak hari saya tidak update posting di sini. Letih. Dari hari Isnin hingga Khamis saya buat kerja tambahan. Dapatlah duit sikit, bolehlah buat jalan-jalan cuti sekolahni. Bercakap fasal cuti sekolah, yang sebenarnya saya masih belum lagi dapat bercuti dalam erti kata yang sebenarnya. Selain kerja-kerja Yearbook yang perlu disiapkan, saya juga terjebak dengan kerja-kerja pentadbiran. Asal saja kita ada di sekolah, macam-macam yang kena buat. Minggu pertama cuti, banyak temubual dilakukan dengan bakal-bakal pelajar setelah mereka menduduki peperiksaan penempatan. Ini memang menjadi tradisi sekolah; semua pelajar yang ingin memohon masuk ke sekolah ini perlulah melalui ujian dahulu diikuti satu sesi temubual. Setelah keputusan diperoleh, baharulah ibu bapa pelajar tersebut dihubungi sama ada diterima masuk atau tidak.

Selain itu, saya juga terlibat dalam penyediaan rancangan tahun depan dan jadual waktu. Hari ini kami telah berjaya menyiapkan pengagihan kelas kepada guru-guru. Lega. Masih perlu 2 orang guru lagi. Guru Mandarin dan Guru Bahasa Inggeris. Harap-harap cepatlah kami peroleh guru-guru ini. Tahun depan, insya-Allah, saya akan mengajarkan Bahasa Melayu untuk tingkatan 5 Sc1 dan 1 Cekap manakala Perdagangan saya ambil tingkatan 5. Jumlah period ialah 17 (sebagaimana yang ditetapkan) tak termasuk kelas khas 'Unit Sokongan'.

Tahun ini dan tahun depan, kami menerima pelajar-pelajar Korea yang agak banyak. Oleh itu Unit Sokongan diperlukan untuk membantu pelajar-pelajar ini agar mereka dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan cepat dan dapat mengikuti pelajaran dengan mudah. Guru-guru senior telah terpilih dalam Unit Sokongan ini. Antaranya ialah HAT, SMAB, KCL, RA, HRK, NLZ tentunya dan seorang guru baru yang ada pengalaman dengan orang Korea. Harap-harap Unit Sokongan ini akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Minggu depan ada kursus untuk guru-guru dari hari Isnin hingga hari Khamis. Hari Khamis itu khusus untuk kursus IT. Antara sukatannya ialah Blogging. Saya diminta untuk menjadi salah seorang fasilitator. Saya nak minta izinlah nak gunakan blog guru-guru BM seperti Blog Cikgu Ghalib dan Blog Cikgu Razak sebagai contoh. Harap-harap selepas itu, banyaklah guru di sekolah saya menjadikan blog sebagai wadah untuk mengembangkan ilmu kepada murid-murid mengikut kepakaran dan minat masing-masing.

Thursday, November 13, 2008

Keputusan Rasmi UPSR Sekolah Sri Bestari


57 orang calon kesemuanya

26 calon mendapat 5A = 45.6%
8 calon mendapat 4A = 14%


Tahniah diucapkan kepada Penolong Pengetua (bahagian rendah) Puan Rosnah Sulaiman dan kepada semua guru sekolah rendah khususnya guru-guru Tahun 6.

Thursday, October 23, 2008

Chef for the day


Haha... seronok juga jadi chef sekejap. The form three students Post Exam Activities - wa and the gang buat cooking demonstration. Wa incaj of cake and biskut. Wa buat demo biskut cornflakes dan tart gulung and butter cake. Wa buat sekali and then the student will do sekali.


Mula-mula wa tunjuk camner nak buat kek bodo - a very simple butter cake. Kerna kelengkapan yang kurang, (Awatlah oven sekolah ni kecik sangat, dulang-dulang yang saya bawa semua besar-besar, tak muat.... sib baik ada satu dulang kek yang kecil dan tudung periuk untuk bakar biskut. Can i complain to the school or not?) wa modified recipe, kecilkan sukatan.

The recipe:

150 g butter
150 g castor sugar
150g self-raising flour
3 eggs.
Vanilla essence 1/2 teaspoon.

Cara-caranya:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang. (color dah tukar putih)
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila.
4. Tepung yang sudah diayak diadun bersama sehingga rata.
5. Masukkan ke dalam dulang pembakar yang sudah disapu mentega dan bakar dengan kepanasan 180-200 darjah Celsius selama kira-kira 45 minit.

Biskut Cornflakes

1/2 kampit konflakes (kotak kecil) diramas.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula castor
seketul mentega 250g
potongan ceri untuk hiasan.


Cara-caranya:
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung dan cornflakes. Adun hingga rata. Sudukan ke dalam cawan kertas. Hias dengan ceri merah. Bakar dengan kepanasan 180 - 200 selama lebih kurang 20-25 minit. Senang kan?
Tart Nanas Gulung.

Jem nanas yang redimed cap Nona
Margerin atau mentega secukupnya.
tepung gandum secukupnya.
telur kuning secukupnya.


Cara-caranya. (Senang jer)
Katakanlah sebuku mentega. Mentega yang lembut ini digaulkan dengan tepung yang sudah diayak kira-kira 2 cawan, pastu adun rata tapi kalau masik melekit kat tangan, tambah lagi tepung. hati-hati jangan terover pulak. setelah rata, ambil sedikit dan masukkan ke dalam acuan dan tekan. kalau smooth jer oklah, kalau pecah-pecah maknanya adunannyer keras. so campurkan sedikit butter supaya adunan lembut. Letakkan inti( jem yang diketul-keulkan) dan gulung secukup gulungan.

Ambik kuning telur campurkan dengan sedikit pewarna kuning kalau ada. Sapukan kuning telur di atas gulungan tart. Bakar cam biasa.

Sibuk masak, gambar yang cantik tak terambil.

Asyik betul student wa, memerhatikan cara-cara membuat tart gulung.

Kek, cup cake (lebihan kek butter) dan tart gulung. Semua ni yang student buat, yang wa demo dah habis tak sempat ambil gambar.


Kelakar pulak bila tengok gambar semasa buat preparation. masyaAllah, berterabur.... tak organize betul. Next time, wa akan buat dengan lebih kemas dan teratur.



Wednesday, September 24, 2008

A Trip to FRIM









A short trip actually. The walkway aka jambatan gantung tu tak dibuka so there's nothing else to do, kami balik awal.

Friday, September 5, 2008

Kem Bio



KUALA SEPETANG DAN KUALA GULA


29 Ogos - 1 Sept. 08

Memang best pergi kuala Sepetang dan Kuala Gula. Dapat pengalaman baru dan dapat ilmu baru tentang Hutan Paya Bakau.




Wa pergi naik kereta dengan Normah pastu simpan kereta kat sini. Balik wa naik bas dgn student, normah balik Ipoh.

Night Safari kat Zoo Taiping

Dari Kuala Sepetang kami naik bot dan tinggal semalam di sini, Chalet terapung.

Pagi di Chalet Terapung

Pemandangan laut dari chalet terapung.


Salah sebuah kelong yang dilawati.


Kilang arang kayu. Kami diberitahu proses menjadikan kayu bakau kepada arang.



Burung botak upih yang hampir dari zoo negara dipindahkan ke sini. (Kuala Gula)

Projek menanam anak bakau.


Nelayan menjaring udang.

Penanda sempadan zon laut

Lapar......
Paya bakau Kuala Gula

Lawatan ke Kilang Belacan

Memorial askar yang terkorban zaman penjajah ( di Taiping on the way balik)

Bergambar kenang-kenangan di tasik Taiping

Cantik pemandangan di sini.

Tasik Taiping nak hujan...

Wednesday, August 20, 2008

Kem Bahasa Melayu

alamak.... i woke up late!!!!! i did it again... hmmm but i manage to reach school at 8.30. Thanks to Ain and Siti Normah yang tolong set-up the rooms. But, oh my.... there's no key to Harri's room. Why la Harri u keep LCD projector in your room? never do that again hah... very dangerous u know, if get stolen how? wa phoned Yoges, phone Roseni hoping that they will come to open the room. But somehow, Azizi came to rescue us... Thanks Azizi... wa invited u to lunch hehehe... We need 2 projactors because 2 sessions run at the same time. Pn Syarifah and En Razak was our penceramah. Very good one they are... Terima kasih daun keladi ya... next year mai lagi.

alhamdulillah, my students behave well. wa harap derang dapat samting to boost their semangat to study and get A for BM. I was buzy and concentrating with the Kem and i forgot to snap some pictures.... apa daaaaaaa!!! But i can say that the Kem was a success. Next year boleh buat lagi.

But on the other notes..

i thought i wanted to go to MAHA tomorrow with Shamsul and the gang.... but they left me behind!!!! HUHUhuhuhu they went today... kurang asam betul. Eh korang, kalau nak pergi harini pun, tak kan tak boleh beritahu u all change ur plan. Ofkoslah kalau u all pergi ari in, wa tak leh gi... but at leastla, have some courtesy to tell me... now tomolo wa nak pergi dengan siapa?

so my mind keeps on thinking. Who is available tomolo? i called CS, no she cannot, she want to fast..then i called Halijah, no she wants to go to immegresen.. CS suggested MakNgah, (Mak ngah dah pergi 2 kali) but i remembered Tan, so i called her. Lucky me, so wa pun buat janji temu dengannya. janji temu tau bukan temu janji. (baru belajar tadi). temu janji salah, kerana tentulah kita janji dulu baru bertemu... So insyaAllah, tomorrow, wa akan pergi memenatkan kaki dan bahu wa nak jalan-jalan di pameran MAHA dan nak ambil gambar banyak-banyak. Hopefully, wa sihat dan tak penat. Amin....

Kem Bahasa habis kul 6.10 petang. after settlekan everything, almost, wa balik and reached home to see a dragonfly on my orchid leaf.

Monday, August 11, 2008

Open day 9 August 2008


Wah, i think it was a huge success... congratulations to all students and staff. Ramai family yang datang dan banyak juga pendaftaran telah dibuat. Persembahan pelajar superb. gerai makanan laku. Banyaklah agaknya donation yang dapat diberikan kepada the unfortunate.


Wa suka tengok gelagat parents dan counsellor. Masing-masing bersemangat. Counsellor pun bukan main lagi explain full-heartedly. i wish, next year kami ada 20 classes of secondary pupils. This year we have 18.

Nadia and the Line Exhibition nyer... Menarik.



Hari Sabtu hari yang memenatkan. WA round the whole school. Wah, besarnya sekolah wa... Here are some pictures for your eyes only...

The Falcons ... terapung di udara.Hebat juga pesilat nih...

Su Ying and Sue Teng - demonstrasi pertolongan cemas.



Yesterday (Sunday), i slept the whole day...


Monday, July 28, 2008

Hari Anugerah Bestari




Ruhana Abdul Rahman - Overall Best Student 2008


Wah, penat sungguh minggu lepas. Pada hari Sabtu, 26 Julai, Hari Anugerah dijalankan di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Biasalah, wa akan bertugas sebagai jurufoto. Tapi kali ini wa bertuah lagi kerana ada 2 orang pro yang ambik gambar. Wa hanya selaraskan saya dan ambik gambar sikit-sikit. Mr Pang and Mr Koh, both were very reliable dan menyenangkan kerja wa.

Nigel Chew (presiden Kelab Fotografi sekolah wa) pun bukan main lagik dengan kamera barunya. Wahhhh... D80 lagik.... mengalahkan cikgu tu... tulah, derangni duit lagi banyak dari cikgu.
Zu, thanks for helping me.




Hari anugerah went on smoothly. Wa pun ada jumpa pelajar-pelajar lama. Konsert pun berjalan dengan lancar. Sedap juga suara Nicole bernyanyi dalam the Sound of Music. kalau semua nyanyi live kan bagus. Makanan pun sedap juga, apatah lagi perut lapar.

Wa stay 2 malam kat Legend. Ni semua gara-gara tersilap booked hotel. Melayanglah duit wa extra 200 setengah. Kalau guna duit tu beli henbeg kat bawah tu, lawa henbeg wa... huh... tapi itulah namanya rezeki Legend.

Pemandangan dari bilik hotel.

Overall, wa tak reti nak rate hari Anugerah kerana wa sebok belakang kamera. Tapi nampaknya semua berjalan dengan lancar. kata kawan-kawan wa, Hari Anugerah ini ialah antara yang terbaik pernah dijalankan. Hmmmmm baguslah. Tahniah kepada semua guru, staf, pelajar-pelajar dan ibu bapa yang memberikan sokongan.

Sunday, July 13, 2008

Cheer 2008

Semalam our Cheer Leaders dapat top 15. Hari ini malang sekali tak dapat top five. Tadi wa pergi Bukit Jalil tengok persembahan our girls. not bad actually; tak nampak kesalahan. Puas hati jugak. Tapi kenapa tak menang ya? Mungkin ada kriteria-kriteria tertentu yang kami lacking. Jannah and the girls janganlah bersedih sangat ya, yang penting anda memang hebat di mata kami. Kita selami kekurangan kita dan perbaik pada masa depan.

Lepas tengok Cheer 2008, kami cari makan. Biasalah kalau ada Rosli, kami tak gaduh tentang kedai makan; tahu saya di ceruk mana ada tempat makan yang best. Kami dibawa ke kedai ala minang. Sedap juga makanannya. Dendengnya sedap dan rangup. Wa pun belilah bungkus bawak balik. Mak oi.... mahalnya.Sepuluh hengget agak-agak sepiring. Nasib baiklah sedap.

Lepas makan kami solat zohor di Masjid Kampung Baru. Dalam mesjid on the way nak ke toilet, wa nampak banyak betul periuk besar-besar. Tak terkira wa, mesti derang gunakan periuk ni untuk masak bubur lambuk yang terkenaltu.

Kami terus balik ke sekolah. Berkemas. Siti Normah kemaskan barang-barangnya. Dia kena jugak duduk di bilik VP tu... so wa pun boleh kemaskan barang. Wa sempatlah pindahkan 2 kabinet tu.... yang lelain tu nantilah, buat pelan-pelan. Bukan ada pun pengganti lagi yang nak duduk kat tempat wa tu. Unless ada guru sedia ada yang nak duduk di tempat tu.

Roslina, i know u loves Panitia Moral so much. Panitia Moral tu memang dah sinonim dengan u. But Panitia BM needs u very much. Please consider. Lets work together as we always do and will. huhuhu kenapa wa emo ni...?

Saturday, July 12, 2008

Swimming Gala (Rehearsal)


Friday 11 July 2008

Primary Section of Sri Bestari adakan swimming gala rehearsal pada hari ini. Wa biasalah akan ditugaskan untuk mengambil gambar. Hari ini wa ada assistant, Cikgu Azrul. Beliau akan ambik video. lega sikit. Hari ini wa seronok betul menggunakan kamera baru wa. Wow! Memang best! Untuk ambil gambar di luar, wa gunakan ISO100 dan aparture controll AV. Senang sikit. Gambar ok. Clear bagi amatur macam wa. Wa cuba gunakan ISO 200. Tak boleh, gambar terlalu terang, over exposed. masa budak-budak tu berenang, wa gunakan function sport. Wah, seronok betul. Senang ambil dan boleh buat pilihan gambar yang cantik kerana boleh ambil gambar berkali-kali dengan cepat. Seronoklah guna kamera baru ini.

Ingat nak upload gambar, tapi rupanya wa simpan gambar-gambar tu di dalam external hard disk dan disk tersebut tertinggalkat sekolah. Esok, kalau sempat wa akan masukkan gambar-gambar tersebut. Esok, wa akan ke Stadium Bukit Jalil nak tengok peserta-peserta Cheer 2008 anjuran The Star beraksi. Wakil Sekolah Sri Bestari telah berjaya mendapat top 15. Tahniah kepada semua peserta. Last year derang dapat nombor 7. harap-harap pada tahun ini mereka akan mendapat nombor yang lebih baik. Penat derang berlatih, berbulan-bulan sampai missed classes. Harap berbaloi masa yang telah diluangkan itu.

Hari ini selepas extra class, wa dan 3 orang lagi membuat adjustment pada time table. Apabila HOD yang lepas naik pangkat dan tempatnya wa ganti. So beberapa kelasnya telah dilepaskan. Cikgu Maths pun dah dapat, Guru BI tak jadi datang dan Guru BM masih kosong. Adussss. Anyway, adjustments tetap perlu dibuat. Dan wa dapat reduced time table. 17 periods. macam sikit jer... tapi tugas lain sedang menanti.

Oh, i'm going to miss Tingkatan 1C. Walaupun mereka tu bising but they are addorable and lovable. Mereka dengar jugak cakap saya dan tak susah nak dapatkan latihan-latihan mereka. Harap-harap dapat pengganti yang baik untuk mereka.

9.48pm [jam kat sini giler]