Hari ini wa hantar kereta wa untuk service dan ganti bateri. haritu masa bateri wa kong, mekanik wa pinjamkan jer bateri buat sementara, tapi sementara wa 3 bulan jugak, hehehe. Masa tu dia tak sempat nak belikan wa bateri sebab dia nak keluar. Pastu wa pulak tak sempat nak gi bengkel dia, sampailah la ni. Wa dah biasa dengan mekanik wa ni. Kalau ada apa-apa hal, mesti wa hantar kat dia. pendek kata dia memang tahulah hal ehwal kete wa.
Tadi wa bayar RM240.
Oil 4T RM40.00
Oil Piulter RM15.00
Oil gear RM25.00
Tapis RM10.00
Betry RM150.00
Itu yang tertulis kat resit. Tengoklah ejaan tu. Dia memang belasah jer tentang ejaan. kelakarlah diani. Tapi dia memang hebat. Kereta pelbagai jenama yang murah dan yang mahal belambak kat bengkel dia untuk dibaiki. tak menang tangan; tapi wa suker, walaupun kekadang lambat siap tapi hasil memuaskan dan murah berbanding kalau buat kat kl. Ada sekali tu, wa hampir terkena. Ada problem kat kete wa, wa tanya kat mekanik kat Taman Tun, dia nak RM800. Wa tepon mekanik wa dulu, dia kata hantar jer kat dia, bawak pelan-pelan. Wa tawakkal dan berdoa. bila tunjukkan kat mekanik wa, sekejap jer dia buatkan. Satu sen pun tak kena.
Sementara tunggu dia siapkan bil,wa borak-borak dengan dia dan kata wa nak beli kereta baru. Saja tanya pendapat dia. Dia gelakkan wa bila wa kata wa nak beli Saga baru. dia kata kalau enjin rosak, sediakanlah RM14,000. Mak oi,kenapa? Dia kata enjinnyer kurang elok, ada problem, tak tahulah kat mana. Dia kata kalau beli kereta tu nanti menyesal, Dia dah test drive, dia kata tak best. Dia syorkan wa beli Myvi. Tapi Myvi mahal!!!! yang full speclah. memanglah dulu wa berkenan sangat nak beli Myvi, tapi pelan lama pelan sejuk, tup-tup ada pulak Saga. Wa tengoo hari tu, wa terberkenan. Tapi bila borak-borak dengan mekanik Suratman ni, layulah pulak. nampaknya kena tunggu dululah.
Cik Wan, nampaknya mungkin awak dulu pakai kereta baru. Wa kena kira bajet dulu dan buat pembentangan bajet semula. huhuhu
Menurut mekanik wa, kereta Myvi senang nak dapat sparepart. Second hand punyer spare part pun banyak. Tapi kalau nak beli kereta lain, dia syorkan kereta Korea.Entahlah, dia beri pendapat berdasarkan pengalamannya sebagai mekanik. Wa tengok luaran jer...
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Tuesday, October 28, 2008
Monday, October 27, 2008
The New Saga
Sementara CS melayan tetamu yang lain, wa berbual-bual dengan husband CS , (baru berkenalan tapi macam dah lama tahu - ofkos melalui kbr atau blog CS selalu citer tentang anjernyer...). Topik perbincangan ialah kereta barunyer inilah other than the kucings yang 9 ekor itu. Later, husband CS beri saya brosur tentang the new saga. Wah, not bad juga kereta ini, plus the harga, is affordable. Kalau wa ambik kereta ini, wa hanya perlu tambah eleven ringgit daripada bayaran kereta iswara wa ni.
I have still 2 years to pay for the iswara. Its 5 years already. Tapi sayanglah nak trade-in kete ni. They said, the value is very low. Hubby CS suggested to keep the car, he said this car the engine is good. I agreed with him because for 5 years i used this car, it never give me problem, minus the wear and tearlah..Wa pun bukan pandai sangat jaga kereta, tu kira ok sangatlah tu. Tapi wa nak buat apa sampai 2 kereta? Membazir... Nak bayar kereta ini dan kereta itu... lari bajet woooo...
At first i thought to buy pesona. Its a big car. sesuailah dengan wa. wa travel a lot and adik beradik emak bapak wa always naik dengan wa kalau nak ke mana-mana. So a big car sound good. Tapi wa must be realistic gak. Wa travel everyday plus minus 100 km perday. Just imagine with the petrol price increased unexpectedly do no how much, wa cannot tahan to visit petrol station too often. Wa punyer purse, dulu gomoks sikalang sudah kulus wo...
So, if i'm go to change to a new car, i think i,ll go with this car, i fell in love with this car already. The interior is very pleasant, quite spacious, and comfortable. The accessories is much better than iswara and the price is affordable with my budjet. I would choose M-Line Manual Genetic Silver Metallic. The price on the road is RM37,498, interest rate 3.88% for 7 years payment. Monthly payment RM510.00. Kalau ambik 9 tahun, hanya bayar RM424 saja. Tapi wa tak suka hutang kereta lama-lama. Tapi tak tahulah this time.
Semuani baru berangan jer. Taktahulah wa ada rezeki ker tidak nak pakai kete baru kerana wa nak tolong emak wa nak renovate rumah kedai tu. Wa kata emak ayah wa tak yah niaga lagi. So ruang kedai tu kita renovate jadikan ruang tamu, luas sikit rumah. Lagipun tak lama lagi nak kenduri, senanglah sikit apabila rumah lebih luas.
Subscribe to:
Posts (Atom)