Entah bila saya mendaftar untuk Facebook saya pun tak sedar. Kemudian apabila saya mendapat jemputan untuk Facebook, saya cubalah mendaftar tetapi rupanya saya sudah ada akaun dengan Facebook. kerana tak ingat bila saya daftar, dah tentu sekali passwordnya pun saya lupa. jadi sayapun mendaftarkan kata laluan yang baru. Buat beberapa ketika, saya pun tidak aktif dalam FB ini. Hari ini entah mengapa saya membuka FB dan sedikit sebanyak saya merasakan seronok juga FB ini.
Saya mula menjejaki rakan-rakan sekolah dulu (yang ingatlah....) tapi saya masih belum dapat mengesan mereka. Saya juga cuba mengesan rakan seuniversiti; masih gagal. Kemudian saya cuba mengesan pelajar SriKL tempat saya mengajar sebelum di SSB. Wah! Bermula dengan nama Rodney Kee saya dapat mengesan pelajar-pelajar SKL dengan banyak sekali. Hmmmm nostalgia. Pelajar-pelajar SSB? Hmm memang banyak. Saya ada juga menghantar mesej kepada beberapa orang pelajar lama. Harap meraka akan segera respons. Apalah agaknya khabar mereka sekarang? Adakah mereka masih ingat akan saya?
Saya masih baru dalam Fb ni. Banyak perkara yang saya tak faham. Hmm kena belajar dengan murid-murid saya ni.
Showing posts with label Students. Show all posts
Showing posts with label Students. Show all posts
Saturday, May 23, 2009
Saturday, November 29, 2008
Perkahwinan Tengku Mardiah (updated)
Malam ini, insya-Allah saya akan menghadiri majlis perkahwinan Tengku Mardiah dan pasangannya di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Tak tahulah segan atau tidak nak ambil gambar. Kalau kamera kecil boleh sorok-sorok. Macam mana ya? Teringin nak ambil gambar Tengku Mardiah sedang bersanding. Tengku Mardiah ialah bekas murid di sekolah saya. Sekarang masih dalam pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia. Kalau tak salah dalam tahun akhir. Kesemua adik beradiknya bersekolah di sekolah kami. Yang tua, Tengku Muzzamil, kedua, Tengku Mardiah, ketiga Tengku Muhaimin dan Yang terakhir Tengku Muzani. Inilah julung-julung kalinya pelajar SSB yang menjemput saya untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka. Tentu saya akan cuba menghadirkan diri.
Tahniah saya ucapkan kepada Tengku Mardiah dan pasangannya dan terima kasih atas jemputan.
Tahniah saya ucapkan kepada Tengku Mardiah dan pasangannya dan terima kasih atas jemputan.
Kira-kira pukul 8.30 malam kami sampai dan mengambil tempat masing-masing. Kami duduk di meja 17. Penuh satu meja dengan guru-guru yang mengajar di SSB atau bekas pengajar di sini iaitu Pn Salmah dan Pn Noraini Khuzaifah. Lama benar tak berjumpa dengan Noraini.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kedua-dua mempelai. Cantik sungguh Mardiah. Bacaan doa selepas itu. Pengantin bersemayam di atas pelamin yang berwarna ungu dan putih dengan hiasan cantih bunga-bungaan segar dan sebuah chandaliar yang indah.
Tiada tepung tawar dilakukan sebaliknya tetamu dihidangkan dengan tarian tradisional yang rancak oleh penari-penari cilik dari Istana Budaya. Jamuan makan bermula. Tetamu dihiburkan dengan nyanyian penyanyi jemputan Yusni Hamid dan Khatijah Ibrahiim diiringi quartet dari Tentera Udara Malaysia (kalau tak silap). Pada akhir majlis, kedua-dua mempelai menyampaikan ucapan dan majlis disudahi dengan bersalaman dengan pengantin baru.
Macam reunion pulak:
Semasa para penyanyi menghiburkan tetamu, kami didatangi bekas pelajar SSB. Seronok betul dapat jumpa mereka. Lain sungguh dengan songkok dan baju melayunya. Masing-masing bertambah kacak dan jelita. Tapi kenakalan mereka masih terserlah.Antara yang hadir: Melati, Syazana ofkos , dia menjadi pengapit pengantin perempuan, Aizat Hilfi, Izzat Ismail, Akmal Rahimi, Aqilah, Mukriz, Mazuki, Abshar, Nadzmi, Shamsiah dan siapa lagi tak ingat nama.Sha msiah datang bersama suami dan anak. Meriah sungguh meja kami.
Monday, November 10, 2008
I'm going to miss all of u.
Happy birthday, happy holidays, happy sitting for your exam, happy semualah. here are some pictures for u to enjoy......
More photos, pls refer to http://sribestari.fotopages.com
Saturday, November 1, 2008
5 SC 1 2008
SPM bakal menjelang. 83 pelajar sekolah wa yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini and wa mengajar Bahasa Melayu untuk kelas 5 SC1 dan Perdagangan dengan 5 Arts. Daripada 30 orang pelajar 5sc1, wa ramalkan akan ada sekurang-kurangnya 15 orang yang akan mendapat A. Ini hanya ramalan tau. Sama ada menjadi atau tidak kita tunggu sajalah keputusannya bulan Mac nanti. Wa harap these people will get A
1. Adri
2. Chee Yong
3. Stephanie
4. Kei jin
5. Sue Ying
6. Janine
7. Laila
8. Kam Yoong
9. Zhen Howe
10. Vinodh
11. Azarea
12. Danial
13. Siew Hong
14. Yee Mung
15. Pei Tsyr
16. Nik Fadzreen
17. Justin
18. Seng Rong dll
Antara banyak namani, yang paling konsisten ialah Janine, Laila, Pei Tsyr dan Yee Mung. Tetapi kematangan Stephanie semakin menyerlah, kupasan ideanya dalam karangan amat menakjubkan. Pengurusan perenggannya amat baik, cuma kadang kala ada sikit kesalahan bahasa. Lagi kelebihannya ialah penggunaan kosa katanya yang luas dan bertepatan dengan laras bahasa. Saya mempunyai keyakinan bahasa Stephanie akan mendapat 1A.
Saya juga suka melihat perkembangan Adri. Selain tulisannya yang lebih kemas (perubahan yang menakjubkan), Adri dapat melihat yang tersirat dengan baik, mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif dan telah mula membebaskan dirinya daripada kongkongan penulisan tipikal. Adri telah lebih adventures sekarang.
Seorang lagi yang dapat saya lihat kemajuannya ialah Danial. Mungkin dia tidak sedar, namun saya dapat melihat perkembangan yang memberangsangkan. Saya dapati Danial lebih fokus dan bersedia. Sekarang dia tahu apa yang dia mahukan. Danial juga telah mengambil perhatian tentang apa yang saya ajarkan dan dia memahami kehendak soalan dengan baik. Saya berdoa agar Danial mendapat 1A dalam BM. Tapi ya Danial, perbaiki tulisan anda, ambik contoh Adri, dia mampu melakukannya.
Nik Fadzeen. Dia ni agak kurang mesra dengan saya, entah kenapa saya kurang pasti. Tapi belakangan ini saya dapati diani sudah ada peningkatan sama ada dalam Rumusan mahupun karangan. Dengan persediaan yang lebih rapi, saya berharap Nik dapat A juga.
Chee Yong, Haiyaaaaaaaaaaaah, sure A one.... I'll never forget your smile and that haiyoh..
dan nama-nama yang saya tidak ulas, masing-masing telah menunjukkan peningkatan dan kesungguhan dan saya berkeyakinan akan mereka. Bagi nama-nama yang saya tidak sebutkan, bukan mereka tidak mampu untuk mendapat A, namun keputusan mereka akan lebih baik daripada keputusan percubaaan. itu saya yakin. Saya hanya bimbang kepada beberapa orang pelajar yang dah dekat nam exam pun masih releks lagi.
Monday, August 11, 2008
Monday, July 28, 2008
Friday, July 25, 2008
Ex-students
Lennard, Ching Shen dan andy Lim

Ramai juga ex-students yang rajin menjenguk sekolah. Wa rasa gembira kalau mereka datang dan berjumpa dengan cikgu. Suatu hari tu, Adni Rahma pelajar tahun 1999 rasanya, datang ke skolah. Wah, dah bertambah cantik orangnya. Tapi masa tu tak ambil pula gambarnya.
Andrew Leonard Lim
Baru-baru ini Andrew leonard datang. Lennard Chia Aun juga datang dengan Ching Shern. Masa Swimming Gala, Elaine dan Chee Foong datang. masa hari Anugerah, Esther datang dengan adiknya. Tapi malu-malu pula Esther ni...
Wa, sebagai guru, suka benar kalau ex-student datang ke sekolah. kepada ex-student yang baca blog ini, sebar-sebarkanlah kepada kekawan yang lain. Bila lalu kat Sri Damansara, singghlah kat sekolah.
Thursday, July 24, 2008
Sofea
Sofea, sofea...... wa suker nama Sofea. Teringat akan Sofea Jane pulak. Sofea ni anak murid tuisyen wa. Sebelum wa cerita panjang, wa nak ingatkan anak-anak murid wa yang membaca blog ini.... hati-hati dan biasakan diri dengan kata ganti yang wa gunakan di sini... Wa hanya guna kata ganti diri 'wa' hanya di alam maya sahaja tau... tidak dibenarkan menggunakan wa lu di alam realiti.... pastu jangan terkejut dengan bahasa yang digunakan di sini. ini bahasa santai, cikgu tak nak formal-formal kat sini.... memang banyak kesalahan bahasa, sebagai realitinya kita selalu membuat kesalahan sama ada secara sedar, separuh sedar mahupun tak sedar langsung. Saya cuba menjadi saya yang sebenarnya, saya yang dulu, walaupun hujan dan panas silih berganti, siang berganti malam, malam berganti siang, saya tetap saya yang dulu, yang sekarang, yang akan datang...... adakah saya akan berubah seperti Nur Atma I dan II? hanya masa yang menentukan....[apa yang wa merepekni?]
Sofea, a unic person, carefree, happy go lucky, suka buat apa yang dia suka buat, but no heart feeling.... geleng kepala wa... tapi dia dah quit BM.. Why Sofea? Teruk sangat ker cikgu ni, Sofea. Tapi walaupun Sofea tak ada dalam kelas, kelas tetap havoc macam selalu. Entah apatah yang derang pelajari masa tuisyen. Apa yang wa perasan, derangni enjoy jerk.... kalau wa jadi student lagi kan best... tapi malaslah nak attend kelas lagik...
Sofea inspired me to write a blog. Andrew too. not Andrew Cekallah. Andrew Leornard Lim and not forgetting my sweet muffins friend CS and my Birmingham Friend Dr Esmady. Thank u guys....
Wa mengajar kat Cekal dah 2 tahun.Semuanya gara-gara Rohaya. Kononnya nak tolong dia yang sakit. pastu wa terjebak sampai sekarang. Mrs A, next year tak payahlah kan? Wa ajar BM std 6, F1,2,3 dan 5. Wa enjoy ngajar derang ni... lagi-lagi kalau derang faham apa yang wa ajar. Walaupun kekadang tu geram gak dengan kelas Sofea ni.... but they are just adorable and naughty...
Ala sofea, ada problemlah nak uplod gambar...
Sofea, a unic person, carefree, happy go lucky, suka buat apa yang dia suka buat, but no heart feeling.... geleng kepala wa... tapi dia dah quit BM.. Why Sofea? Teruk sangat ker cikgu ni, Sofea. Tapi walaupun Sofea tak ada dalam kelas, kelas tetap havoc macam selalu. Entah apatah yang derang pelajari masa tuisyen. Apa yang wa perasan, derangni enjoy jerk.... kalau wa jadi student lagi kan best... tapi malaslah nak attend kelas lagik...
Sofea inspired me to write a blog. Andrew too. not Andrew Cekallah. Andrew Leornard Lim and not forgetting my sweet muffins friend CS and my Birmingham Friend Dr Esmady. Thank u guys....
Wa mengajar kat Cekal dah 2 tahun.Semuanya gara-gara Rohaya. Kononnya nak tolong dia yang sakit. pastu wa terjebak sampai sekarang. Mrs A, next year tak payahlah kan? Wa ajar BM std 6, F1,2,3 dan 5. Wa enjoy ngajar derang ni... lagi-lagi kalau derang faham apa yang wa ajar. Walaupun kekadang tu geram gak dengan kelas Sofea ni.... but they are just adorable and naughty...
Ala sofea, ada problemlah nak uplod gambar...
Subscribe to:
Posts (Atom)