Thursday, November 29, 2012

Azam Tahun 2013

hihi geli hati pulak, tapi saya nak cuba jugak, insya-Allah. 


 

Mula-mula nak kemas bilik dulu, kenalah buang apa-apa yang patut.

Thursday, August 16, 2012

Persiapan Raya

Tahun ini tahun kedua aku berhari raya dengan keluarga baruku. Kalau tahun lepas, aku sibuk untuk menerima kehadiran banyak orang baru dan rumah baru, tahun ini persiapan untuk hari raya nampak lebih tenang. Kalau tahun lepas buat kuih raya dengan anak (belajar menyesuaikan diri hikhik) tapi nampaknya tahun ini beli kuih tunjuk sajalah.... huhu. Kalau tahun lepas beli sofa baru, perhiasan baru, make over ruang tamu, dsb tapi tahun ini nampaknya tiada yang baru tetapi sekadar mengemaskannya agar kelihatan masih baru.

Apakah erti Ramadan dan Hari Raya sebenarnya? Pada usia yang semakin lewat ini sebenarnya kita (saya) harus melihat kedua-dua perkara ini dari persepsi yang berlainan berbanding dulu-dulu. Syukur alhamdulillah Allah memberikan petunjuk dan hidayahnya. Kalau dulu, saya sangat berasa gembira apabila hari raya bakal menjelang, tapi kali ini entah mengapa perasaan sayu menyelinap hati ini. Sungguh sayu untuk meninggalkan Ramadan. Oh Ramadan, adakah aku akan berpeluang untuk menemuimu lagi pada tahun-tahun yang akan datang?

Kalau dulu masa Ramadan sibuk cari duit lebih agar dapat beraya sakan,
Kalau dulu masa Ramadan sibuk menjahit baju (masa ambil tempahan) sampai pagi raya pun masih menjahit lagi...
Kalau dulu masa Ramadan sibuk buat kuih raya sampai tak pergi sembahyang terawikh
Kalau dulu masa Ramadan sibuk pergi tuisyen, sampai kadang-kadang berbuka pun di pusat tuisyen

dan bila raya....
sibuk merasa pelbagai juadah
sibuk pergi rumah terbuka
sibuk masak untuk hidangkan tetamu yang kunjung tiba
tapi lupa....
puasa sunat enam lengkap tak sudah-sudah....

Hmmm tahun ini Allah telah memberikan lorong kepadaku untuk shopping raya awal, jadi sekarang tak sibuklah....
Tuisyen pun dapat dilakukan pada waktu petang, jadi pada waktu malam lapanglah...
Kuih raya tak payah buat, Allah bagi rezeki untuk beri rezeki kepada orang lain.... hehe alhamdulillah

Semoga hari raya pada tahun ini lebih bermakna dalam erti kata yang sebenarnya. Bersederhanalah, kerana itulah perkara yang lebih baik bagimu.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Monday, August 13, 2012

71 kg.....

Salam Ramadan,
Alhamdulillah, semalam timbang dah 70.5 kg...... sebelum makanlah tu, selepas makan toksah cerita. huhu. Harap-harap dua tiga hari lagi, berat badan akan turun bawah 70kg. Masalahnya, makanan banyak sungguh, sayang pulak kalau tak dimakan. haha apatah lagi dah dekat nak raya ni. Mesti nak rasa kuih-kuih raya yang dimasak  kan....

Bercakap fasal kuih raya, tahun ini nampaknya taklah bersemangat kuih rayaku. Semalam singgah di kedai (tersinggah sebenarnya) membeli kuih-muih dan kerepek untuk raya. Murah-murah! tapi tak tahulah sama ada sedap atau tidak. Biskut yang paling mahal pun RM18 sebalang seperti tart nanas dsb. Nak jugak buat biskut sendiri; bahan dah dibeli tapi belum ada kesempatan lagi nak membuatnya. huhu. Nampaknya tunggu lepas rayalah baru buat; itupun belum tentu lagi.haha

Hari ini beli sebalang kuih samprit. harganya RM15. oklah tu. So setakat ini sudah ada 5 balang biskut dan dua tiga jenis kerepek. Untuk rumah di sini dah ok, tapi untuk yang di kampung? Hmmm di kampung nantilah beli; banyak yang dijual di tepi-tepi jalan sepanjang Tanjung Karang ke Sungai Besar tu.... lagi murah. Ada juga berhajat nak buat kek mentega; insyaallah kalau mengizinkan dah  nak dekat raya baru saya buat.

Hari ini hari yang ke-24 kita berpuasa, insya-Allah. Sejauh manakah ibadah kita pada bulan yang mulia ini? Adakah cukup puasa kita dalam erti kata yang sebenarnya? Sebanyak manakah pula sedekah kita? Ringankah tangan kita untuk memberi? Tenangkah solat kita? Banyakkah solat sunat kita? Terawikh kita lengkapkah? Adakah ibadah kita berbeza dengan sebelum Ramadan? Dan bagaimana pula ibadah kita selepas Ramadan?

Takut benar memikirkan ibadah selepas Ramadan kerana daripada pengalaman yang lalu, setelah selesai ramadan, maka sibuklah saya dengan itu ini kerja-kerja dunia...... dan melupakan kerja-kerja akhirat.... Ya Allah, kupohonkan kepada-Mu agar mengukuhkan imanku, ibadahku walaupun Ramadan sudah berakhir, Kauterimalah ibadahku yang seadanya ini dan jadikanlah ibadahku lebih baik pada bulan-bulan seterusnya. Amin.

Hmmm nanti raya banyak juadah akan terhidang. Ingatlah, kalau nak turunkan berat badan, makanlah berpada-pada.

Tuesday, July 31, 2012

Lesunya hari ini

Semalam balik dari suaru jer dah pukul 12.00 malam. Tapau rambutan kecut tapi manis dan sedap. sebelum tidur minum air dan makan sedikit rambutan dan kuih lebih berbuka. alhamdulillah..... opppss sambil makan sambil baca paper -- Harakah-- baca tentang pengundi Indonesia tu... hmmm apakah strategi yang akan diambil oleh Pakatan untuk menarik perhatian pengundi Indonesia?

Malam tidurku tidak lena kerana asyik terbangun nak qada' hajat. Entah berapa kali tah, rasanya adalah 4 atau 5 kali. Yang terakhir aku terbangun pada pukul 4.20 pagi. Selepas itu aku terbangun pada pukul 6.15 pagi. Hah? alamak, aku sudah termiss sahur....... Inilah kali pertama aku termiss sahur dan hari ini aku asyik nak tertidur sahaja, sangat mengantuk......

Nanti nak berbuka 'shake' lah kerana tadi sahur sudah termiss. Mampukah aku menahan godaan? huhu

Monday, July 30, 2012

Aku ingin kembali....

Tiba-tiba entah macam mana, aku terklik blogku yang dah lama kuabaikan. Insyaallah, akan kulapangkan masa untuk menulis sesuatu di sini. Semoga kepulanganku ke sini akan memberikan makna yang lebih besar kepada kehidupanku sekarang.

Yang terkini:
Yang nyata aku semakin besar.... dari segi saiz. huhu
Dan aku juga semakin berat.... huhuhu
Kali terakhir aku menulis di sini, aku sekitar 68 kg.
dan 2 minggu yang lalu aku seberat 76kg!
pagi tadi aku timbang, aku dan turun ke 72kg. hehe tapi... itu berat selepas sahur.
Kalau berat selepas berbuka puasa biasanya akan naik dalam sekilo...
walau bagaimanapun aku akan terus berusaha untuk mengurangkan berat badanku...
sekurang-kurangnya kembali seperti dulu... 68kg.

Inilah sasaranku...
menjelang raya, berat badanku 68kg....
mampukah aku?
Insyaallah.... sekiranya aku berdisiplin dan tak makan banyak sangat semasa berbuka dan...
minum air banyak-banyak ...
Masalahnya pada bulan puasa, macam mana nak minum air banyak-banyak? Paling banyak pun
2.5 liter sahaja.... huhuhu