Tuesday, December 21, 2010

Novel Interlok ditarik balik?

Gambar dipetik dari:-
http://abihulwa.blogspot.com/2010/12/kuala-lumpur-buku-teks-subjek-sastera.html

ISU NOVEL INTERLOK

Penarikan "Interlok" Dibincang Bersama Kementerian Pelajaran, DBP - Murugiah
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Penarikan buku teks sastera tingkatan lima bertajuk "Interlok" yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India, dibuat selepas perbincangan dengan pihak berkaitan, termasuk Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah berkata Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima banyak aduan mengenai beberapa perkataan sensitif dalam buku itu, dan selaku Pengerusi BPA, beliau berpendapat tindakan segera perlu diambil.

"Saya sebagai Timbalan Menteri, memanggil Kementerian Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, serta semua yang berkaitan hadir dan berbincang, dan kami telah membuat keputusan secara musyawarah.

"Saya tidak boleh memberi sebarang keputusan, cuma saya boleh mencadangkan tindakan yang boleh diambil, dan tanggungjawab untuk mengambil tindakan itu adalah Kementerian Pelajaran," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin ketika mengulas surat pembaca yang tersiar di sebuah akhbar berhubung pengumumannya mengenai penarikan buku itu pada 15 Dis lalu.

Pembaca yang dikenali sebagai M. Hanafiah A. Samad dari Muar, Johor itu menyifatkan tindakan Murugiah sebagai melatah dan berpendapat pengumuman tersebut sepatutnya dilakukan Kementerian Pelajaran.

Murugiah berkata isu penarikan buku tersebut telah disalah tafsir dan berharap ia tidak terus diperbesarkan kerana bimbang mencetuskan masalah.

"Orang salah tafsir benda ini, sebab itu saya mahu jelaskan. Dia bagitau dalam ini (surat pembaca), beliau menulis berdasarkan kajian sejarah dan pengalamannya, saya faham, tapi ini bukan buku sejarah, ini buku sastera.

"Apabila buku sastera, dia boleh tukar bahasa-bahasa tertentu, atas dasar itu kita mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan terpulang kepada mereka, kalau mahu kekalkanpun, boleh kekal, tapi mereka ambil cadangan BPA (untuk tarik balik)," katanya.

Buku "Interlok" karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka, telah dipilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan Lima, sebelum ditarik balik pada 15 Dis lalu.

Ia didakwa mempunyai unsur penghinaan terhadap kaum Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis di beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan kaum India.

-- BERNAMA



Banyak maklumat lagi http://galusbm.blogspot.com/

Sunday, December 12, 2010

Selamat Pengantin Baru kepada anak Datin Mak Ngah

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada:
Muhammad Kamal Bin Hassan dan isteri Nuur Fatimahtul Zuhra Bt Khairuddin.

Majlis diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM, Bangi.

Terima kasih Prof Dato' Ir Dr HassanBin Basri aka Pak Ngah
dan Datin Mutmainnah Binti Ahmad Mardzuki aka Mak Ngah yang sudi mengundang kami warga KBR ke majlis yang penuh gilang gemilang ini..


Beramai-ramai bergambar dengan pengantin dan mak bapak pengantin. hehe

Sungguh ceria makcik-makcik ni bergambar setelah sekian lama tidak berjumpa. (hanya berjumpa di alam maya sahaja). Bila lagi kita akan bertemu lagi? Please set a date!

Cikguliz, Limau Bali dan Stealth! Hahaha boleh lupa ker nama-nama glamor ni? Yang kat belakang tu BroAA?
KBR sungguh istimewa. Hubungan silarurrrahimnya unik. Jangan matikan KBR please! Walaupun sekarang sudah ada Facebook, blog, tapi KBR tetap istimewa!

Sunday, December 5, 2010

Saigon, here I come! - The traffic OMG!

Salam,
Lama benar blog ini tidak dikemas kini. :-) Tapi hari ini terpanggil pula nak update blog. Terima kasih Jun yang memberi semangat untuk berblog semula.

Lawatan ke Ho Chi Minh memanglah suatu pengalaman yang berbeza daripada lawatan-lawatan ke luar negeri yang lain. Bukanlah banyak negeri pun saya pergi, tapi pengalaman ini memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kepada orang yang baru mula untuk menjelajahi dunia, pengalaman ini amat istimewa buat saya.

Kami tiba di lapangan terbang pada kira-kira pukul 3.45 petang waktu Saigon atau dikenali juga sebagai Ho Chi Minh City sempena mengambil nama Perdana Menterinya yang pertama selepas merdeka daripada USA pada 1976. Tak banyak kerenah di lapangan terbang, senang saja.

Di lapangan terbang kami disambut oleh Romeo Trans yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di Vietnam. Kemudian kami menaiki bas ke District 1 menuju ke hotel penginapan kami. Di sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 40 minit itu kami dikejutkan dengan mat-mat rempit yang begitu banyak ... Banyaknya mat motor di sini! Yang sebenarnya bukan mat-mat motor jer malah banyak juga minah-minah rempit di sini.qq1



Walaupun ada polis yang menjaga di situ, tetapi suasana tetap sama. Sistem trafiknya memeningkan kepala. Motosikal datang dari pelbagai arah. Kat mana-mana pun boleh U-turn. Di setengah-setengah tempat, jalannya luas sangat tapi tiada garisan pembahagi jalan tapi pengguna jalan raya tahu jer mana nak jalan atau lintas atau U-turn seolah-olah tiada undang-undang jalan raya tapi pada masa yang sama mereka tahu tindakan masing-masing. Pening, nak terangkan pun pening. Tengok sajalah gambar-gambar ni.Setelah selesai check-in, kami bersiap-siap untuk makan malam. Saya beruntung kerana dapat bilik up-graded. Selesa sangat.
Di hadapan hotel

Bersiap-siap untuk pergi ke restoran terapung di Sungai Saigon untuk makan malam.

Hebat bot ini, sangat besar dan boleh menempatkan beribu-ribu orang. Ada tiga tingkat kalau tak silap. Pada pukul 8.30 malam, bot ini bergerak di sepanjang sungai Saigon kira-kira selama 45 minit. Pengalaman yang sungguh menarik.
Makan seafood di sini dan makan nasi dalam mangkuk guna chopstick. :-)

Spectacular view from the boat. Saigon pada waktu malam. Tu bangunan yang tertinggi di Saigon, Bank Negara dia kalau tak salah.


Inilah rupa sebahagian bot yang kami naiki. Besar kan!

Selepas balik dari makan malam dan boat ride, kami balik ke hotel. Pasar malam dibuka tiap-tiap malam dari pukul 7.00 malam sampai pukul 12.00 tengah malam. Dan yang bestnya, pasar malam ni depan hotel jer. ;-)
Hari pertama berakhir dengan dikejutkan oleh Kak Milah yang hilang duit sebanyak USD73, kononnya kena pick-pocket di atas kapal masa tengok show perempuan berapi tu.