Salam,
Lama benar blog ini tidak dikemas kini. :-) Tapi hari ini terpanggil pula nak update blog. Terima kasih Jun yang memberi semangat untuk berblog semula.
Lawatan ke Ho Chi Minh memanglah suatu pengalaman yang berbeza daripada lawatan-lawatan ke luar negeri yang lain. Bukanlah banyak negeri pun saya pergi, tapi pengalaman ini memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kepada orang yang baru mula untuk menjelajahi dunia, pengalaman ini amat istimewa buat saya.
Kami tiba di lapangan terbang pada kira-kira pukul 3.45 petang waktu Saigon atau dikenali juga sebagai Ho Chi Minh City sempena mengambil nama Perdana Menterinya yang pertama selepas merdeka daripada USA pada 1976. Tak banyak kerenah di lapangan terbang, senang saja.
Di lapangan terbang kami disambut oleh Romeo Trans yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di Vietnam. Kemudian kami menaiki bas ke District 1 menuju ke hotel penginapan kami. Di sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 40 minit itu kami dikejutkan dengan mat-mat rempit yang begitu banyak ... Banyaknya mat motor di sini! Yang sebenarnya bukan mat-mat motor jer malah banyak juga minah-minah rempit di sini.qq1
Walaupun ada polis yang menjaga di situ, tetapi suasana tetap sama. Sistem trafiknya memeningkan kepala. Motosikal datang dari pelbagai arah. Kat mana-mana pun boleh U-turn. Di setengah-setengah tempat, jalannya luas sangat tapi tiada garisan pembahagi jalan tapi pengguna jalan raya tahu jer mana nak jalan atau lintas atau U-turn seolah-olah tiada undang-undang jalan raya tapi pada masa yang sama mereka tahu tindakan masing-masing. Pening, nak terangkan pun pening. Tengok sajalah gambar-gambar ni.Setelah selesai check-in, kami bersiap-siap untuk makan malam. Saya beruntung kerana dapat bilik up-graded. Selesa sangat.
Bersiap-siap untuk pergi ke restoran terapung di Sungai Saigon untuk makan malam.
Hebat bot ini, sangat besar dan boleh menempatkan beribu-ribu orang. Ada tiga tingkat kalau tak silap. Pada pukul 8.30 malam, bot ini bergerak di sepanjang sungai Saigon kira-kira selama 45 minit. Pengalaman yang sungguh menarik.
Makan seafood di sini dan makan nasi dalam mangkuk guna chopstick. :-)
Spectacular view from the boat. Saigon pada waktu malam. Tu bangunan yang tertinggi di Saigon, Bank Negara dia kalau tak salah.
Inilah rupa sebahagian bot yang kami naiki. Besar kan!
Selepas balik dari makan malam dan boat ride, kami balik ke hotel. Pasar malam dibuka tiap-tiap malam dari pukul 7.00 malam sampai pukul 12.00 tengah malam. Dan yang bestnya, pasar malam ni depan hotel jer. ;-)
Hari pertama berakhir dengan dikejutkan oleh Kak Milah yang hilang duit sebanyak USD73, kononnya kena pick-pocket di atas kapal masa tengok show perempuan berapi tu.
No comments:
Post a Comment