Monday, December 29, 2008

Cameron oh Cameron ....

Finally, saya dapat pergi bercuti. Saya memilih Cameron Highlands dan pergi bersama adik sekeluarga. Dengan 2 buah kereta kami naik ke Cameron melalui Simpang Pulai. Kata orang, jalan ini lebih mudah untuk naik ke atas.Memang benar, jika dibandingkan jalan dari Tapah, jalan ini memang jauh lebih selesa. Tapi apabila kami menghampiri Kg Raja, jalan mulai sesak sehingga terhenti buat seketika. Jem tersebut berlarutan sampai ke Brinchang dan pada masa itu kami masih belum dapat hotel lagi. Aduh.... penat sungguh kaki ini. Nasib baiklah dalam kereta ada banyak makanan dan air. Bolehlah juga mengubat keresahan dalam perjalanan.Terlalu banyak orang yang datang ke Cameron pada waktu ini. Namun, nasib kami baik kerana kami berjaya mendapatkan sebuah apartment 1 bilik dengan bayaran RM330 iaitu di Hill View Hotel di Tanah Rata. Dan sekarang pada pukul 6.00 pagi saya menghadap komputer menunggu untuk sembahyang subuh.

Cuaca pagi ini tidaklah sejuk sangat.Macam di dalam bilik saya apabila aircon dipasang.Tak macam 5 tahun lalu apabila saya ke mari. Lantai pun susah hendak dipijak kalau tidak memakai stokin kerana terlalu sejuk. Semasa ke pasar malam, kaki saya sakit menahan sejuk. Malam tadi sejuk sedikit kerana hujan. Harap-harap siang ini tidak hujan. Hari ini baru kami dapat pergi jalan-jalan. Semalam, masa hanya habis di jalan sahaja.

Saya tidak memeriksa jam pukul berapa kami bertolak, tetapi di Hentian Sebelah Tanjung Malim, selepas makan tengah hari di situ, kami mula bertolak pada kira-kira pukul 1.00 tengah hari. dan kami sampai di hotel pada kira-kira pukul 8.00 malam.Ini bermakna kami mengambil masa 6 jam untuk sampai ke sini. Boleh sabarkah anda?

Sekian dulu, catatan akan disambung.....

No comments: