Sunday, October 26, 2008

Zharif Naim Cukur Rambut

Hari ini kat kampung (25 Oktober 2008), kami buat kenduri cukur rambut Zharif Naim bin Rosli. Anak buah yang ke-21 kalau tak salah kira. Kenduri makan tengah hari. Wa hanya goreng ikan dan sediakan jelatah. Menu lain ialah resepi tradisi keluarga iaitu ayam masak merah, sambal udang, kacang panjang goreng, dan buah tembikai. Air sirap, nasi minyak.


Hari ini umur Zharif 51 hari....

Pertama kali wa tengok upacara ini. Selalunyer buat kat atas, tapi kali ini buat kat bawah jer, tak jemput banyak orang, so bolehlah lihat upacara ini. Siap ambik gambar lagi wa....

Mula-mula doa dibaca, pastu Ustaz gunting rambut, pastu adalah 3-4 orang lagi buat perkara yang sama. Kalau tak silap pastu baca doa lagi. Selesailah. Simple jerk. Pastu ofkos makan. Para tetamu diberikan bunga telur dan pulut kuning.

No comments: