Salam.
Memang lama wa tak update blog wa. Pergh busy giler kata orang sekarang. Walaupun sibuk tapi saya gembira juga. Banyak guru baru di SSB ini sama ada menggantikan guru yang sudah berhenti atau yang ditambah kerana pertambahan kelas. Alhamdulillah, tahun ini jumlah pelajar sudah meningkat dan setiap hari ada murid baru. Dan sudah tentu ini adalah suatu cabaran buat kami para guru demi meningkatkan mutu pengajaran agar prestasi akademik dan sahsiah pelajar akan meningkat.
Secara jujurnya saya berpendapat bahawa guru-guru baru pada kali ini nampak lebih berkualiti dan mudah menyesuaikan diri dengan budaya SSB. Mereka rajin dan mudah mesra. Kalau ditegur mendengar kata dan selalu bertanya itu dan ini. Pada saya, guru yang sebegini akan berjaya menjadi guru yang baik dan disegani dan pelajar-pelajar SSB bertuah mendapat mereka. Memanglah belum sempurna tetapi kesungguhan mereka membuatkan saya kagum dan senang hati. Harap-harap mereka lama di SSB.
Ini hanyalah pandangan saya apabila saya membuat perbandingan dengan guru-guru baru pada tahun lepas. Banyak sangat pengalaman buruk saya dengan beberapa orang guru baru tahun lalu. Tetapi mereka sudah tiada di sekolah ini. Hanya guru yang berkualiti sahaja yang tinggal walaupun ada yang pergi bukan sebab mereka tidak berkualiti. Tak perlulah saya menyebutkan siapa mereka itu, guru yang sudah lama tentu tentu tahu siapa mereka itu..
Tahun ini saya mengajar tiga kelas sahaja (yang utama). 2 kelas BM iaitu kelas 5Sc1 dan 1 Cerdik dan 1 kelas Perdagangan iaitu kelas 5 Arts. Saya memang seronok mengajar kelas-kelas ini. Setiap hari saya menunggu masa untuk masuk ke kelas-kelas mereka. Walaupun kelas mereka ini istimewa, tetapi masih banyak kekurangan mereka. Inilah cabaran yang saya tempuhi dan saya suka akan cabaran ini. Saya berharap saya akan berjaya membetulkan kekurangan-kekurangan itu dengan mudah.
Semalam, apabila saya mengajar 5Sc1 Bahasa Melayu, saya dapati mereka amat pasif. Mereka tidak berani bersuara memberikan pendapat walaupun tajuknya bukanlah sukar sangat. Walaupun mereka memberikan perhatian yang amat baik, namun saya rimas akan sikap mereka ini. Saya mahu mereka bersuara, melemparkan idea mereka yang saya yakin ada di minda mereka. Tetapi mereka seolah-olah minta disuap. Kemudian saya terfikir untuk menggunakan alat berfikir 'plus, minus and interesting'. Suprisingly, saya mendapat banyak respons daripada pelajar. Dan yang baiknya, idea-idea mereka itu bernas belaka.
Lantas saya terfikir untuk menambahkan ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan kemahiran berfikir ini. Sesiapa yang tahu buku yang baik untuk dibaca, silalah beritahu saya tajuk buku itu dan nama pengarangnya agar dapat saya membeli buku tersebut. Mungkin ada guru yang membaca blog ini dan ingin berkongsi pengalaman tentang kemahiran berfikir, saya amat mengalu-alukannya. Saya juga amat gembira sekali kalau-kalau ada yang ingin berkongsi pengalaman tentang cara-cara untuk mendidik pelajar berfikir dalam Bahasa Melayu kerana kebanyakan pelajar saya sering berfikir dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Cina.
Begitulah serba-sedikit perkembangan saya sebagai seorang guru pada minggu-minggu terawal buka sekolah ini. Dan saya mulakan tahun ini dengan baik sekali. Hati saya berbunga. Oh ya, Justin gave me a pot of orchid. Thank you so much..... Muahhhh.... I love orchids!!!
Another oh Ya! haha a good news; Hairol Fitri is getting better and he is coming back to school soon.Alhamdulillah.God answers our prayers.
No comments:
Post a Comment