Saturday, January 3, 2009

Maz - selamat berpindah ke rumah baru

Aku sedih. aku akan kehilangan satu-satunya jiran aku. Maz jiran aku yang tak banyak kerenah. Apa saja aku mintak tolong,dia akan tolong. Huhuhu akhirnya dia pindah jugak. Asalnya tahun lepas lagi, tapi entah apa sebabnya tertunda ke tahun ini. Dia jual rumah ini dan beli di tempat lain. kenapa dia harus pindah? kat sini kan OK? Tapi mungkinkah kos pergi kerja mahal kerana jauh? Aku tak tanya pula kenapa dia nak berpindah. Masa aku kat rumah pun pendek, bilalah nakberbual-bual. nasib baik semalam sempat bertemu sebelum dia pindah hari ini.

Mas, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Maz yang telah menjadi jiran saya yang baik. Pernah Maz tegur kat belakang rumah ada bekas yang menakung air. Kalau Maz tak beritahu, saya pun tak tahu. Lalu saya membuang air yang bertakung itu, maklumlah denggi sedang menyerang.

Maz juga selalu menolong saya membersihkan halaman rumah seperti mencabut rumput-rumput dalam pasu bunga atau mencantas pokok bunga kertas yang merimbun itu. Maz memang ada sejambak kunci rumah saya. Kalau saya out station lama, Maz lah yang tukang bagi makan Kembang. Kalau kembang tahu berkata-kata, tentu dia juga akan sedih dan nak ucap terima kasih kerana tolong menjaganya selama ini.

Semasa saya pergi menunaikan haji dahulu, Maz sekeluargalah yang menjagakan rumah saya. Sesekali, dia akan masuk ke rumah, menyapu dan mengelap habuk-habuk.

Maz pun peka,kalau ada bunyi-bunyi macam ada orang kat rumah, dia akan telefon saya kat sekolah. Pernah satu hari tu, Siti datang mengemas rumah dan saya tak beritahu dia, dia sungguh risau dan ingatkan rumah saya dimasuki orang lalu menelefon saya. Selepas itu, apabila Siti datang mengemas rumah, saya akan sms dia agar dia tahu dan tak bimbang.

Susah nakdapat jiran yang baik dan boleh dipercayai. Saya amat besyukur mendapat Maz sebagai jiran saya. Terima kasih Maz, jasamu kukenang.

Kepada jiran baru, Ila sekeluarga selamat datang ke rumah baru. Ila yang membeli rumah ini sebenarnya menyewa rumah selang 2 buah rumah dengan rumah saya. Memang dah kenal pun. Ila pun baik orangnya cuma kurang mengenalinya lagi. Harap-harap Ila akan dapat menjadi pengganti Maz, walaupun tak sama. Saya juga berharap saya juga akan menjadi jiran yang baik kepadanya.

Maz,
Saya meminta maaf sekiranya saya tidak menjadi jiranmu yang baik. Sekiranya ada tersalah kata atau tingkah laku yang menjelikkan, maaf juga yang dapat kupinta. Termakan terminum, terlebih terkurang minta dihalalkan. Semoga Allah memberikan keberkatan dalam hidupmu sekeluarga dunia dan akhirat.

No comments: