Sunday, March 22, 2009

Burung


Antara spesies haiwan yang saya suka ialah burung. Kenapa?

  1. cantik
  2. bebas terbang ke mana-mana
  3. apabila tiba waktunya mesti pulang ke sarang
  4. penyayang
  5. suaranya merdu
  6. comel, terutama semasa mematuk makanan.
  7. gelagat burung mengasyikkan...
  8. penuh misteri...
  9. bijak
  10. dll

Penari balet sedang dengan anggunnya menari tarian yang lemah-gemalai. Hmmm ...

Friday, March 20, 2009

Chang Ai Sha - Selamat Pengantin Baru

Tahniah! Semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Hari ini kawan saya ni selamat didaftarkan sebagai isteri yang sah kepada suaminya. Alamak! Lupa pula nak tanya nama suaminya. Pertama kali saya menyaksikan pendaftaran perkahwinan pasangan Cina. Selalu tu hanya pergi majlis resepsi. Kali ini saya pergi ke Pejabat Pendaftaran di Gombak.

Gambar ini semasa mengangkat sumpah. Selepas itu, lafaz setuju untuk berkahwin dan menandatangai perjanjian tersebut. Di bilik pendaftaran perkahwinan ini disediakan juga pelamin. Macam perkahwinan orang Melayu pula. Bagus juga ada pelamin, bolehlah bergambar di sini.
Selepas selesai pendaftaran, kami menuju ke Taman Layang-layang. Mak oi, panasnya!!!! Susah juga nak adjust cahaya, mata silau. Banyak juga gambar yang diambil di sini walaupun keadaannya panas terik. Nasib juga panas, kalau tidak entah berapa ratus keping gambar saya ambil. Banyak spot yang menarik di sini. Lain kali petang-petang boleh datang ke sini ambil gambar.

Hebat juga Ai Sha ni, selepas bergambar di Taman Layang-layang, kami bergerak ke Frim pula. Di dalam ni pun menarik juga. Dari taman ke hutan. Lepas itu singgah di rumah ibu bapanya. Nak bergambar dengan datuknya yang berusia lebih 90 tahun. Tapi nampak gagah lagi orang tuani.

Selepas itu, kami bergerak ke rumah Ai Sha di Emerald, Rawang. Setelah mengambil beberapa keping gambar termasuk di bilik tidur, saya pun pulang. Saya singgah di Bistro Delifrance Rawang untuk makan tengah hari dan sebagai meraikan perkahwinan rakan saya. Tapi saya makan sorang-sorang jer....

Monday, March 16, 2009

Theory of Constraint

Hari ini bermulah kursus tentang Theory of Constraint (TOC). Apa yang saya pelajari hari ini ialah tentang 3 alat untuk menyelesaikan masalah iaitu pertama The Logical Branch, The Evapouring Cloud and The Target Tree. Untuk sesi pagi ini kami mengupas alat yang pertama iaitu The Logical Branch. Untuk kaedah ini, kami dikehendaki mengenal pasti satu tindakan dan daripada tindakan tersebut kami dikehendaki memikirkan kesan daripada tindakan tersebut. Dan kesan tersebut hendaklah kesan terus daripada sebab tersebut. Sehinggalah sampai ke suatu tahap akhirnya kita akan dapat membuat keputusan yang terbaik. Kaedah 'Cause and Effect' ini juga sangat baik digunakan untuk menulis karangan.



Contoh:



Kalau saya tidur lambat > saya akan susah untuk bangun pagi > saya akan lewat pergi kerja > saya akan punch lewat > elaun kehadiran akan dipotong > gaji bulan depan akan berkurang > kurang duit untuk belanja > ikat perut.
Tapi taklah semudah ini kerana ada banyak arrow kat tepi dan ada peraturan yang kena ikut.



Sorrylah gambar ni blur...guna phone dan gambarni tak lengkap.

Sekarangni our assignment:

If the government raises the price of the toll > People will get angry because this will increase their expenditure > they will cause street demonstration > it will cause riot > because provocation from some public members > the police will take action > some people will get arrested > the public will get more angry > situation will get worst.

This is a negative branch which is not good. So we must trim this branch by adding injection tapi jangan sampai salah inject tau... nanti lain pulak jadinya.

The injection is somewhere along the line.

This is our proposal.

If the government raises the price of the toll > people will get angry because this will increase the expenditure > (injection) make reprentation for the government to review > govt will review the toll > demonstration cancelled > no riot > poloce will not tak action > People will be happy.

Now, the negative branch has turn to be positive branch.

Not bad, i learnt something today.

Majlis Pertunangan 14 Mac 2009

Cincin risik dan cincin tunang



Ini adalah kali pertama saya menjadi jurugambar profesional. Berdebar-debar juga. Tapi kerana nak pengalaman dan tolong kawan, wa ambik asignment ini. Walaupun pada hari itu, saya tak berapa sihat; athsmaku menyerang, tapi kugagahi juga buat kerja. Kerana asyik, tak sedarpun sakit. Lepas tu sakit balik. Camnor tu? Terima kasih Din kerana percaya kepada saya. Terima kasih tuan rumah, makanan sedap betul pada hari itu.


Ingatkan gubahan bunga biasa. Rupa-rupanya sirih junjung. Nasib baik saya ambik juga gambar ini.

More Photos at http://cikguliz.fotopages.com/

Thursday, March 12, 2009

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah, Kaumakbulkan doa hamba-Mu yang kerdil ini.

Hari ini saya gembira dan saya cukup berbangga.Saya gembira kerana anak-anak murid saya telah berjaya dalam SPM mereka dan lebih-lebih lagi mereka telah berjaya dalam Bahasa Melayu mereka. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar saya kerana berkat usaha anda selama ini, sekarang anda mengecapi kejayaan yang manis. Walaupun ada antara anda yang tidak mendapat A yang banyak, namun anda telah melakukan yang terbaik dan bersyukurlah dengan keputusan yang anda peroleh itu. Sesungguhnya kejayaan mahupun kegagalan adalah ujian kepada kita dalam kehidupan ini agar dapat dijadikan pedoman untuk menjadi lebih baik dan terus berjaya pada masa-masa yang akan datang.
Anak-anak sekalian, janganlah anda leka dengan kejayaan pada hari ini, namun berusahalah dengan lebih gigih lagi untuk kejayaan yang akan datang.

Sudahkah anda mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa anda, guru-guru anda, rakan-rakan anda atas kejayaan anda ini? Sudahkah anda mengucapkan syukur kepada Tuhan yang memberikan nikmat ini kepada anda?

Di sini, saya ingin mengimbas kembali komen saya tentang calon A untuk BM dari kelas 5Sc1. http://cikguliz.blogspot.com/2008/11/spm.html
Daripada 18 orang yang saya sasarkan, saya tersasar 3 orang dan sebaliknya Chung Wye mendapat 2A. Tahniah, Chung Wye. Anda hebat! Vinodh, Justin dan Danial masing-masing mendapat 3B manakala 15 yang lain mendapat A. Daripada 15 ini, 12 mendapat 1A. Tahniah!

Fadzreen, I know you can get A and I'm very proud of you. Menakjubkan. 7 A! Tahniah juga kepada anak saya yang selalu bergaduh dengan saya, Lim Seng Rong yang mendapat 1A. Wa caya lu! Wakakaka. Anda tidak menghampakan saya.

Keputusan SPM 2008 Sekolah Sri Bestari

Secara tidak rasmi, keputusan Bahasa Melayu meningkat. 16 orang mendapat 1A dan 7 orang mendapat 2A berbanding dengan tahun lepas, 13 orang sahaja yang mendapat 1A dan 2A. Meningkat 4.9%. Keputusan lanjut, malam nanti saya kemaskinikan. Sekarang ini masih sibuk.



TAHNIAH!!!!
Tahniah kepada 7 calon yang mendapat semua A. Mereka ialah:
  • Stephanie Yeow 11 1A
  • Lim Tzu Yu 10 1A, 1 2A
  • Charlotte Tong 10 1A
  • Janine How 9 1A, 1 2A
  • Lim Pey Tsyr 9 1A, 1 2A
  • Adri Khalis 8 1A, 2 2A
  • Chee lai Quen 6 1A, 3 2A

TAHNIAH SEKALI LAGI!!!!!!

Wednesday, March 11, 2009

Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Ya Allah ya Tuhanku,
Pada kesempatan ini, aku bermohon kepada-Mu ya Allah, agar engkau lapangkanlah hati kami, Engkau tenangkanlah jiwa kami, Engkau tidurkanlah kami dengan lena pada malam ini agar esok kami akan bangun dengan wajah yang ceria dan tenang menerima apa saja yang bakal menunggu kami.
Ya Allah ya Tuhanku,
Aku hanyalah insan kerdil, yang cuba sedaya upayaku untuk menjalankan tugasku sebagai seorang guru. Kauberkatilah usahaku selama ini mendidik anak muridku tak kiralah Melayu, Cina, India, Korea atau sebagainya. Mereka adalah murid-muridku yang kusayangi. Mereka mengharapkan kejayaan hasil penat lelah mereka belajar selama ini. Dalam meniti usia remaja mereka, mereka telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, pahit dan manis dalam kehidupan. Engkau yang maha pemurah dan mengasihani, kasihanilah kami, Engkau kurniakanlah kami kejayaan yang manis yang amat kami dambakan ini. Sesungguhnya, kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada kami untuk terus mencapai kejayaan demi kejayaan.
Ya Allah ya Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui. Segala yang berlaku adalah dengan kehendak-Mu. Hanya yang kupohonkan segala kebaikan dan engkau hindarkanlah segala kejahatan.

Amin.

Thursday, March 5, 2009

Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM - 12 Mac 2009

Hari ini sudah ada notis di papan notis guru bahawa keputusan SPM akan diumumkan pada 12 Mac 2009. Saya akan bertugas sebagai juruhebah pada hari itu. Penyampaian keputusan akan diadakan di concourse sekolah menengah. Harap semua pelajar dan ibu bapa akan hadir . Majlis akan dimulakan secepat-cepatnya pada pukul 11.00 pagi bergantung pada keadaan. Berdoalah keputusan peperiksaan akan berpihak kepada kita.