Thursday, March 12, 2009

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah, Kaumakbulkan doa hamba-Mu yang kerdil ini.

Hari ini saya gembira dan saya cukup berbangga.Saya gembira kerana anak-anak murid saya telah berjaya dalam SPM mereka dan lebih-lebih lagi mereka telah berjaya dalam Bahasa Melayu mereka. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar saya kerana berkat usaha anda selama ini, sekarang anda mengecapi kejayaan yang manis. Walaupun ada antara anda yang tidak mendapat A yang banyak, namun anda telah melakukan yang terbaik dan bersyukurlah dengan keputusan yang anda peroleh itu. Sesungguhnya kejayaan mahupun kegagalan adalah ujian kepada kita dalam kehidupan ini agar dapat dijadikan pedoman untuk menjadi lebih baik dan terus berjaya pada masa-masa yang akan datang.
Anak-anak sekalian, janganlah anda leka dengan kejayaan pada hari ini, namun berusahalah dengan lebih gigih lagi untuk kejayaan yang akan datang.

Sudahkah anda mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa anda, guru-guru anda, rakan-rakan anda atas kejayaan anda ini? Sudahkah anda mengucapkan syukur kepada Tuhan yang memberikan nikmat ini kepada anda?

Di sini, saya ingin mengimbas kembali komen saya tentang calon A untuk BM dari kelas 5Sc1. http://cikguliz.blogspot.com/2008/11/spm.html
Daripada 18 orang yang saya sasarkan, saya tersasar 3 orang dan sebaliknya Chung Wye mendapat 2A. Tahniah, Chung Wye. Anda hebat! Vinodh, Justin dan Danial masing-masing mendapat 3B manakala 15 yang lain mendapat A. Daripada 15 ini, 12 mendapat 1A. Tahniah!

Fadzreen, I know you can get A and I'm very proud of you. Menakjubkan. 7 A! Tahniah juga kepada anak saya yang selalu bergaduh dengan saya, Lim Seng Rong yang mendapat 1A. Wa caya lu! Wakakaka. Anda tidak menghampakan saya.

3 comments:

Anonymous said...

Turut gembira dan bangga.. TAHNIAH utk CL dan murid-muridmu..

Anonymous said...

Maaf CL MN TERBUAT LATIHAN UJIKAJI di sini hihihi..

'Turut gembira dan bangga.. TAHNIAH utk CL dan murid-muridmu..'

Anonymous said...

Terima kasih MN. Buat lathan ijikaji apa MakNgah?