Monday, April 13, 2009

Sekolah Sri Bestari - Early Events

Early Events - telah diadakan selama 3 hari minggu lepas. Hari Sukan jatuh pada 18 April ini. Jemputlah datang meramaikan Temasya Sukan Tahunan ke-13 yang akan diadakan di padang sekolah. Buat masa ini Rumah Saga masih mendahului dengan mata 547 diikuti Rumah Cemara dengan 513 mata. Rumah Margosa jauh ketinggalan dengan mata 475 manakala Rumah Kiara dengan 406 mata. Mampukah Saga mengungguli kejuaraan pada tahun ini? Ataupun Cemara akan mencantas kemaraan Saga? Mungkinkah keajaiban akan berlaku dan Margosa atau Kiara akan menjadi Juara? Sama-samalah kita saksikan kemuncak sukan tahunan pada hari Sabtu ini.


Gaya mesti ada....
Margosa melangkah ke akhir bagi acara tarik tali.
Acara lari berganti-ganti


Andy - terbang seperti helang..

1 comment:

somuffins said...
This comment has been removed by the author.