Friday, April 17, 2009

Kali pertama naik monorail

Inilah monoraii yang wa naik kat Titiwangsa menuju ke Imbi.
Wa snap gambar ni dengan henfon wa.

Haha hari ini saya telah berjaya ke Low Yat sendiri dengan menaiki monorail. Inilah pertama kalinya saya menaiki monorail. Saya park kereta di Pekeliling dan naik monorail di Titiwangsa. RM2.10 tambangnya dan turun di Stesen Imbi. Sampai di Imbi, saya bertanya kepada penjual tiket jalan ke Low Yat. Tapi bila dah ke seberang jalan, saya tak dapat mengesan tempat lowyat ni. Dulu, pernah juga ke lowyat tapi dengan kengkawan. Pelik betul, yang saya nampak begitu gah sekali ialah Berjaya Times Sq. Saya pun cuba calling-calling Helmy, tapi telefon tak berangkat. Then cuba call Nana, tapi Nana pun tak dapat bagi direction yang tepat. Saya pun tebalkan mukalah dan bertanya kepada penjual tiket apatah.... dan dia menunjukkan jalannya. Tak lah jauh dari situ tapi kena ikut lorong sebelah 7/11 tu.... oraitlah, akhirnya wa jumpa juga lowyat. Pastu satu lagi cabaran iaitu nak cari kedai Sri Computers.... jenuh juga nak mencari kedai tersebut.

Actually, wa nak pulangkan sd card yang wa beli masa pc fair tempoh hari. Tapi adik wa yang tolong belikan. SD Card tu takleh digunakan dengan net top wa, so wa harus kembalikan dan tukar dengan barang lain. At last, wa jumpa gak kedai itu dan dapatlah wa tukarkan sd card tu dengan thumb drive 16gig. Puas hati. Pastu wa singgah kedai Canon dan minta quotation untuk canon 450D untuk sekolah wa. The price is quite cheap if to compare dengan Fotokem. With the same price, i can get an extra battery. Not bad eh...

Alang-alang dah sampai di sini, wa pun ambil peluang cuba try test one macro lense, the price is about RM1300 with f-2.5/50. Macam best jer lense ini. Tapi wa ternampak pula another lense 18/200. alamak bestnya lense ini, ada wide angle dengan zoom sampai 200. Tak payah tukar-tukar lense; tapi harganya tahun depan pun mungkin tak terbeli lagi. Regenyer ialah RM2800. Anybody can sponsor? I was thinking to buy macro lense jenama Tamron model SP 90. Last year when I asked the price, it was RM1280. But just now, the price has gone up to RM1550. Come to think about it, I think it is worth buying Canon lense even though it is more expensive. Tepuk dada tanya selera tapi kenalah ukur baju di badan sendiri walaupun kata orang, alah membeli menang memakai....

Wa balik ke Stesen Titiwangsa dengan monorail yang baru nak sampai tu. Hehehe tercepat pulak wa snap gambar train itu.

2 comments:

somuffins said...

Syabas CL.. clap3. There's always a first time right???

p/s: Wa murunglaa.. Wa berkelana kat blog jer. Other than that, the world sucks (a matter of speech aje, of course I dont really mean it)

Nor Lezah aka Cikguliz said...

CS, What happen to you? i hope everything is alright. Come on, cheer up, babeh!!