Entah bila saya mendaftar untuk Facebook saya pun tak sedar. Kemudian apabila saya mendapat jemputan untuk Facebook, saya cubalah mendaftar tetapi rupanya saya sudah ada akaun dengan Facebook. kerana tak ingat bila saya daftar, dah tentu sekali passwordnya pun saya lupa. jadi sayapun mendaftarkan kata laluan yang baru. Buat beberapa ketika, saya pun tidak aktif dalam FB ini. Hari ini entah mengapa saya membuka FB dan sedikit sebanyak saya merasakan seronok juga FB ini.
Saya mula menjejaki rakan-rakan sekolah dulu (yang ingatlah....) tapi saya masih belum dapat mengesan mereka. Saya juga cuba mengesan rakan seuniversiti; masih gagal. Kemudian saya cuba mengesan pelajar SriKL tempat saya mengajar sebelum di SSB. Wah! Bermula dengan nama Rodney Kee saya dapat mengesan pelajar-pelajar SKL dengan banyak sekali. Hmmmm nostalgia. Pelajar-pelajar SSB? Hmm memang banyak. Saya ada juga menghantar mesej kepada beberapa orang pelajar lama. Harap meraka akan segera respons. Apalah agaknya khabar mereka sekarang? Adakah mereka masih ingat akan saya?
Saya masih baru dalam Fb ni. Banyak perkara yang saya tak faham. Hmm kena belajar dengan murid-murid saya ni.
2 comments:
CL, samalah kita. I pun baru disuruh aktifkan FB tu; maka I pun tampallah wajah yg dibuat2 glemer kat situ. Mueheheheh..
CS, seronok juga Facebook ni. Dapat trace anak-anak murid lama. Kadang-kadang teringat juga kat mereka nih.
Post a Comment