Thursday, May 7, 2009

Soalan-soalan kbkk berdasarkan novel Konserto Terakhir

Hari ini kumpulan terakhir dari kelas 5 Sc 1 telah membentangkan aspek latar dalam novel Konserto Terakhir. Kupasan yang begitu mendalam bagi latar masa telah disampaikan oleh Jin Wei. Menarik juga. Dengan contoh yang diberikan, kita dapat mengimbau kisah-kisah dalam Konserto Terakhir walaupun belum membacanya.

Namun, perkara yang menarik bagi saya ialah perbincangan soalan-soalan yang berkaitan dengan ketiga-tiga aspek latar ini dan aspek watak. Berikut ialah beberapa soalan yang telah dikemukakan.
  1. Apakah kepentingan latar masa dalam sesebuah novel?
  2. Apakah kepentingan latar tempat dalam sesebuah novel?
  3. Mengapakah pengarang memperihalkan latar masyarakat yang pelbagai dalam novel Konserto Terakhir?
  4. Mengapakah watak Hilmi dipindahkan dari rumah Datuk Johari ke Stesen Minyak Shell Jalan Setapak? (Hilmi bekerja di stesen tersebut selama satu tahun 2 bulan)
  5. Mengapakah watak utamanya seorang lelaki iaitu Hilmi dan bukan perempuan iaitu Hayati?

Banyak lagi soalan dapat difikirkan untuk dibincangkan. Saya suka membincangkan soalan-soalan sebegini untuk menajamkan minda dan melatih kita berfikir secara kreatif dan kritis.

No comments: