Saturday, August 22, 2009

Best Buddy Award

Terima kasih CS kerana memberikan kita award ini. Wa begitu terharu pada pagi 1 Ramadhan yang mulia ni. huhuhu



CS yang anggun ni memang terkenal dengan lawaknya yang sempoi. boleh gelak guling-guling kami dibuatnya. Beliau pernah mendapat award Ahli yang paling lawak. Hahahaha memang pelawaklah CS ni. Tapi bukanlah lawak macam Raja Lawak tu. Lawaknya ada kelas yang tersendiri.
CS ni pun memang pandai memasak. Perghhhh sedap tak terkata. Masakan ni dialah yang memasaknya. Kalau tak salah ni pada raya tahun lepas. Dah nak raya sekali lagi, tahun ni hidangan apa?
Suya tak pernah lupa lagsania yang dibuatnya entah bila tu. Memang sedap. Lebih sedap dari yang kat Pizza Hut tu. Kenalah dengan selera saya. Cik Som, bila nak buat lagi, ajak-ajaklah saya. hehehe
CS, I think andalah yang sememangnya layak menerima anugerah Best Buddies ni. You always lend your ears when I need someone to talk to. Masa I ngantuk tengah drive pun, you layan I. Thanks a lot my friend. May Allah Bless U. Selamat berpuasa dan mendapat berkat daripadanya.
Sincerely yours,
Cikguliz

Puasa



Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun, seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal)
Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
Merokok di siang hari. (Termasuk menghisap ganja atau dadah)
Murtad (keluar dari Islam)
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanlan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Tuesday, August 18, 2009

Di Skudai, Johor Baru

Tahniah Nurul Nadia, anak buah saya, yang berjaya mendapat Masters in Chemistry dari UTM 16 Ogos 2009 yang lepas. Umur belum 22 tahun dah dapat Masters Degree.
Nadia dan papanya. Bangga seorang ayah.
Di ladang kambing kepunyaan adik saya yang buat kerja ni sebagai kerja sambilannya.


Posing di depan kandang kambing. Ada lebih kurang 120 ekor kambing baka boer dan kacukan kambing Australia. Comel-comellah kambingnya.



Di rumah adik yang bernama Bahtiar yang terletak di Kangkar Pulai. Adik (tiada dalam gambar ini) sedang buat PHD di UTM.




Ini asrama Izzah adik kepada Nadia. Sekarang belajar di UTM juga.





Thursday, August 13, 2009

Membebel......

Salam siber ...
Lama sungguh saya tak update blog ini. bukannya tak buka, hari-haripun buka tapi sekadar menggunakan link-link yang ada di sini. Kenapa lama tak up date? kerana tak ada mood. Mood saya telah dicuri oleh masa yang amat mencemburui saya. Sekarang saya pula mencuri masa, mencuri masa yang saya peruntukkan untuk habiskan bina soalan Perdagangan Kertas 1 Peperiksaan Percubaan SPM. Nasib baik kertas 2 dah siap dan kertas BM dah hantar... Adakah saya akan berjaga hingga lewat malam ini ? Esok tarikh akhir mesti hantar! Mampukah saya? Oh tidak... tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk. :) huhu lepas geram. [sajer jer berdrama sikit]

Selepas perjumpaan dengan Class of 1995, saya dan Pn SN berjumpa pula dengan bekas pelajar dari kelas 1994. [Update penuh later :)] that was 26 July 2009. Then 27 Julai sampai 31 Julai ada Minggu Akademik 2. 1 Ogos pula ada Open Day - penat satu hari ambik gambar. 3-6 Ogos sibuk ambik gambar kelas dan persatuan. Tahun lepas, kami ambil profesional tapi tahun ini boss nak save budget kot, kami sendiri yang kena ambil gambar. Penat jugalah. Namun saya dibantu oleh beberapa orang ahli kelab Fotografi yang suka skip class... hahaha gurau jer... thanks guys, you did a wonderful job. Kali ini selain gambar kelas dan gambar group kecil, saya juga dikehendaki mengambil gambar individu setiap pelajar dalam kelas tersebut. Jenuh juga kerana bebudakni selepas ambil gambar saja dah nak tengok. Pastu kalau tak puas hati nak ambik sekali lagi. Ewahhh tapi layan jugak.... Yang paling hebat kelas 5 Arts, mak datuk! kalau kira roll saya ingat mahu 3-4 roll dah habis or even more! Macam-macam gaya... mereka memang gila kamera dan sporting.

Kesibukan saya membuatkan saya hampir terlupa bahawasenya saya kena buat soalan peperiksaan. huhuhu mingguni minggu sakit pulak, tapi itu bukanlah alasan untuk hantar lambat...

Jumaat - Ahad ni [esoklah tu] dijadualkan ada perkhemahan Tah*/agaunan di sekolah tapi dengan sedihnya terpaksa dibatalkan gara-gara H1N1. Saya dah merancang untuk tidur di sekolah pada hari Jumaat. Nmpaknya tak jadilah. Wabak H1N1 ini memang menggerunkan dan mengganas betul sekarang. Sehingga berita tadi jumlah kematian dah mencapai angka 51. Mengapakah Allah SWT menurunkan bala ini kepada kita? Apakah dosa yang telah kita lakukan? Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak ini dapat dikekang dengan segera dan marilah kita sama-sama bertaubat, hindarkanlah perbuatan-perbuatan terkutuk dan sama-samalah kita membuat kebajikan. Amin!

Ramadhan hampir menjelang, umat Islam seluruh dunia akan menunaikan salah satu rukun Islam yang lima iaitu berpuasa. Berpuasa ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah dari segi spritualnya berpuasa ini lebih besar ertinya. Umat Islam yang wajib berpuasa dikehendaki menjaga matanya, mulutnya, telinganya dan semua pancainderanya daripada terlibat dengan maksiat dan dosa. Dengan kata lain, kita dikehendaki menjaga perbuatan kita dan mengawal nafsu. Kiranya dengan berpuasa kita juga membersihkan hati dan menguatkan iman kita.

Baru-baru ini saya terlibat dengan bisnes kecil-kecilan. Seronok sebenarnya berniaga ni. Sebenarnya saya memang suka berniaga, cuma perniagaan saya bermusim. Hehe :) Mula-mula saya menjual mekap jenama terkenal tapi yang murah. seronok jual kerana kita dapat tolong kawan-kawan mencantikkan wajah dengan produk yang baik tetapi harga berpatutan. Pastu ada pulak peluang jual popia mini khas untuk raya. Tapi nampaknya pesanan terlalu banyak entah dapat entah tidak memenuhi pesanan-pesanan tersebut. Tapi jual popia ni tak untung. Tukang jual jer dah bukak 2 balang! Pastu saya jual pulak tudung. ala tudung pesen sekarang tu yang macam Ekin pakai. Tapi bukanlah yang 10 hengget kat pasar malam tu. Yang saya jual ni mahallah sikit tetapi taklah semahal Ariani ker Hajaba ker atau Munawarah ker... Kesimpulannya, saya ada menjual barangan mekap, tudung dan popia mini yang sedap.

Hmm panjang jugak bebelan saya ni... jam sudah 12 lebih. Dah tengok khabar soalan Perdagangan saya pulak. hmmmm dalam masa terdekat ni saya akan update kisah saya bersama budak-budak SriKL Class of 1994, Gambar-gambar sekitar Open Day 09. Minggu Akademik dan sedikit gambar kelas. [yang menariklah] Ok till then chiowwwwwwww good nite, selamat malam. Arek turu, handak guringan... [ hahaha faham ker]

Justin, ok tak?