Saturday, November 29, 2008

Perkahwinan Tengku Mardiah (updated)


Malam ini, insya-Allah saya akan menghadiri majlis perkahwinan Tengku Mardiah dan pasangannya di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Tak tahulah segan atau tidak nak ambil gambar. Kalau kamera kecil boleh sorok-sorok. Macam mana ya? Teringin nak ambil gambar Tengku Mardiah sedang bersanding. Tengku Mardiah ialah bekas murid di sekolah saya. Sekarang masih dalam pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia. Kalau tak salah dalam tahun akhir. Kesemua adik beradiknya bersekolah di sekolah kami. Yang tua, Tengku Muzzamil, kedua, Tengku Mardiah, ketiga Tengku Muhaimin dan Yang terakhir Tengku Muzani. Inilah julung-julung kalinya pelajar SSB yang menjemput saya untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka. Tentu saya akan cuba menghadirkan diri.

Tahniah saya ucapkan kepada Tengku Mardiah dan pasangannya dan terima kasih atas jemputan.

Kira-kira pukul 8.30 malam kami sampai dan mengambil tempat masing-masing. Kami duduk di meja 17. Penuh satu meja dengan guru-guru yang mengajar di SSB atau bekas pengajar di sini iaitu Pn Salmah dan Pn Noraini Khuzaifah. Lama benar tak berjumpa dengan Noraini.
Berarak masuk


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kedua-dua mempelai. Cantik sungguh Mardiah. Bacaan doa selepas itu. Pengantin bersemayam di atas pelamin yang berwarna ungu dan putih dengan hiasan cantih bunga-bungaan segar dan sebuah chandaliar yang indah.


Tiada tepung tawar dilakukan sebaliknya tetamu dihidangkan dengan tarian tradisional yang rancak oleh penari-penari cilik dari Istana Budaya. Jamuan makan bermula. Tetamu dihiburkan dengan nyanyian penyanyi jemputan Yusni Hamid dan Khatijah Ibrahiim diiringi quartet dari Tentera Udara Malaysia (kalau tak silap). Pada akhir majlis, kedua-dua mempelai menyampaikan ucapan dan majlis disudahi dengan bersalaman dengan pengantin baru.

Cenderahati



Macam reunion pulak:


Semasa para penyanyi menghiburkan tetamu, kami didatangi bekas pelajar SSB. Seronok betul dapat jumpa mereka. Lain sungguh dengan songkok dan baju melayunya. Masing-masing bertambah kacak dan jelita. Tapi kenakalan mereka masih terserlah.Antara yang hadir: Melati, Syazana ofkos , dia menjadi pengapit pengantin perempuan, Aizat Hilfi, Izzat Ismail, Akmal Rahimi, Aqilah, Mukriz, Mazuki, Abshar, Nadzmi, Shamsiah dan siapa lagi tak ingat nama.Sha msiah datang bersama suami dan anak. Meriah sungguh meja kami.

No comments: