Hari ini wa hantar kereta wa untuk service dan ganti bateri. haritu masa bateri wa kong, mekanik wa pinjamkan jer bateri buat sementara, tapi sementara wa 3 bulan jugak, hehehe. Masa tu dia tak sempat nak belikan wa bateri sebab dia nak keluar. Pastu wa pulak tak sempat nak gi bengkel dia, sampailah la ni. Wa dah biasa dengan mekanik wa ni. Kalau ada apa-apa hal, mesti wa hantar kat dia. pendek kata dia memang tahulah hal ehwal kete wa.
Tadi wa bayar RM240.
Oil 4T RM40.00
Oil Piulter RM15.00
Oil gear RM25.00
Tapis RM10.00
Betry RM150.00
Itu yang tertulis kat resit. Tengoklah ejaan tu. Dia memang belasah jer tentang ejaan. kelakarlah diani. Tapi dia memang hebat. Kereta pelbagai jenama yang murah dan yang mahal belambak kat bengkel dia untuk dibaiki. tak menang tangan; tapi wa suker, walaupun kekadang lambat siap tapi hasil memuaskan dan murah berbanding kalau buat kat kl. Ada sekali tu, wa hampir terkena. Ada problem kat kete wa, wa tanya kat mekanik kat Taman Tun, dia nak RM800. Wa tepon mekanik wa dulu, dia kata hantar jer kat dia, bawak pelan-pelan. Wa tawakkal dan berdoa. bila tunjukkan kat mekanik wa, sekejap jer dia buatkan. Satu sen pun tak kena.
Sementara tunggu dia siapkan bil,wa borak-borak dengan dia dan kata wa nak beli kereta baru. Saja tanya pendapat dia. Dia gelakkan wa bila wa kata wa nak beli Saga baru. dia kata kalau enjin rosak, sediakanlah RM14,000. Mak oi,kenapa? Dia kata enjinnyer kurang elok, ada problem, tak tahulah kat mana. Dia kata kalau beli kereta tu nanti menyesal, Dia dah test drive, dia kata tak best. Dia syorkan wa beli Myvi. Tapi Myvi mahal!!!! yang full speclah. memanglah dulu wa berkenan sangat nak beli Myvi, tapi pelan lama pelan sejuk, tup-tup ada pulak Saga. Wa tengoo hari tu, wa terberkenan. Tapi bila borak-borak dengan mekanik Suratman ni, layulah pulak. nampaknya kena tunggu dululah.
Cik Wan, nampaknya mungkin awak dulu pakai kereta baru. Wa kena kira bajet dulu dan buat pembentangan bajet semula. huhuhu
Menurut mekanik wa, kereta Myvi senang nak dapat sparepart. Second hand punyer spare part pun banyak. Tapi kalau nak beli kereta lain, dia syorkan kereta Korea.Entahlah, dia beri pendapat berdasarkan pengalamannya sebagai mekanik. Wa tengok luaran jer...
4 comments:
CL,sambarla myvi SE kaler oren tu.cun bangattt hehe..full spec memangla mahal skit.pe kata amik je yg standard dh ok rasanya...
huhuhu wa kena semak bajet dululah nampaknya.
CL..
pembetulan cikit.. myvi baru tu hak milik si 'dia' bukan ambo punya.. saje jer dia war-war kan dalam RUMAH ambo.. cet.. :p
--cik wan
OWWW patutler...
Cik Wei... rumahmu rumahnyer jua. :)
Post a Comment