Abang Lang - adik wa sebenarnya. Tak pernah celebrate birthday ramai-ramai adik-beradik. Kebetulan balik ke kampung pada 17 Ogos, Salmah my sister belikan kek yang comel dan nyanyilah reramai. happy birthday, semoga hidup diberkati Allah SWT. Moga-moga dimurahkan rezeki dan cepat dapat menunaikan fardu haji di Makkah. Amin.
Hari Sabtu emak pergi ke Perak, zillah kahwin kali kedua. Khabarnya meriah sungguh kenduri itu. Dulu Niah kahwin (adik Zillah) wa tak pergi,kini Zillah kawin pun wa tak pergi. Tak ada rezeki nampaknya. Tapi wa sempat juga merasa masak merah daging kerbau. Emak bawakkan buah tangan pengantin; bunga telur, kuih-muih dan tuala kecik. Terima kasih.
Makji Rakyah masuk ke hospital Sabak Bernam. Petang Sabtu, sempat jugalah wa membawa ayah wa menziarahi kakaknya di hospital tersebut. Semoga makji cepat sembuh dan balik ke rumah. Di hospital, wa jumpalah sedara-mara yang turut menziarahi makji seperti Normah, latipah, dan siapa ya yang duduk kat Geduma tu? Lupalak namanya.
Wa juga berkesempatan menyalin beberapa resepi seperti tapai, kuih loyang, kuih cara, dan ayam masak merah. Bila wa dah buat nanti, wa post gambarnya di sini. Tak tahulah bila... puasa dah dekatni...
No comments:
Post a Comment