Monday, June 22, 2009

My Birthday Party

18 Jun 2009.
Terima kasih 5Sc 1 yang membelikan kek untuk saya. Saya tak sangka anda akan membelikan kek dan menyambut hari ulang tahun kelahiran saya pada hari tersebut.




16 Jun 2009 - Hari ulang tahun kelahiran anak buah saya iaitu Aqilah manakala 19 Jun kakaknya pula iaitu Amani. Sebelum tu pada 8 Jun, Hari jadi adik saya Hana dan Hani. Jadi ibu bapa kepada Amani dan Aqila telah mengadakan jamuan pada 20 Jun yang lepas, hari Sabtu petang. Saya pun tumpang sekakilah. Begitu juga Hana dan Hani. Masing-masing membawa kek. Saya membawa kek lobak yang ditempah dengan kawan saya, Rosli. Banyak juga tetamu yang hadir termasuklah adik saya dari Johor dan Melaka. Meriah sungguh pada hari itu. Perjumpaan kami diakhiri dengan sukaneka ala kadar tapi menyeronokkan.

4 comments:

Dentist and Me said...

Eh alamak ai cikgu, ingin ku ucapkan selamat hari jadi untuk mu, awwwww ! ! !

wa tau wa terlambat. apa khanz daya, jauh gitew

Lezah Zaini said...

haha terima kasih Doc Aji. Biar lambat asal selamat.

CS said...

Mengader aje dia tu kata JAUH pulak. Tekan aje button kibod, tekan aje IPod.. Hmmm... alasan..

CL, meriah majlis..

Lezah Zaini said...

Tak macam CS kan, pepagi dah ucapkan selamat. Semoga selamat CS dunia dan akhirat.

Tapi khan, better late than never. Ahaks.