Thursday, September 26, 2013

Jom buat nasi goreng

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Nasi yang sudah dileraikan.

Cili kisar secukupnya - lebih kurang dua sudu besar untuk satu pot beras

Ikan bilis sejemput. Jangan banyak sangat tak baik- banyak asid urik.

Kubis dihiris nipis

Sayur campur.

Bawang putih 2 ulas, bawang besar satu labu yang sederhana dan hirisan cili api (kalau suka pedas). Garam dan perisa secukup rasa.

 Cara-caranya ialah:

Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak hingga garing

Ke tepikan bilis yang sudah garing dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak /masak

Masukkan garam dan perisa secukup rasa

Masukkan nasi dan gaulkan

Masukkan sayur-sayuran dan gaulkan rata

Kacau sehingga masak atau sayur kubis kelihatan layu.

Hiaskan dengan tomato atau timun. Sedia untuk dimakan.

No comments: