Akhirnya, semalam 8 Julai 2008, Pn Pengetua telah mengumumkan pengganti Mr C (Penolong Pengetua) yang telah meninggalkan kami. Agak mengejutkan juga pengumuman tersebut kerana berbeza daripada yang wa ketahui pada peringkat asal. Tapi keputusan itulah yang terbaik untuk semua buat masa ini. wa sangat gembira. Actually, kawan wa yang wa ceritakan itu, telah dilantik menjadi Pemangku Penolong Pengetua bahagian menengah. Pada mulanya dia ditawarkan untuk menjadi Penolong Pengetua di bahagian rendah. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, beliau dipinjamkan dahulu di sekolah menengah sehingga akhir tahun. Pen. pengetua di sekolah rendah pula akan dinaikkan pangkat menjadi pen. pengetua sekolah menengah tahun depan.
Walaupun wa gembira dengan perlantikan beliau, tapi wa sedih juga akan kehilangannya. Kami telah bekerja bersama lebih 15 tahun. Bermula di Institut Sri Teratai, kemudian di Sri KL dan kemudian di sini, hubungan kami begitu akrab sekali. Dan dia akan dipindahkan ke bahagian rendah. Wa akan kehilangan rakan sekerja yang hebat, berdedikasi dan amat sayang akan sekolah ini. Wa kehilangan guru Bahasa Melayu yang tiada tandingannya. Siapakah yang akan ambil alih kelas 4Sc1? sedangkan Panitia Bahasa Melayu sekarang menghadapi krisis guru yang besar. Sekarang kawan wa pula hendak pergi?
Wa benar-benar sedih. Apa akan terjadi dengan Panitia Bahasa Melayu? Semua ini bermula pada akhir tahun lepas apabila 2 orang guru BM berhenti dan bekerja di sekolah kerajaan. Tahun ini kami mendapat penggantinya. Tetapi kami tak ada pengganti yang strong. Wa perlukan guru yang boleh mengajar upper form. Tapi setakat ini wa hanya ada 3 orang guru sahaja untuk mengajar 6 kelas. Pulak tu seorang lagi akan meninggalkan kami. Pun nak join government school. Tahun ini memang betul-betul mencabar wa sebagai Ketua Panitia. Keputusan BM pulak tidak menggalakkan langsung. Tingkatan satulah yang paling teruk. Tingkatan 3? Adussssss. huhuhuuhu. Tingkatan 5 adalah sedikit harapan. Harap-harap banyak yang akan dapat A dalam Bahasa Melayu. Pls guys, u have to work hard, very very hard to achieve A for ur BM. For ur own good. Wah! Wa speaking London pulak.
Inilah antara pelajar harapan wa. Wa harap mereka ini akan mendapat A untuk semua matapelajaran. Mereka ini pelajar yang pintar dan amat menghormati guru. Itulah yang pentingnya. Mengajar mereka pun happy.
Hari ini wa tak puasa, so tengok-tengok gambar makanan ini oklah. Hmmmm dah lama tak masak. Adakah hari ini wa akan memasak?
Resepi sempoi Sup Ikan.
2 ketul ikan (ikan merah ker ikutlah ikan apa yang disukai), seketul kepala dan seketul lagi ekorlah. harharhar. Bersihkan dan tos.
Lobak merah dipontong sesuka hati.
Daun sup secukupnyer.
Tomato sebiji dipotong 4.
asam keping sekeping.
2 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih juga dimayang
seinci halia diiris halus.
garam dan ajinomoto secukup rasa
nak tambah cube ayam ker, ikan ker pun boleh.
Cara membuatnya:
Tumiskan bebawang dan halia dalam periuk dengan sedikit minyak. Masukkan ikan dan air secukupnya. Tambah garam dan perisa. masukkan asam dan tomato dan karot. Masukkan daun sup dan daun bawang. Ready to eat.
Hari ini wa begitu sibuk. hari Rabu, time-table wa padat sekali. Nak pegang camera pun tak sempat.
No comments:
Post a Comment